ads

Isnin, 23 Disember 2013

06 di pekan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di pekan - Google Blog Search


Kemalangan <b>di Pekan</b> : 3 Sekeluarga Maut | Jenayah - Rakyat News

Posted: 27 Nov 2013 10:00 PM PST

alt

PEKAN 28 Nov - Tiga sekeluarga maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah lori di Kilometer 40 Jalan Pekan-Rompin dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, mangsa yang maut dalam kejadian pukul 5.30 petang itu adalah penumpang hadapan Perodua Kancil, Rosmah Othman, 47, dan dua anaknya Mohd Haikal Syukri Razali, 19, yang juga pemandu kereta itu dan Norzafirah Razali, 12, penumpang di belakang.

"Kemalangan berlaku ketika kereta Kancil itu dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Rompin dan ketika di tempat kejadian kereta itu masuk ke laluan bertentangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, ketiga-tiga mangsa yang beralamat di Taman Wawasan 1, Endau, Rompin meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, seorang lagi penumpang, anak Rosmah bernama Nurul Najila, yang berusia tujuh tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan kini dirawat di Hospital Pekan manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pada masa yang sama, sebuah lori yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak kereta mangsa dan menyebabkan mereka bertembung.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved