ads

Selasa, 17 Disember 2013

06 di temerloh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di temerloh - Google Blog Search


Menu Patin Masak Tempoyak <b>di Temerloh</b> Catering Shah Alam <b>...</b>

Posted: 04 Dec 2013 01:34 PM PST

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

semalam ber #MobileOffice di sungai buloh, menyiapkan kerja dan memberi latihan kepada salah sebuah syarikat pengeluar produk kesihatan dan kecantikan tempatan. Masih ada beberapa benda yang perlu diselesaikan sebelum boleh beredar dari sini.

Hari selasa baru-baru ni, buat kerja sambil berkongsi ilmu dengan bro yang memang arif dalam bidang design di Akademi Denaihati. Sementara sesi tersebut, pakcik yang sedang giat menilai teknik yang digunakan dalam Contest SEO Eridy mesej memberitahu beliau nak belanja makan tengahari di tempat best.

Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, orang dah ajak, takkan nak menolak pula kan. Sekitar jam 1.35 petang, kitorang menuju ke lokasi yang telah dikatakan. Lokasi restoran terletak Dataran Otomobil Seksyen 15 Shah Alam. Nama kedai Temerloh Catering.


Kepala ikan patin di restoran Temerloh Catering

kepala ikan patin yang sangat enak

Menu utama yang disyorkan di sini adalah ikan Patin masak tempoyak, kami bertiga mengambil seorang semangkuk kepala ikan patin. Kepekatan kuah masak tempoyak pada tahap yang sedang elok, ditambah dengan bahagian kepala ikan yang sedap, membuatkan selera terbuka tanpa perlu dipinta.

Hidangan sampingan bersama-sama ikan patin tempoyak yang lazat

nasi putih, tempe dan sayuran untuk dinikmati bersama ikan patin

Masih banyak pilihan ikan-ikan lain yang menarik di sini, secara keseluruhan, aku amat berpuas hati dengan kualiti masakan yang disediakan. Harga pun berpatutan dengan hidangan yang ditawarkan.

Anda boleh menikmati hidangan seperti ikan kelah, ikan patin buah, ikan baung, ikan jelawat dan banyak lagi. Semuanya dengan tawaran harga yang berbeza-beza. Rasa masakan ikan patin tempoyak ini masih terasa-rasa di tekak ni. Bermaksud aku pasti akan mengulang lawatan ke restoran ini.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba, boleh rujuk lokasi di halaman Google Map Temerloh Catering

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved