ads

Sabtu, 26 Oktober 2013

06 di beserah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di beserah - Google Blog Search


Kalimah Allah <b>di</b> Pantai <b>Beserah</b>, Kuantan 2008 | Flickr - Photo <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2008 12:00 AM PDT

Believe it or not, this astonishing clouds formation actually spells "Allah" and being written in Arabic letter; the letter by which the Al-Quran is written.

"Allah" is the name of Almighty God in Islam religion.

This type of formation not just happens by the formation of cloud, but frequently reported and found in the essence of fruits and meats, on the surface of living animal skin, formed by the plant roots and ocean waves, written inside the jades and stones and found almost anywhere on earth, performed by the architecture of nature.

To see more of this formation, type 'KALIMAH ALLAH' (which means 'Allah words') at the google or yahoo 'image' search engine.

Please ignore the man made symbol but have wonder to one which is naturally made by nature.

I am lucky to have taken this and beside photo (at Putrajaya), for my personal experience and collection of the Almighty wonders.

Allah.

Blog------------> saharudinmohddan.blogspot.com/2008_05_01_archive.html

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


terkini: kejadian tanah runtuh <b>di cameron highlands</b> ragut banyak <b>...</b>

Posted: 22 Oct 2013 10:19 PM PDT

Apa sudah jadi di Cameron Highland?? Menurut laporan Star Online kejadian tersebut telah meragut 3 nyawa dan 3 lagi masih hilang selepas satu empangan di Ringlet, Cameron Highlands melepaskan air melalui pintu kawalannya...
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan melibatkan seramai 28 orang petugas...





06 di kuala rompin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di kuala rompin - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di kuala rompin</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Oct 2013 07:21 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di kuala rompin</b> - Google Blog Search - Blogger

Posted: 19 Sep 2013 07:14 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di kuala rompin</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Sep 2013 07:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di kuala rompin</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Sep 2013 07:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di kuala rompin</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Aug 2013 07:40 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di kuala rompin</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Aug 2013 07:12 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Kuala Rompin</b> | DrPlaces

Posted: 02 Oct 2005 08:45 AM PDT

Ketika ini daerah Kuala Rompin adalah terkenal dengan aktiviti memancing di sungai dan laut samada di dalam mahupun di luar negara. Kedudukan daerah yang berhampiran dengan alam semulajadi – laut, hutan dan sungai, menjadikan Kuala Rompin terkenal dengan aktiviti lasak seperti 4WD, meneroka taman negeri Endau – Rompin serta Pulau Tioman. Udang galah juga merupakan tarikan utama di Kuala Rompin ….

Bersantai di Bandar Udang Galah

Kuala Rompin semakin pesat dengan pelbagai aktiviti laut dan darat serta keindahan persekitaran yang menyegarkan pasti memikat pelancong.

Melihat matahari terbit dari laut selepas Subuh di Kuala Rompin Pahang, memang menyegarkan mata sekali gus melapangkan fikiran. Terletak di Daerah Rompin, Kuala Rompin semakin menjadi sebutan sebagai destinasi pelancongan mahupun kaki pancing yang mengenali Kuala Rompin sebagai "Bandar Udang Galah". Jolokan nama bandar itu yang dikaitkan dengan udang galah bukanlah satu omongan kosong atau legenda. Datanglah ke Kuala Rompin dan berkunjung ke Kampung Leban Chondong, kira-kira 16 kilometer dari bandar itu, anda boleh menikmati masakan udang galah dalam pelbagai rasa. Tumpuan pelancong antarabangsa kini bukan saja untuk menikmati udang galah di bandar itu, sebaliknya mencuba gelanggang Laut China Selatan yang menempatkan ikan layaran serta marlin untuk dipancing. Hobi memancing ikan layaran dan marlin menjadikan Kuala Rompin pusat sukan memancing baru yang menarik, malah dikatakan ikan layaran besar pernah ditemui di perairannya.

Satu daripada lokasi jajaran ikan layaran terbesar di Asia, selain Amerika Syarikat dan Australia. Royal Pahang Billfish International Challenge telah meletakkan Kuala Rompin sebagai pusat sukan memancing dunia dan mencuri tumpuan pemancing antarabangsa. Laut China Selatan yang terbentang dan mempunyai beberapa lubuk ikan seperti Karang Do, Karang Cha, Karang Bubu, Batu Kerapu, Tukun Tayar, Batu Tok Keramat menjadi tumpuan kaki pancing kategori laut. Mereka bukan sekadar memancing sebaliknya kaki pancing mencari kemahiran atau keseronokan berada di tengah lautan yang membiru.

Keadaan ini menjana pendapatan penduduk tempatan untuk menjadi pengusaha bot pelancongan serta membawa pelancong bergembira dan menikmati keindahan di tengah Laut China Selatan itu sambil memancing. Banyak pemancing tidak mendaratkan hasil tangkapan seperti ikan layaran dan marlin, sebaliknya mereka cuma mencari kepuasan dan teknik memancing yang betul. Ikan dilepaskan kembali ke laut setelah diambil gambarnya. Jajaran pantai yang indah, bersih dan tidak tercemar menjadi bukti apabila berkunjung ke Pantai Hiburan Rompin. Sebagai pantai destinasi pelancongan keluarga dan tempat riadah, Pantai Hiburan Rompin menyajikan pelbagai pertunjukan hiburan khususnya pada hujung bulan ataupun sambutan sesuatu perayaan seperti Hari Merdeka, Hari Belia, Hari Pekerja dengan pertunjukan kesenian. MANDI manda di Pantai Hiburan Rompin wajar juga sesekali, bagi menghilangkan penat dan letih setelah bertungkus lumus bekerja. Stres juga mampu dihilangkan apabila dapat bersama keluarga bersantai dan berkelah serta makan-makan di bawah pohon ru.

Deretan pohon ru itu juga dikatakan menjadi punca nama "Rompin" yang dikenali pada hari ini. Ia sentiasa sesak dikunjungi pelancong.Rompin Fest, yang dahulunya dikenali Pesta Rompin dinanti-nantikan penduduk tempatan. Rompin Fest diiktiraf kerajaan negeri dan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia, yang memasukkan aktiviti Rompin Fest ke dalam kalendar pelancongan Pahang serta negara sebagai satu daripada produk pelancongan dan tempat yang wajar dikunjungi bagi melihat perkembangan bandar dan daerah itu.Pelbagai aktiviti seperti sukan rakyat, permainan tradisional, pertunjukan kebudayaan, kesenian, pameran, hasil kraftangan, makanan tradisional, jualan ditunjukkan untuk tontonan orang ramai. Dengan pelbagai tema, Rompin Fest masih mengekalkan konsep hiburan dan rekreasi keluarga.

Pulau Ducong antara tumpuan kaki pancing kerana di pulau itu dikatakan terdapatnya spesies kerapu baka baik dan besar. Ikan jenis ini pula suka bersembunyi di kawasan berbatu. Tali pancing yang sesuai dengan kerapu perlu disediakan secukupnya.Walaupun anda bukan seorang pencipta alam, tetapi berkehendakkan sedikit ketenangan dan kedamaian di tengah rimba, pilihan yang tepat adalah mengunjungi Taman Negeri Endau-Rompin.Kegiatan berbasikal menjadi pilihan utama kerana kawasan berbukit dan mudah memasuki kawasan sukar sambil berjalan kaki. Namun basikal yang digunakan adalah basikal istimewa dan khusus bagi tujuan itu.

Jika anda dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil laluan Kuala Lumpur-Bahau-Muadzam Shah-Rompin-Taman Negara. Dengan perjalanan kira-kira empat hingga empat jam setengah, tindakan anda mengunjungi Taman Negeri Endau-Rompin berbaloi. Dari Kuantan ke Rompin pun, kira-kira dua jam perjalanan.Kejernihan air dan jeram berbatu

JIKA anda dari Johor Bharu, anda hanya perlu ke Mersing-Tanjung Gemok, kemudiannya ke bandar Kuala Rompin sebelum meneruskan perjalanan ke Felda Selendang Satu dan beberapa minit kemudiannya anda sudah memasuki Taman Negeri Endau-Rompin.BOT sedia menunggukaki pancingdi Kuala Rompin.Taman Negeri Endau-Rompin berpusat di Kem Geruggul dan di situ juga letaknya pertemuan Sungai Endau dan Sungai Sekinchin yang tenang, damai dan sejuk mata memandang. Kejernihan airnya dengan sedikit jeram berbatu untuk mandi dan berendam lama di airnya yang ternyata sejuk.

Rumah rakit yang terdapat di sepanjang Sungai Rompin juga menjadi tumpuan, dengan pelbagai tujuan termasuklah menikamti suasana malam di rumah rakit, memancing ataupun meninjau kehidupan Sungai Rompin secara semula jadi.Rumah rakit milik Orang Asli menampakkan ciri-ciri tradisional dengan penggunaan daun nipah sebagai atap dan dindingnya, termasuklah alat tangkapan ikan dan udang tradisional seperti bubu dan geluguh digunakan secara meluas oleh masyarakat Orang Asli di sepanjang Sungai Rompin itu.

Kuala Rompin turut menjadi pilihan kepada mereka yang menggemari aktiviti lasak. Malah banyak aktiviti sukan peringkat negeri dan kebangsaan dijayakan dengan baiknya di sini. Penganjuran sukan lasak seperti pacuan empat roda 4×4, Canoe Fest, sukan angkat berat, motosikal lasak, berbasikal dan woodball sering berlangsung sama ada di Kuala Rompin, Muadzam Shah, Lanjut Golden Beach Resort, Summerset At Rompin, Pulau Tioman, Sungai Rompin mahupun Taman Negeri Endau Rompin.

Komen Blogger:

Plan nak pegi cuti-cuti Malaysia ni takde pun sebenarnya. Semua terjadi secara ad-hoc je. Ye lah, asyik naik moto je ke sini ke sana. Sekali sekala kena ler bawak famili jalan-jalan jugak. So selepas perbincangan tentang beberapa destinasi, akhirnya kita orang

bersetuju untuk pegi ke Kuala Rompin makan udang galah. then kalau sempat lajak ke Pulau Tioman.

Lebih kurang jam 8 pagi kita orang move ke Kuala Rompin via hiway LEKAS. Sampai ke simpang pekan Seri Menanti, entah camne hati aku tergerak nak koner situ. Mungkin papantanda Istana Seri Menanti tu yg menarik perhatian aku kut. Aku fikir, since dah lalu situ, apa salahnya singgah melawat Istana Seri Menanti tu. Bukan selalu pun.

Sampai pekan Seri Menanti tengok sunyi je. Pekannya pun tak ler besar sangat. Tapi aman, tenteram, tak busy pun. Kereta pun tak banyak. Tak tau ler kalau-kalau sebab cuti sekolah yg buat pekan ni sunyi..

Attractions

Jalan Jalan <b>di</b> Bandar Lama <b>Kuala Rompin</b>, Pahang - Fazizi Fauzi <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2013 12:51 PM PDT

antara projek masyarakat bersama FFPVGRAPHY dan juga Art'z Media untuk menaikkan lagi nama Kuala Rompin. Projek ni adalah sebahagian daripada #projectrompin untuk FB I Love Kuala Rompin dan ILTV.TV . projek kali ni kami cuba untuk mengimbau kembali nostalgia Bandar Lama Kuala Rompin yang pesat sekitar tahun 1960an dahulu. videonya boleh ditonton di bawah

seperti biasa tukang cakap yang masih mencari pengalaman, jangan dikutuk beliau bagi la sokongan sikit. ingat senang ke nk cakap depan kumira, boleh muntah hijau dulu baru bleh cakap tau

tag
perlombongan bijih besi di kuala rompin

06 di ketari - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di ketari - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di ketari</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Oct 2013 07:12 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di ketari</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Oct 2013 07:47 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di ketari</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Oct 2013 07:29 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di ketari</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Oct 2013 07:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

CORETAN PEMIKIRAN: Asal-usul Kampung Janda Baik - Bahagian II

Posted: 15 Oct 2013 07:48 AM PDT



Perkampungan di Persisiran Banjaran Titiwangsa
Kamaruzaman Moidunny, PhD
Terdapat empat faktor yang dipercayai membawa kepada pembukaan Kampung Janda Baik. Faktor-faktor ini adalah faktor banjir besar di Bentong, faktor dasar penanaman getah, dasar perluasan perlombongan bijih timah dan faktor ketakutan disebabkan penjajahan Jepun di Malaysia.
Faktor Banjir Besar Di Bentong
Faktor utama adalah disebabkan banjir besar yang melanda Kampung Benus Hulu dan Benus Hilir, Bentong pada tahun 1926. Kejadian ini juga memberikan kesan kepada penduduk Kampung Ketari kerana rumah-rumah yang dibina adalah berdekatan dengan sungai. Kampung Ketari terletak kira-kira 2 km daripada Bandar Bentong. Manakala Kampung Benus Hulu dan Benus Hilir terletak kira-kira 5 km daripada Bandar Bentong. Kampung-kampung ini merupakan antara penempatan awal orang Melayu berhampiran Bandar Bentong.
                            
Gambar Foto 14: Kawasan perkampungan di Benus, Bentong yang berhampiran sungai
Malapetaka banjir besar ini telah memusnahkan kawasan pertanian dan haiwan ternakan. Sawah padi, tanaman jagung dan pisang musnah akibat banjir. Di samping mereka juga mengalami kerugian kerana kehilangan ternakan seperti kerbau, lembu, kambing, itik dan ayam. Oleh kerana bimbang kejadian yang seumpama ini berlaku lagi maka penduduk Kampung Benus (Hulu dan Hilir) telah mengambil inisiatif untuk mencari kawasan penempatan baru yang kedudukannya lebih tinggi dan selamat daripada banjir. Penempatan baru ini juga mestilah subur dan sesuai untuk bercucuk tanam. Dalam hal ini mereka mempunyai dua alternatif iaitu berpindah ke Kampung Asap di Lebu (Lihat Gambar Foto 16 dan Rajah 3) yang mempunyai jarak 15 km daripada Bandar Bentong atau berpindah ke Kampung Janda Baik yang mempunyai jarak sekitar 45 km daripada Bandar Bentong.
 Gambar Foto 15: Sebuah rumah di Kampung Ketari, Bentong yang dibina agak tinggi untuk mengelakkan banjir
Kedudukan Janda Baik di kawasan tanah tinggi (lebih kurang1,700 kaki dari permukaan laut) serta salirannya yang baik merupakan satu alternatif penting bagi penduduk Kampung Benus dan Ketari. Ketinggian ini sudah pasti membuatkan banjir sukar untuk berlaku kerana Sungai Chemperoh dan Sungai Cheringin mempunyai saiz yang lebih kecil daripada sungai yang ada berhampiran Bandar Bentong. Saiz yang kecil juga menyebabkan muatan air yang ditampung oleh kedua-dua sungai ini adalah kecil. Di samping itu, aliran air sungai adalah deras menyebabkan air tidak akan ditakung dalam masa yang lama kerana bergerak dari kawasan berbukit-bukau di hulu sungai ke kawasan tanah rendah di hilir sungai. Oleh itu, kejadian banjir amat sukar untuk berlaku di Kampung Janda Baik. Tambahan lagi, tanah di Kampung Janda Baik adalah sesuai untuk bercucuk tanam. Tanah Janda Baik juga amat subur dan sesuai untuk menanam padi. Hal ini diketahui daripada beberapa orang individu yang telah meninjau dan membuka tanah pertanian awal sebelum berlakunya kejadian banjir tahun 1926 itu.  
Pada masa tersebut, terdapat sebatang jalan yang menghubungkan Bandar Bentong dengan Hulu Kelang. Jalan tersebut dinamakan sebagai 'jalan kuda' kerana kenderaan yang biasa digunakan untuk mengangkut barang pada masa tersebut adalah kuda. Kebiasaanya perjalanan daripada Bandar Bentong ke Hulu Kelang mengambil masa lama dua hari. Orang yang menggunakan jalan tersebut kerapkali menjadikan kawasan Janda Baik sebagai tempat bermalam. Antara tempat persinggahan yang paling popular adalah puncak Bukit Tok-tok. Bukit ini merupakan landmark utama bagi pengguna laluan Bentong-Hulu Kelang yang sekarang ini terletak besebelahan dengan Sekolah Menengah Bukit Tinggi. Oleh itu Janda Baik memenuhi kehendak masyarakat Kampung Ketari dan Kampung Benus yang mencari tapak baru bagi kegiatan bercucuk tanam dan penternakan. Pada peringkat awal penerokaan di Kampung Janda Baik ini, mereka menanam padi secara sara diri yang dijalankan secara bergotong-royong.
Faktor Dasar Penanaman Getah
Pada akhir tahun 1920-an dan awal 1930-an, kerajaan Pahang dan pemilik tanah persendirian (yang majoritinya adalah berbangsa Cina) telah melaksanakan dasar penanaman getah secara besar-besaran. Hutan-hutan dara mula oleh kerajaan diteroka dan banyak kawasan ditanam dengan pokok getah dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu Dasar Ekonomi Baru (DEB). Pembukaan tanah rancangan kerajaan persekutuan seperti Felda Lurah Bilut membuktikan hal ini. Kawasan yang dahulunya menjadi punca rezeki orang Melayu Kampung Ketari dan Kampung Benus mula diambil-alih oleh kerajaan negeri. Sementera pemilik tanah persendirian juga mengusahakan tanaman getah kerana permintaan yang baik dari luar negara. Kehidupan pertanian penduduk Melayu di Ketari dan Benus terjejas kerana mereka mengusahakan ladang dengan modal dan saiz yang kecil.
 Gambar Foto 16: Suasananya kawasan Kampung Asap yang mengukir sejarah berkaitan dengan Kampung Janda Baik
Faktor Dasar Perluasan Perlombongan Bijih Timah
Dalam masa yang sama, dasar perlombongan bijih timah juga memberikan kesan terhadap penduduk Kampung Ketari dan Kampung Benus, Bentong. Sebahagian besar tanah pertanian di Bentong telah dibeli oleh dua orang saudagar bijih timah berbangsa Inggeris iaitu Tuan Peacock dan Tuan Pursey. Lantas mereka mengusahakan lombong bijih timah secara besar-besaran kerana melihat potensi usaha mereka ini akan mebuahkan hasil yang lumayan.  Oleh itu penduduk Melayu di sekitar Bandar Bentong (Ketari dan Benus) tidak berpeluang untuk bercucuk tanam dan mengusahakan penternakan kerana kekurangan tanah. Sebahagian besar kawasan pertanian dan penternakan mereka telah bertukar menjadi kawasan perlombongan bijih timah menyebabkan mereka terpaksa mencari kawasan baru untuk meneruskan kehidupan cara lama iaitu bercucuk-tanam dan memelihara binatang ternakan. Perlombongan di kawasan Batu Empat Jalan Bentong-Kuala Lumpur, di Kampung Benus dan Kampung Chamang menyebabkan kawasan pertanian dan penternakan semakin terhad. Sebagai alternatif untuk kesinambungan hidup mereka, kawasan baru terpaksa dicari. Alternatifnya, sebahagian kecil penduduk Melayu berpindah ke Kampung Asap di Lebu, Bentong dan sebahagian besarnya berpindah untuk meneroka kawasan baru di Kampung Janda Baik, Bentong.
Faktor Ketakutan Disebabkan Penjajahan Jepun di Tanah Melayu
Tentera Jepun telah menakluk Tanah Melayu selama lebih kurang tiga tahun setengah mulai 13 Februari 1942 hingga 12 September 1945. Pada masa ini, penduduk Kampung Ketari dan Kampung Benus, Bentong berada dalam ketakutan kerana bimbang disiksa oleh tentera Jepun. Kisah kekejaman tentera Jepun terhadap penduduk Tanah Melayu menjadi igauan ngeri menyebabkan usaha terpaksa dilakukan untuk menjauhkan penduduk daripada laluan tentera Jepun. Berbanding jarak antara Bandar Bentong ke Kampung Asap (15 km) dengan Bandar Bentong ke Kampung Janda Baik (45 km), Kampung Janda Baik dilihat sebagai tempat yang lebih selamat untuk penduduk menghindarkan diri daripada tentera Jepun. Jalan yang sempit dan berbukit-bukau menjadikan Kampung Janda Baik sebagai lokasi strategik penduduk untuk berada dalam zon selamat daripada kekejaman tentera Jepun. Dalam masa tiga setengah tahun tersebut, dipercayai bahawa tentera Jepun tidak pernah menjejakkan kaki ke Kampung Janda Baik.
Rajah 3: Kedudukan Kg. Janda Baik berbanding Kg. Ketari, Kg. Benus dan Kg. Asap
Peristiwa Penting Sebelum Pembukaan
Kampung Janda Baik telah dibuka pada tahun 1932. Tiga orang tokoh yang bertanggungjawab membuka penempatan di sini ialah Haji Yaseh bin Da'un, Haji Kadir bin Hitam, dan Haji Idris bin Awang. Pada peringkat awal sebelum membuka kampung ini, iaitu pada tahun 1928, mereka telah meminta kebenaran rasmi daripada Pegawai Daerah (District Officer - D.O.) berbangsa Inggeris pada masa itu. Pegawai Daerah (D.O.), warden dan pegawai hutan telah berbincang tentang permohonan ini. Permohonan ini akhirnya ditolak dengan alasan kawasan tersebut merupakan kawasan hutan simpan. Jika kawasan hutan ini diteroka, dibimbangi sungai akan kering dan hidupan liar akan lari. Alasan yang diberikan ini bersandarkan andaian kononnya orang Inggeris ingin memelihara hidupan fauna dan flora semulajadi di Tanah Melayu. Apabila jawatan Pegawai Daerah  bertukar tangan kepada seorang berbangsa Melayu iaitu Tengku Kamarulzaman pada tahun 1929, permohonan penerokaan untuk membuka Kampung Janda Baik telah dibuat sekali lagi. Oleh kerana jawatan-jawatan lain di Pejabat Daerah Bentong masih dipegang oleh orang Inggeris, permohonan ini tidak mendapat pertimbangan sewajarnya dan akhirnya ditolak.
Gambar Foto 17:  Haji Yaseh Da'un bergambar bersama penduduk Baik di atas pelantar masjid pertama kampung Janda Baik pada tahun 1933.
Usaha Haji Yaseh bin Da'un, Haji Kadir bin Hitam dan Haji Idris bin Awang tidak mengenal erti putus asa. Permohonan diusahakan buat kali ketiga iaitu pada tahun 1930. Perbincangan dengan pihak Pegawai Daerah Bentong berlangsung dengan agak tegas dan tegang, yang mana isi perbincangan menjuruskan keperluan suatu penempatan baru bagi orang Melayu di Kampung Janda Baik. Antara dialog yang diutarakan oleh mereka bertiga semasa memohon tanah Janda Baik dapatlah diringkaskan seperti berikut:
Tuan dari England datang ke Tanah Melayu ... adakah ingin membela hutan dan binatang atau memelihara manusia? Kami memerlukan tanah pertanian untuk bercucuk tanam, menanam pokok getah dan bersawah padi. Kami memerlukan tanah yang sesuai untuk memelihara ternakan. Kawasan di bandar Bentong ini, tidak sesuai lagi untuk bersawah padi dan memelihara ternakan.
   Yaseh Da'un, Kadir Hitam dan Idris Awang
Selepas perbincangan dan perdebatan yang hangat ini, kebenaran telah diberikan kepada mereka bertiga untuk mengusahakan penerokaan dan pembukaan Kampung Janda Baik. Kelulusan penerokaan tanah seluar 2000 ekar diberikan pada tahun 1931 oleh Jabatan Hutan Negeri Pahang untuk menggantikan kawasan Kampung Benus Ulu dan Benus Hilir yang telah ditenggelami banjir besar sebelum itu.  Setelah mendapat kelulusan untuk memasuki kawasan kampung ini, kerja-kerja mengukur tanah dilaksanakan. Haji Ismail bin Ibrahim telah bertindak sebagai 'tukang sukat blok tanah'. Haji Ismail bertindak untuk memecahkan lot-lot tanah berdasarkan bilangan penduduk yang memohon, agar semua penduduk mendapat bahagian yang lebih kurang sama keluasannya. Pada tahun 1932 pula, kerja-kerja menebang hutan untuk pembukaan kampung Janda Baik secara rasmi dimulakan.
Setelah mendapat tahu tentang pembukaan kampung ini maka penduduk-penduduk Melayu di Bandar Bentong terutamanya daripada Kampung Benus dan Ketari mula berminat untuk menetap di Janda Baik. Pada peringkat awal pembukaan Kampung Janda Baik, kawasan penempatan dibahagikan kepada tiga blok iaitu Janda Baik, Janda Baik Tengah dan Janda Baik Hulu. Jadual 4 di bawah ini menunjukkan nama beberapa penduduk awal yang berada dalam blok penempatan tersebut.
Jadual 4: Senarai Nama Penduduk Awal Kampung Janda Baik Mengikut Blok
Rerah, Bagoh, Hambali, Mat Rani bin Satar, Majid bin Imam Samah, Seman, Lassim bin Hambali, Anjang, Haji Sahak, Mahad, dan Tan.
Salam, Yusof bin Hj. Kadir, Sudin, Haji Kadir, Tajid, Yok, Mohammad, Ismail, dan Haji Daud
Haji Yaseh, Mohd She, Jeriah, Arifin, Haji Awang, Katini, Awangah, Deraman, Md.Abas dan Sulaiman
Pada peringkat awal pembukaannya pada tahun 1932, kampung ini hanya didiami oleh  16 keluarga sahaja. Manakala pada tahun 1935, jumlah keluarga meningkat menjadi 35. Apabila kedatangan penduduk semakin ramai ke Kampung Janda Baik, blok-blok ini semakin membesar menyebabkan nama yang diberikan tidak lagi sesuai untuk digunakan. Blok Janda Baik dipecahkan kepada dua iaitu Sum Sum dan Janda Baik. Blok Janda Baik tengah ditukar menjadi Cheringin dan Blok Janda Baik Hulu ditukarkan menjadi Chemperoh. Nama-nama blok yang awal akhirnya dimansuhkan lalu digantikan dengan nama kawasan penempatan baru masing-masing iaitu Janda Baik, Cheringin, Chemperoh dan Sum Sum. Nama-nama ini masih kekal hingga sekarang. Sekarang ini, apabila disebut Kampung Janda Baik, kawasan yang dimaksudkan adalah terdiri daripada empat kampung iaitu Janda Baik, Cheringin, Chemperoh dan Sum Sum. Jika dilihat kepada lokasi penempatan, Janda Baik merupakan pusat pentadbiran kampung ini kerana mempunyai sekolah, masjid, balairaya, padang, hotel, stadium Frenz United dan Klinik Desa.
Bagaimanapun tidak semua penduduk ini tinggal tetap di Janda Baik. Ada di antara mereka yang akhirnya keluar dan kembali semula ke Kampung Benus atau Ketari kerana sebab-sebab tertentu. Antaranya ialah disebabkan wabak penyakit kudis buta serta serangan binatang buas khasnya gajah dan harimau. Antara mereka yang kekal dan terus menetap di Kampung Janda Baik ialah Haji Ahmad, Sulaiman, Seman, Kartini, Haji Yasih, Ismail, Yok, Tajik, Sulaiman, Tan, Mahmod, Haji Sahak, Lassim, Majid dan Md Rani.
Asal Usul Nama Kampung Janda Baik
Terdapat kisah paling popular tentang asal usul nama Kampung Janda Baik ini. Kisah ini merupakan cerita turun-temurun yang diceritakan dari mulut ke mulut dan dari generasi ke generasi. Hasil daripada temu bual yang telah dilaksanakan, responden-responden yang ditemui telah mengemukakan cerita yang sama secara konsisten, sebagaimana yang dikemukakan di bawah ini.  
Sebelum orang Melayu daripada Kampung Ketari dan Kampung Benus, Bentong berpindah ke Kampung Janda Baik, kawasan kampung ini merupakan hutan belantara. Kaum-kaum orang asli telah mendahului penempatan di kawasan ini. Ketua kaum orang asli atau lebih dikenali dengan gelaran Tok Batin merupakan seorang yang kaya. Kononnya, Tok Batin yang bernama Emok, daripada satu suku kaum asli Temuan ini telah terpikat kepada seorang anak dara dari suku kaum lain yang mendiami kawasan Hulu Kenaboi, Negeri Sembilan. Kawasan Hulu Kenaboi ini merupakan kawasan yang boleh dilawati dengan menggunakan jalan hutan daripada Kampung Janda Baik.
Oleh kerana Tok Batin terlalu mencintai anak dara jelita berasal dari Hulu Kenaboi itu maka dia telah menceraikan isterinya yang bernama Endut. Tok Batin itu pun berkahwinlah dengan gadis tersebut. Beliau telah berpindah ke Hulu Kenaboi (tempat tinggal isteri baharunya) setelah mereka berkahwin. Tinggalah jandanya di kampung ini seorang diri. Tok Batin yang asalnya kaya akhirnya jatuh miskin kerana terlalu mengikut segala kehendak isterinya yang cantik itu. Apabila harta kekayaannya sudah habis dan usianya sudah tua maka isteri baharunya itu telah lari ke Jelebu, Negeri Sembilan.
Maka pulanglah semula Tok Batin itu ke Janda Baik. Dia mendapati jandanya menunggunya dengan penuh setia dan bersedia menerimanya semula sebagai suami.
Mereka pun bersatu kembali dan hiduplah mereka semula dengan kebahagiaan. Sejak dari itu kampung ini dikenali sebagai 'Janda Balik' yang diambil daripada peristiwa seorang janda 'berbalik' kepada bekas suaminya. Lama kelamaan, nama 'Janda Balik' telah bertukar menjadi perkataan 'Janda Baik' apabila perkataan pertama diulang-ulangkan dengan cepat. Dengan kata lain, perkataan 'Janda Baik' adalah hasil peristiwa seorang janda yang baik, yang sanggup 'berbalik' semula kepada suami yang telah menceraikan dan meninggalkannya di kampung ini.
Pada tahun 1934, Pegawai Daerah Bentong pada masa itu, Orang Kaya Shahbandar Dato' Hussain (Nenda kepada YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak) mahukan nama kampung ini diwartakan. Orang-orang kampung telah berpakat untuk menetapkan namanya. Daripada hasil pungutan suara, terdapat tiga cadangan nama untuk kampung ini. Tiga cadangan itu adalah Kampung Tiga Haji, Kampung Hulu Benus dan Kampung Janda Balik. Nama Kampung Tiga Haji dicadangkan berdasarkan tiga orang haji yang terlibat membuka kampung ini pada peringkat awalnya iaitu Haji Yaseh bin Da'un, Haji Kadir bin Hitam dan Haji Idris bin Awang. Cadangan nama Kampung Hulu Benus pula diambil berdasarkan kedudukan Janda Baik yang terletak di bahagian hulu kepada kampung Benus Ulu dan kampung Benus Hilir. Manakala cadangan nama Kampung Janda Balik pula diambil berdasarkan peristiwa seorang janda kaum asli suku Temuan yang berbalik semula ke pangkuan bekas suaminya setelah diceraikan.
Setelah dibuat pemilihan di antara tiga cadangan nama tadi,  maka persetujuan diambil untuk memilih nama Janda Balik sebagai nama kampung ini oleh Pegawai Daerah Bentong. Nama 'Janda Balik' ini akhirnya diubah suai sedikit lalu menjadi nama 'Janda Baik'. Dengan pemberian nama itu maka secara rasmi nama kampung ini dikenali sebagai Kampung Janda Baik. Nama ini merupakan nama yang unik bersandarkan tingkah laku baik seorang perempuan yang telah diceraikan suaminya, namun sanggup untuk kembali semula kepada suaminya. Bersangkutan dengan hal ini, En. Mohd Yusof bin A. Kadir telah dilantik sebagai Ketua Kampung, Kampung Janda Baik. Jadual 5 di bawah menunjukkan senarai Ketua Kampung Janda Baik yang dilantik mulai daripada tahun 1934 hingga 2013.
Jadual 5: Senara Nama Ketua Kampung Janda Baik Mulai 1934 – 2013
En. Mohd Yusof bin A. Kadir
1934 – tidak diketahui*
Tn. Hj. Abd. Rahman bin Ismail
Tn. Hj. Abdul Rani bin Mat Piah
Maklumat tepat sedang diusahakan*

Gambar Foto 18: Tn. Hj. Jais bin Manan (Ketua Kampung 1970 -1988) bersama Batin Yat anak Chabang (Gambar kanan atas) merupakan antara orang yang terlibat menjalankan usaha mengesan lokasi kemalangan Tun Ghazalie Shafie pada tahun 1982.
Tamat Bahagian II – bahagian lain akan menyusul. Sedang disunting.

06 di nenasi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di nenasi - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Oct 2013 03:04 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Oct 2013 03:49 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Oct 2013 03:02 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Oct 2013 03:02 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Jun 2013 03:18 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jun 2013 03:02 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 14 May 2013 03:30 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Mar 2013 03:40 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

kem interaksi pemimpin muda smk <b>nenasi</b> - kelab in-smartive

Posted: 27 Feb 2013 04:00 PM PST

Kem Interaksi Pemimpin Muda (IN-TEAM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Nenasi akhirnya melabuh tirainya selepas berlangsungnya Majlis Pra-Penutup di Dewan Terbuka SMK Nenasi. Kelab In-Smartive buat pertama kalinya bekerjasama bersama Warga Pentadbir di SMK Nenasi, dan buat pengetahuan anda semua, Pengetua di SMK Nenasi merupakan bekas guru kepada En.Wan Nazrul Helmy yang merupakan Penasihat Kelab In-Smartive. Sekembalinya beliau ke sana, tujuan utamanya adalah untuk menabur bakti kepada para pemimpin muda di sekolah tersebut. Seramai 39 ahli Kelab In-Smartive yang terpilih tiba di SMK Nenasi pada 22 Febuari 2013 dan akan menetap sehingglah 24 Febuari.
Seramai 134 pelajar SMK Nenasi yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pustaka, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan Ketua Asrama yang merupakan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 mengikuti program yang dianjurkan oleh In-Smartive. Program yang berlangsung selama tiga hari ini menggunakan prinsip " All for One, One for All " ini berjaya mencapai matlamat. Disebalik prinsip yang diterapkan kepada para peserta, mereka hendaklah memahami maksud dan mengamalkan sepanjang IN-TEAM ini agar matlamat tercapai. Matlamat kem ini adalah untuk menyuntik semangat kumpulan serta meningkatkan keyakinan diri dalam peserta.
Kedatangan kami disambut mesra oleh Pentadbir Sekolah dan guru-guru SMK Nenasi. Maka bermulalah Majlis Penyerahan Peserta kepada pihak In-Smartive. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengetua dan seterusnya majlis disambung lagi dengan ucapan Penasihat Kelab In-Smartive, maka tamatlah Majlis Penyerahan Peserta dan secara rasminya para pemimpin SMK Nenasi berada dibawah penjagaan Kelab In-Smartive.
Arahan pertama oleh Tuan Farhan Sulaiman sudah mula membuatkan para pemimpin sekolah tersebut berasa gentar dan segala arahan oleh para fasilitator dituruti dengan pantas dan efisyen. Kemudian mereka diberi 2 barang amanah iaitu tag nama dan sebiji beras pulut. Namun amanah yang diberikan kepada mereka dibuang begitu sahaja kerana sudah ramai yang menghilangkannya. Selepas beberapa dendaan dikenakan kepada para pemimpin ini, mereka dilepaskan buat khidmat diri yang dimulai dengan makan malam iaitu Nasi Garam dan Air Suam dan diakhiri dengan solat Isya' berjemaah.
Sesi pertama yang di mulakan ialah "Tak Kenal Maka Tak Cinta". Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan para fasilitator kepada para peserta SMK Nenasi. Aktiviti ini dikendalikan oleh Mohd Naif Hilmi, Wan Muhammad Irwan dan Nor Nadiah dalam suasana yang teramat ceria sehinggalah berjaya menarik perhatian  dan mengubah suasana yang muram kepada yang lebih baik. Namun, keadaan yang ceria itu tidak berlarutan. Keadaan menjadi tegang apabila majlis diambil alih secara tiba-tiba kerana atas hasil tindakan para peserta itu sendiri. Mereka dibawa ke satu kawasan lapang yang merupakan satu gelanggang badminton dan disini bermulah provokasi oleh fasilitator kepada para pemimpin SMK Nenasi. Pelbagai ujian ditempuhi oleh penghulu dan penghuluwati yang dipilih oleh mereka sendiri dalam slot " Mulanya di Sini ", dan diharapkan agar mereka mengambil iktibar atas apa yang berlaku.
Hari mereka didahului dengan solat subuh berjemaah dan diikuti dengan senaman pagi di padang sekolah. Selepas selesai aktiviti panaskan badan, mereka diberikan pelepasan buat sarapan pagi. Aktiviti disambung lagi dengan slot " Light Camera Action " dimana mereka hendaklah menghasilkan bendera kumpulan yang melambangkan jati diri mereka dan sorakan kumpulan yang boleh menaikkan semangat kumpulan mereka.
Setelah selesai mengecat dan menerangkan maksud bendera kumpulan mereka, di sambung pula dengan slot "Bursa Saham " dimana mereka hendaklah bekerjasama di dalam kumpulan dalam memiliah satu pilihan yang mungkin dapat menguntungkan atau merugikan mereka. Aktiviti mereka seterusnya adalah " D.I.C.E. ".  Peserta didedahkan dengan kemahiran membuat keputusan menggunakan teknik D.I.C.E. iaitu Determined, Identify, Choose dan Evaluate.


Slot " S.W.O.T Analysis " yang dibawa Tuan Eliyass selepas kudapan dapat mendedahkan kepentingan pengurusan bersandarkan keutamaan dengan mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam organisasi untuk menjana kepimpinan yang efisien dan efektif. Selepas selesai aktiviti di dalam dewan, maka tibalah masanya buat para peserta melakukan aktiviti luar bangunan. Para peserta dibawa ke padang sekolah dan dibekalkan patang paip dan tali rafia, mereka dikehendaki membina satu menara yang digelar " The Burj ".  Mereka dikehendaki bersaing untuk mendirikan sebuat struktur menara yang seimbang dangan berbekalkan teori yang dipelajari dalam subjek Fizik.
Setelah selesai aktiviti yang penuh mencabar minda dan emosi, para pemimpin SMK Nenasi dilepaskan untuk khidmat diri, lalu disambung pula dengan makan malam yang berlauk ikan sanggang dan diakhiri dengan solat isya' berjemaah. Sesi seterusnya adalah "Happy Hour" dimana pada masa inilah para peserta diceriakan lagi oleh fasilitator dengan pebagai lagu dan tarian yang dapat menaikkan lagi semangat para peserta. Namun nasib mereka juga tidak baik buat malam keduanya, sekali lagi majlis diambil alih oleh fasilitator secara tiba-tiba.
Mereka dikehendai ke padang dengan secara tiba-tiba, namun pergerakan mereka sebenarnya telah dirancang oleh pihak In-Smartive. Atas arahan para fasilitator, mereka dikehendaki membina semula menara "The Burj" di waktu malam, namun pada kali ini, mereka tidak lagi dikacau oleh fasilitator. Mereka diberi 30 minit untuk membina menara tersebut. Malam mereka tidak sampai ke penghujungnya lagi, ada satu lagi aktiviti yang mereka perlu lalui dengan berbekalkan satu kain penutup mata. Mereka diuji lagi dengan aktiviti yang dapat mencabar minda mereka. Perjalanan mereka selesai dan berhenti di Dewan Makan. Sekali lagi, aktiviti provokasi dilakukan oleh fasilitator sehingga dapat melembutkan hati para peserta sehinggalah matlamat aktiviti tercapai. Slot buat malam ini digelar "Muhasabah Diri ".
Hari terakhir mereka dimulakan seperti pada hari keduanya. Selepas santapan pagi, slot "Resolusi" dimulakan dengan menyediakan pelan tindakan kepimpinan yang realistik berdasarkan keadaan semasa di SMK Nenasi, dengan menggunakan teknik-teknik yang dipelajari iaitu " D.I.C.E " dan " S.W.O.T Analysis".  Akhir sekali, tibalah ke aktiviti terakhir mereka iaitu " Hati ke Hati " dimana peserta dikehendaki memberi maklumbalas dan penilaian mereka terhadap perlaksanaan kursus secara keseluruhan. Selepas berlangsungnya Majlis Pra Penutup, maka tamatlah Kem IN-TEAM oleh Pihak In-Smartive. Sesi fotografi yang diambil dari tingkat 3 bangunan SMK Nenasi itu sangat membuatkan kami berasa terharu dan percaya bahawa pemimpin SMK Nenasi mampu membangunkan semula sekolah mereka.

consultant - sangkar ikan siakap & tilapia <b>di nenasi</b> <b>...</b> - aqua hatchery

Posted: 03 Dec 2012 08:44 PM PST

[unable to retrieve full-text content]ORGANISASI: Kumpulan Belia Nenasi (KUBENA), Pahang. Pada 18 - 20 November, syarikat kami iaitu ALAM NASYRAH ENT. telah dilantik sebagai konsultan bagi projek ikan sangkar oleh Kumpulan Belia Nenasi ...

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2013 03:02 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jan 2013 03:40 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Oct 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Oct 2012 03:22 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Oct 2012 03:16 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 06 May 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Apr 2012 03:07 PM PDT

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Mar 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Mar 2012 12:00 AM PST

[unable to retrieve full-text content][unable to retrieve full-text content]Dilahirkan pada 19 Julai 1971 di Nenasi, Pekan, Pahang, Piza memulakan alam persekolahan pada tahun 1978 di Sekolah Rendah Sultan Abdullah, Kuantan dan mengakhirinya setakat ...

Rangka manusia ditemui tertimbus dalam tanah <b>di Nenasi</b> | Sharing <b>...</b>

Posted: 30 Mar 2012 12:00 AM PDT

PEKAN: Satu rangka manusia ditemui tertimbus dalam tanah di Kampung Serun, dekat Nenasi, di sini.

Shafie Nor: Rangka manusia ditemui tertimbus dalam tanah <b>di Nenasi</b>

Posted: 30 Mar 2012 01:24 AM PDT

PEKAN: Satu rangka manusia ditemui tertimbus dalam tanah di Kampung Serun, dekat Nenasi, di sini, Rabu lalu.
Rangka manusa itu ditemui dua lelaki yang mengendalikan sebuah jengkaut bagi pembinaan jalan di kawasan berkenaan jam 12 tengah hari.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC T Narenasegaran, berkata rangka yang ditemui tertimbus di Kilometer 54 Jalan Pekan-Rompin dekat kampung Serun itu dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat.
"Dua lelaki berkenaan yang berusia 30-an terkejut selepas mendapati rangka manusia tertimbus di kawasan berkenaan sebelum menghubungi pihak polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - BERNAMA

consultant - sangkar ikan siakap & tilapia <b>di nenasi</b> <b>...</b> - aqua hatchery

Posted: 03 Dec 2012 08:44 PM PST

[unable to retrieve full-text content]CONSULTANT - SANGKAR IKAN SIAKAP & TILAPIA DI NENASI, PAHANG. TARIKH : 18 - 20 November 2012. TEMPAT : Nenasi, Pahang. ORGANISASI: Kumpulan Belia Nenasi (KUBENA), Pahang. Pada 18 - 20 November, ...

consultant - sangkar ikan siakap & tilapia <b>di nenasi</b> <b>...</b> - aqua hatchery

Posted: 03 Dec 2012 08:44 PM PST

[unable to retrieve full-text content]ORGANISASI: Kumpulan Belia Nenasi (KUBENA), Pahang. Pada 18 - 20 November, syarikat kami iaitu ALAM NASYRAH ENT. telah dilantik sebagai konsultan bagi projek ikan sangkar oleh Kumpulan Belia Nenasi ...
 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved