06 di bentong - Google Blog Search |
Pengguna Lega Harga Ayam Kembali Stabil <b>Di Bentong</b> Posted: 24 Jul 2013 12:00 AM PDT BENTONG - Langkah kerajaan melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bermula semalam sehingga 11 Ogos ini disambut baik oleh pengguna daerah ini dengan menyifatkan mampu mengekang peniaga menaikkan harga barangan tertentu sesuka hati. Mereka menyifatkan tindakan tersebut merupakan langkah terbaik khususnya peniaga ayam yang menjual sehingga RM8.40 sekilogram sebelum skim berkenaan dikuatkuasakan dengan menetapkan harga siling RM7.70 sekilogram. Seorang pengguna, Nordin Musa, 58, berkata, dia berpuas hati apabila kerajaan memasukkan harga ayam itu dalam senarai skim tersebut bagi membendung segelintir peniaga mengambil kesempatan mengaut keuntungan melampau. "Sejak akhir-akhir ini ramai kalangan pengguna merungut dengan tindakan peniaga yang menjual daging ayam sehingga RM8.40 sekilogram. Pelaksanaan skim berkenaan mampu mengekang mereka menjual sesuka hati," katanya. Seorang lagi pengguna, Zafizah Mat Saad, 38, berharap kerajaan membendung kenaikan harga ayam itu pada awal Ramadan lalu kerana perkara tersebut sentiasa berulang setiap tahun. "Walaupun harga ayam sebelum ini bukan barangan kawalan tetapi kerajaan sepatutnya sudah boleh menjangkakan kenaikan harga itu berikutan permintaan bertambah pada bulan Ramadan. "Kerajaan boleh menasihati para penternak tingkatkan pengeluaran ayam supaya orang tengah tidak ambil kesempatan dengan alasan kekurangan bekalan atau import ayam negara lain bagi tampung keperluan Ramadan dan Aidilfitri," dakwanya. #sumber |
Cutefood: Roti Canai tampal melayu <b>di Bentong</b> | CuteCarry Posted: 29 Jun 2013 08:04 PM PDT Roti telur memang biasa kita makan tetapi kalau roti tampal? Cutecarry mula-mula ingat roti tampal tu macam rati naan yang ditampal dalam tempayan tetapi sebenarnya ialah roti telur yang cara pembuatan berlainan sikit.Telur digoreng atas kuali roti canai dan kemudian roti canai tersebut "ditampal" bersama telur. Telur berada didalam roti tetapi masih dalam bentuk telur goreng mata kerbau. Lebih kurang cam tu lah pembuatannya. CuteCarry tengok sekali lalu je macam dia buat. Roti canai man kedah ( rasaya orhang Kedah mai duduk Bentong) ini ialah roti canai melayu okeh itu lain sedikit daripada roti canai mamak terutamanya kari dan dhalnya. Ia kari melayu,tidak sepekat kari mamak dan rasanya sedikit mild. Tetap roti canainya amat lembut. Waktu makan terasa struktur lembut roti canai tersebut. Pilihan Cutecarry ialah banjir style campoq sambai tumih ikan bilis dan dengan teh tarik. Phewwwww!!!!!! Please like my fanpage FB CuteCarry Comments |
You are subscribed to email updates from di bentong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |