ads

Isnin, 9 Disember 2013

06 di temerloh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di temerloh - Google Blog Search


923 orang mangsa banjir dipindahkan <b>di Temerloh</b> - Utusan Online

Posted: 07 Dec 2013 03:15 AM PST

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD

TEMERLOH 7 Dis. - Jumlah mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada 923 orang membabitkan 200 keluarga yang ditempatkan di 24 buah pusat petempatan banjir sehingga 4 petang ini.

Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Tarif Abdul Rahman berkata, mereka merupakan penduduk di 14 kampung di pinggir Sungai Pahang yang sering terdedah dengan kejadian banjir setiap tahun.

Katanya, gerakan menyelamat dan perpidahan tersebut dilakukan secara bersepadu oleh pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

"Kesemua mangsa dijamin mendapat kemudahan sesuai dengan situasi dan bekalan makanan mencukupi untuk keperluan mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, jalan raya di Kilometer 14 Jalan Temerloh-Triang di Kampung Pangsa Enam ditutup kepada semua kenderaan berikutan ditenggelami air sedalam satu meter.

Beliau meminta orang ramai mengetahui jika ada tranformasi dan kabel elektrik yang ditenggelami air agar memaklumkan kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk diambil tindakan segera. - UTUSAN ONLINE

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved