di negeri pahang - Google Blog Search |
BANJIR <b>DI PAHANG</b> 3 DISEMBER 2013 SENARAI JALAN TERLIBAT Posted: 02 Dec 2013 06:46 PM PST Banjir di Pahang 3 Disember 2013 : Senarai jalan raya terlibat Polis kontijen Pahang menerusi laman akaun Facebook rasminya pada Selasa, telah memberikan maklumat tentang senarai jalan raya di beberapa daerah negeri itu yang terjejas dengan bencana banjir ![]() banjir di pahang 3 disember 2013 senarai jalan terlibat Maklumat yang diberikan itu sangat berguna kepada orang ramai bagi mengelakkan terperangkap dalam kawasan banjir Berikut adalah senarai jalan raya yang terlibat dengan banjir di sekitar daerah di negeri Pahang
Sebarang maklumat semasa dan terkini boleh dikuti di laman Facebook Polis Pahang, klik butang Facebook rasmi Polis Pahang Ataupun menghubungi pusat kawalan "OP Banjir" Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang di talian 09-5052294 atau 09-5052276 Sementara itu, media pada Selasa melaporkan banjir di Pahang semakin buruk apabila lebih 5,000 mangsa dipindahkan di pusat pemindahan banjir di empat daerah, hari ini Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, daerah terlibat ialah Rompin, Kuantan, Pekan dan Maran Keadaan banjir dijangka bertambah buruk berikutan hujan lebat berterusan sejak dua hari lepas Video bergambar bencana banjir di sekitar Kuantan Pahang Informasi ini disiarkan pada 3.12.2013, Selasa | ||||||||
Suasana Banjir <b>Di</b> Rompin & Kuantan <b>Negeri Pahang</b> | ANa Ahmad Posted: 02 Dec 2013 08:13 AM PST Gambar banjir teruk di Rompin dan Kuantan, Pahang - Kawasan Rompin dan Kuantan, Pahang dilanda banjir teruk awal pagi tadi sehingga menyebabkan kerosakan teruk harta benda. Kira-kira 100 penduduk dari perkampungan Orang Asli Kampung Kesing, Rompin terpaksa dipindahkan seawal jam 10.00 pagi tadi. Menurut jurucakap polis, hujan lebat sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di Sungai Lembing, dinaiki air dan jalan utamanya terpaksa ditutup. Jambatan Sungai Charu di Kilometer 28, Jalan Sungai Lembing-Kuantan pula terpaksa ditutup bagi semua kenderaan kerana ditenggelami air. Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar banjir teruk yang melanda daerah Rompin dan Kuantan, Pahang sekitar pagi Isnin. Penduduk di kawasan berkenaan diharap berhati-hati dan mengambil ikhtiar untuk berpindah jika air mula naik atau keadaan semakin berbahaya untuk diduduki. Tweet |
You are subscribed to email updates from di negeri pahang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan