ads

Khamis, 5 Disember 2013

06 di rompin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di rompin - Google Blog Search


Gambar banjir teruk <b>di Rompin</b> dan Kuantan, Pahang

Posted: 02 Dec 2013 07:30 AM PST


Gambar banjir teruk di Rompin dan Kuantan, Pahang - Kawasan Rompin dan Kuantan, Pahang dilanda banjir teruk awal pagi tadi sehingga menyebabkan kerosakan teruk harta benda. Kira-kira 100 penduduk dari perkampungan Orang Asli Kampung Kesing, Rompin terpaksa dipindahkan seawal jam 10.00 pagi tadi.

Menurut jurucakap polis, hujan lebat sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di Sungai Lembing, dinaiki air dan jalan utamanya terpaksa ditutup. Jambatan Sungai Charu di Kilometer 28, Jalan Sungai Lembing-Kuantan pula terpaksa ditutup bagi semua kenderaan kerana ditenggelami air.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar banjir teruk yang melanda daerah Rompin dan Kuantan, Pahang sekitar pagi Isnin. Penduduk di kawasan berkenaan diharap berhati-hati dan mengambil ikhtiar untuk berpindah jika air mula naik atau keadaan semakin berbahaya untuk diduduki.

















Lebih 3,000 mangsa banjir <b>di Rompin</b> ! | Kle-peq.blogspot.com

Posted: 03 Dec 2013 12:49 AM PST

ROMPIN - Jumlah mangsa banjir di sembilan pusat pemindahan sementara di sini kian meningkat dan jumlah terkini setakat jam 11 pagi tadi adalah seramai 3,103 orang.Menurut Pegawai Daerah Rompin, Syed Ahmad Fuad Syed Taha, jumlah itu adalah tinggi daripada jangkaan.

"Setakat ini pusat pemindahan sementara masih kekal seperti semalam iaitu sebanyak sembilan pusat.

"Pusat pemindahan sementara yang mencatatkan jumlah mangsa paling ramai adalah di SK Sungai Puteri iaitu seramai 1,215 orang yang melibatkan 298 keluarga," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Orang Ramai Leban Chondong.

Menurutnya, jumlah itu akan bertambah dari semasa ke semasa kerana melihat keadaan cuaca yang tidak menentu dan paras air laut pasang yang agak tinggi.

"Pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota bomba, tentera dan sukarelawan masih aktif memindahkan mangsa.

"Setakat ini operasi menyelamat masih tiada masalah dan berjalan lancar," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati agar penduduk Kuala Rompin mengikut arahan jika diarahkan berpindah.

"Jika diminta untuk pindah, saya harap penduduk akur kerana kita bimbang wujud masalah seperti kesukaran melakukan operasi menyelamat terutama melibatkan warga emas dan pesakit kronik," katanya. - Lapor Sinar Harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved