ads

Isnin, 2 Disember 2013

06 di pekan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di pekan - Google Blog Search


Tiga sekeluarga maut kemalangan <b>di Pekan</b> | Terengganu Today

Posted: 30 Nov 2013 03:24 AM PST

Nissan yang dinaiki tiga beranak terlibat kemalangan dengan lori.

Nissan yang dinaiki tiga sekeluarga terlibat kemalangan dengan lori.

Niat seorang ibu membawa tiga anaknya ke Kuantan untuk menukar kereta yang baru dibeli dengan seorang lagi anaknya berakhir tragedi apabila tiga daripada mereka terbunuh dalam kemalangan di kilometer 40 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Rosmah Othman, 47, dari Taman Wawasan Endau, Rompin bersama dua anaknya, Mohd Haikal Syukri Razali, 19, dan Norzafirah Razali, 11, maut di tempat kejadian selepas kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki mereka bertembung dengan lori milik Jabatan Kerja Raya (JKR).

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, seorang lagi mangsa, Nurul Najila Razali, 7, mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Menurutnya, kemalangan berlaku selepas kereta yang dipandu Mohd Haikal dari arah Kuantan menghala ke Rompin masuk ke laluan bertentangan secara tiba-tiba sebelum bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan.

"Pertembungan kuat yang berlaku menyebabkan semua mangsa tersepit di dalam kereta dan maut serta merta akibat kecederaan parah yang dialami di bahagian kepala dan badan.

"Pemandu lori terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan namun kereta yang dinaiki empat sekeluarga remuk manakala lori berkenaan rosak di bahagian hadapan sebelah kanan di mana kedua-dua tayar hadapan tercabut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Yahaya berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Pekan bagi tujuan bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga pada jam satu pagi semalam dan siasatan kini masih dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bekas suami mangsa, Razali Ali, 49, yang ditemui Sinar Harian tidak menyangka pertemuan secara kebetulan di Hospital Kuantan kelmarin adalah pertemuan terakhir dengan bekas isterinya itu.

"Saya membawa isteri ke Hospital Kuantan untuk menerima rawatan penyakit buah pinggang dan tidak sangka kami bertemu di sana.

Jenazah tiga beranak dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Gemok, pagi semalam. Gambar kecil: Dari kiri: Rosmah, Haikal.

Jenazah tiga beranak dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Gemok, pagi semalam. Gambar kecil: Dari kiri: Rosmah, Haikal.

"Saya tahu dia akan ke Kuantan bersama dengan anak-anak tetapi tidak sangka kebetulan boleh jumpa pula. Dia bersama anak-anak juga kebetulan sahaja singgah di hospital kerana mahu melawat bekas Ketua Kampung Tanjung Gemok yang dimasukkan ke wad," katanya.

Menurut Razali, bekas isterinya itu ke Kuantan untuk menukar kereta dengan seorang anak lelakinya yang belajar di UiTM Jengka.

Sementara itu, beberapa penduduk yang ditemui melahirkan rasa sedih dengan  pemergian Rosmahdan menganggap suatu kehilangan yang besar buat kampung.

Ketua Kampung Tanjung Gemok, Mohd Zaker Awang, berkata, arwah merupakan seorang yang baik hati dan sangat aktif di kampung.

"Dia banyak membantu jiran-jirannya dan suka mengajak wanita kampung untuk ke masjid, pendek kata dia memang seorang yang baik," katanya.

"Jenazah tiga beranak tersebut tiba di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Tanjung Gemok sekitar jam 4 pagi," katanya.

Ahli keluarga mengambil peluang untuk melihat jenazah buat kali terakhir sebelum ketiga-tiga jenazah disembahyangkan bersama.

Jenazah seterusnya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Tanjung Gemok untuk dikebumikan dalam satu liang lahad dan proses pengebumian selesai kira-kira jam 5.30 pagi, semalam.

Anak kedua arwah Rosmah, Mohd Zulhilmi Razali, 20, mendedahkan, hasrat arwah untuk mengadakan kenduri arwah bapanya tidak kesampaian.

"Hasrat ibu adalah untuk mengadakan kenduri arwah atuk hari ini (semalam) namun hajatnya tidak kesampaian malah majlis bertukar pula kepada kenduri arwah untuknya dan adik," katanya kepada Sinar Harian.

"Arwah tidak menunjukkan tanda luar biasa namun beliau berulang kali menyatakan hasrat mahu mengadakan kenduri arwah atuk dan mahu saya balik jika berkelapangan," katanya.

Pelajar semester akhir Pengurusan Perbankan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka, itu berkata sebelum ini beliau tinggal bersama ibunya selepas berpisah dengan bapa sejak 3 tahun lalu.

"Saya dan adik beradik lain tinggal bersama ibu namun ayah tetap melaksanakan tanggungjawab dengan memberikan wang perbelanjaan dan sentiasa melawat kami apabila ada kelapangan." katanya.-sh

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved