ads

Ahad, 29 Disember 2013

di negeri pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pahang - Google Blog Search


Jumlah Mangsa Banjir <b>Di Negeri Pahang</b> Kini Menurun

Posted: 29 Dec 2013 06:09 PM PST


KUANTAN, 5 Nov - Jumlah mangsa banjir di Pahang mula menunjukkan sedikit pengurangan kepada 29,270 orang berbanding 38,323 orang pagi tadi. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata jumlah itu terdiri daripada 7,207 keluarga yang masih di tempatkan di 92 pusat pemindahan dalam tujuh daerah sehingga 3 petang. "Daerah Kuantan masih mencatat jumlah pemindahan tertinggi iaitu seramai 21,222 orang daripada 5,249 keluarga yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan," katanya. Di Rompin, sejumlah 4,180 orang ditempatkan di 14 pusat pemindahan, di Pekan 3,124 orang di 16 pusat pemindahan dan di Maran 637 orang ditempatkan di enam pusat pemindahan. Di Jerantut, 79 orang mangsa masih berada di satu pusat pemindahan, di Lipis melibatkan 21 orang di dua pusat pemindahan dan di Temerloh tujuh orang berada di satu pusat pemindahan. Jurucakap itu berkata enam jalan utama ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Km 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km 51 Jalan Kuantan-Kemaman, Batu 3 Jalan Kuantan-Gambang, Km 72 Jalan Kuantan-Segamat, Km 62 Jalan Kuantan-Rompin dan Jalan Utama Jerantut-Lipis. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved