ads

Khamis, 12 Disember 2013

di negeri pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pahang - Google Blog Search


LAPORAN TERKINI BANJIR <b>DI PAHANG</b> 5 DISEMBER 2013

Posted: 04 Dec 2013 11:37 AM PST

Laporan terkini banjir di Pahang pada 5 Disember 2013

Bencana banjir di sekitar daerah di negeri Pahang semakin buruk, media arus perdana melaporkan lebih sejumlah 20,000 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir

Turut dilaporkan dua beranak dikhuatiri lemas ketika sedang memindahkan barangan di Perkampungan Sungai Isap malam Rabu

gambar banjir di kuantan pahang laporan terkini banjir di pahang 5 disember 2013

Laporan terkini banjir di Pahang 5 Disember 2013

Mengenai identiti mangsa kedua-dua beranak itu dikenali Jamal Ali berusia 40-an, yang juga AJK Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai 'Megat' berusia belasan tahun dikatakan terjatuh ke dalam air ketika memindahkan barangan dari rumah mereka kira-kira jam 8.30 malam

Menurut laporan bernama, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun butiran lengkap mengenai kejadian itu masih belum diperoleh dan pasukan mencari dan menyelamat dilaporkan masih berusaha mengesan mangsa terbabit

Jumlah keseluruhan mangsa banjir setakat 10 malam Rabu ialah 22,395 orang

Ramalan cuaca

Sementara itu, menurut laporan portal rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia, meramalkan kawasan terjejas banjir akan terus menerima hujan sepanjang tempoh 7 hari ini

Khabar angin tersebar di laman sosial

khabar angin laporan terkini banjir di pahang 5 disember 2013

Satu kenyataan tersebar meluas di laman sosial Facebook pada malam Rabu dengan mengatakan pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) kononnya akan membuka empangan kobat dalam masa terdekat secara berperingkat bagi mengelak empangan pecah

Kenyataan itu turut mengatakan takungan air di empangan telah mencapai tahap maksimun dan jika empangan dibuka air sungai akan melimpah dan ini akan menyebabkan banjir yang agak tinggi

Khabar angin tersebut sekali gus mencetuskan rasa kurang senang orang ramai, terutamanya mangsa banjir di kawasan terjejas

Mysumber turut melakukan tinjauan di laman Facebook rasmi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) bagi mendapatkan kesahihan maklumat yang disebarkan itu

Namun satu kenyataan telah di keluarkan oleh pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), ia dilihat menafikan khabar angin terbabit

 laporan terkini banjir di pahang 5 disember 2013

Facebook Pengurusan Air Pahang Berhad PAIP

Dalam pada itu, pihak polis turut meminta orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan melalui media sosial kononnya air akan dilepaskan dari empangan di negeri-negeri yang sedang dilanda banjir dan mendapatkan maklumat tepat mengenai kejadian banjir daripada sumber yang sah

Statistik bilangan mangsa banjir di pusat pemindahan di sekitar daerah negeri Pahang

gambar mangsa banjir di pahang laporan terkini banjir di pahang 5 disember 2013

Menurut Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir kini mencecah 38,323 orang dari 9,153 keluarga

Mangsa ditempatkan di 122 pusat pemindahan dalam tujuh daerah sehingga pukul 8 pagi Khamis

Kuantan Rompin Pekan Maran Jerantut Lipis Temerloh
30307 4289 3037 637 25 21 7

gambar banjir pahang 5.12.2013 laporan terkini banjir di pahang 5 disember 2013

Kemaskini 5 petang : Mangsa banjir di Pahang kini menurun

Jumlah mangsa banjir di Pahang dilaporkan mula menunjukkan sedikit pengurangan kepada 29,270 orang berbanding 38,323 orang pagi tadi

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata jumlah itu terdiri daripada 7,207 keluarga yang masih di tempatkan di 92 pusat pemindahan dalam tujuh daerah sehingga 3 petang

Berikut kemaskini statistik jumlah mangsa banjir di tujuh daerah di negeri pahang sehingga jam 3 petang

Kuantan Rompin Pekan Maran Jerantut Lipis Temerloh
21222 4180 3124 637 79 21 7

Jalan ditutup

Enam jalan utama ditutup kepada semua kenderaan seperti berikut

  • KM 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan
  • KM 51 Jalan Kuantan-Kemaman
  • Batu 3 Jalan Kuantan-Gambang
  • KM 72 Jalan Kuantan-Segamat
  • KM 62 Jalan Kuantan-Rompin
  • Jalan Utama Jerantut-Kuala Lipis

Informasi ini disiarkan pada 5.12.2013, Khamis

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved