ads

Ahad, 3 November 2013

06 di bentong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di bentong - Google Blog Search


Kenangan Yuchuilang: Berjalan-jalan <b>Di</b> Sekitar <b>Bentong</b>

Posted: 05 Aug 2013 10:14 PM PDT


Kami menginap di Hotel Kristal pada malam bekalan elektrik tergendala di Bentong. Pada pagi berikut, kami ambil angin di pekan Bentong sebelum kembali ke Melaka.
Setelah makan sarapan di sebuah kedai kopi, kami beralih ke pasar bentong yang berhampiran dengan kedai kopi itu.

Kebetulan peniaga pasar Bentong berehat pada hari Ahad. Hanya penjaja beredar menjalankan perniagaan di sekitar luar pasar.


SJKC Khai Mun terletak tidak jauh dari pasar Bentong. Kami menuju ke SJKC Khai Mun dan mengambil gambar di luar sekolah.
Oleh kerana pasar Bentong tutup pada hari itu. Kami bertolak ke Kampung Baru Perting untuk membeli Halia Bentong. Di samping Kampung Baru Perting, terdapat beberapa buah kampung baru lain di Bentong.

06 di mempaga - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di mempaga - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di mempaga</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Oct 2013 09:56 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di mempaga</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Sep 2013 09:06 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di mempaga</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Sep 2013 09:34 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di mempaga</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Sep 2013 09:22 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Gotong Royong Perdana PIBP PAPN <b>Mempaga</b> - setiap anak <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2013 07:27 PM PDT

Salam 1 Malaysia.

Program yang telah dijalankan pada bulan Februari ialah Gotong Royong Perdana PIBP PAPN Mempaga. Di dalam mesyuarat bulanan yang telah diadakan pada awal bulan Februari, semua ahli telah bersetuju untuk menetapkan beberapa tugas dan pembahagian tugas kepada semua ibubapa serta barang-barang yang eprlu dibawa.

Program gotong royong telah dijalankan pada 23 Februari 2013 bersamaan hari Sabtu. Program bermula seawal jam 8.00 pagi. Program ini amat mendukacitakan pihak PAPN kerana hanya 10 keluarga yang hadir. Oleh itu pembahagian tugas perlu dibincangkan semula bagi melicinkan perjalanan program gotong royong. Tetapi di sini, pihak PAPN amat berbangga dan berterima kasih kepada semua ibubapa yang hadir bersama anak-anak pada hari tersebut kerana dapat bekerjasama menjalankan program dengan jayanya walaupun dalam bilangan yang kecil.

Antara tugas yang dilakukan ialah meracun rumput di kawasan belakan PAPN, mencuci katil, kerusi, meja, barang-barang permainan serta mencuci bangunan PAPN. Program gotong royong selesai pada jam 11.30 tengahari dan diakhiri dengan jamuan makan.. The end..

Halatuju Selepas SPM Kolej Yayasan Felda Kampus <b>Mempaga</b>

Posted: 22 Aug 2013 11:26 PM PDT

Penubuhan Yayasan Felda telah ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 pada 26 September 1998. Penubuhannya adalah selaras dengan keprihatinan Kumpulan Felda terhadap tanggungjawab sosialnya dan sejajar dengan penglibatannya mempertingkatkan kedudukan sosioekonomi masyarakat luar bandar dan pembangunan negara. Yayasan Felda mula beroperasi pada tahun 1999. 



Matlamat Melaksana dan menggalakkan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan serta kebajikan dalam bidang pendidikan, kesihatan, kebajikan, ekonomi, sosial dan kebudayaan warisan budaya negara serta bidang-bidang lain yang boleh dimanfaatkan oleh warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan.

 Ianya selaras dengan keprihatinan Kumpulan Felda di dalam memperkasakan tanggungjawab sosialnya.

5 jenis kursus peringkat sijil yang ditawarkan di Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga. Antaranya ialah: kulinari, pastri, pramusaji, pembantu atandent bilik dan pembantu kaunter hadapan.

Kelebihan

  • Para pelajar yang menamatkan kursus akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemahiran Malaysia (JKM).
  • Latihan kemahiran menggunakan Standard Kemahiran Pekerjaan (NOSS) Jabatan Kemahiran Malaysia (JKM).
  • Semua pelajar yang mengikuti kursus di Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga akan diberikan kemudahan penginapan dan makanan secara percuma.
SYARAT – SYARAT KEMASUKAN :

  • Warganegara Malaysia
  • Anak @ Cucu Peneroka/Anak Kakitangan Felda
  • Lulus SPM/SPVM
  • Berumur Antara 18 – 25 Tahun
  • Bujang & Sihat Tubuh Badan
Kursus Yang Ditawarkan:-

1. Kulinari (Tahap 1, 2 & 3)
2. Pastri (Tahap 1 & 2)
3. Pramusaji (Tahap 1, 2 & 3)
4. Pembantu Kaunter Hadapan (Tahap 2)
5. Pembantu Atendan Bilik (Tahap 1&2)


KURSUS KULINARI  (Tahap 1, 2 & 3)

Untuk kursus Kulinari(Penyediaan Makanan), pelajar-pelajar akan didedahkan mengenai peralatan, perkakas khas dan bahan yang akan digunakan untuk memasak. Antara modul menarik yang terkandung di dalam kursus ini adalah teknik memasak masakan barat dan timur. Antara masakan barat ialah chicken chop, lamb chop, salad, lasagna dan lain-lain. Manakala untuk masakan timur pula adalah lauk pauk tradisional, jenis-jenis nasi dan sebagaimya.



Pelajar akan mempraktikkan teknik dan kaedah membuat roti dan pastri manisan dan pedas. Resepi-resepi serta kandungan berdasarkan resepi-resepi yang telah ditetapkan. Kemahiran menguli dan proses-proses di dalam penghasilan roti didemonstrasikan serta penyediaan kuih muih tempatan. Teknik dan kaedah moden serta tradisional diajar kepada mereka.

Housekeeping Atau Pengemasan Bermaksud Melakukan Pembersihan Mengikut Prosidur-Prosidur Tertentu, Menyusun Atur Perabut Dengan Cara Yang Tersusun Dan Menarik Serta Menghias Supaya Keseluruhan Bilik/Tempat Menjadi Bersih , cantik Dan Selesa Seterusnya Dapat Mengawal Keselamatan Kepada Tetamu.


Bertujuan untuk mendedahkan para pelajar tentang pengurusan dan peranan kaunter hadapan dalam perkhidmatan hotel. Kaunter hadapan merupakan hentian utama bagi tetamu atau pelanggan yang akan menghubungkan mereka dengan jabatan-jabatan yang berkaitan. Selain itu, kaunter hadapan merupakan tempat memberikan maklumat dan informasi kepada tetamu atau pelanggan.

Muat Turun Borang Permohonan; klik di sini 

 Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

 Kolej Yayasan Felda  Kampus Mempaga

       28600 Karak Pahang Darul Makmur.

                        Email: kyfmempaga@gmail.com

 Tel: 09-2231596           Fax: 09-2232596          

Sumber; sila klik di sini


 KUALA LUMPUR, 30 Jan.  – Empat Kolej Yayasan Felda bakal bertaraf antarabangsa apabila kursus yang ditawarkan mendapat pengiktirafan institusi pengajaran terkemuka dunia dari United Kingdom, City & Guilds.

Ketua Eksekutif Yayasan Felda, Datuk Dr. Emel Faizal Mohd. Mokhtar berkata, proses menaik taraf kursus-kursus vokasional yang ditawarkan di kolej yayasan itu sedang dijalankan.

Kolej yang terlibat ialah Kampus Mempaga, Pahang; Kampus Raja Alias, Negeri Sembilan; Kampus Trolak, Perak dan Kampus Kelana Jaya, Selangor.

"Wakil dari City & Guilds sudah datang ke kolej untuk membuat penilaian dan memberikan cadangan bagi mewujudkan program bertaraf antarabangsa.
"Kita akan bawa perkara ini kepada jawatankuasa untuk penilaian dan kemudian dilaksanakan," katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara City & Guilds dengan tiga institusi pengajian tinggi swasta tempatan.

 Sumber; Kosmo Online

BLOG PAHANG: 06 <b>di mempaga</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Sep 2013 09:30 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Halatuju Selepas SPM Kolej Yayasan Felda Kampus <b>Mempaga</b>

Posted: 22 Aug 2013 11:26 PM PDT

Penubuhan Yayasan Felda telah ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 pada 26 September 1998. Penubuhannya adalah selaras dengan keprihatinan Kumpulan Felda terhadap tanggungjawab sosialnya dan sejajar dengan penglibatannya mempertingkatkan kedudukan sosioekonomi masyarakat luar bandar dan pembangunan negara. Yayasan Felda mula beroperasi pada tahun 1999. 



Matlamat Melaksana dan menggalakkan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan serta kebajikan dalam bidang pendidikan, kesihatan, kebajikan, ekonomi, sosial dan kebudayaan warisan budaya negara serta bidang-bidang lain yang boleh dimanfaatkan oleh warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan.

 Ianya selaras dengan keprihatinan Kumpulan Felda di dalam memperkasakan tanggungjawab sosialnya.

5 jenis kursus peringkat sijil yang ditawarkan di Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga. Antaranya ialah: kulinari, pastri, pramusaji, pembantu atandent bilik dan pembantu kaunter hadapan.

Kelebihan

  • Para pelajar yang menamatkan kursus akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemahiran Malaysia (JKM).
  • Latihan kemahiran menggunakan Standard Kemahiran Pekerjaan (NOSS) Jabatan Kemahiran Malaysia (JKM).
  • Semua pelajar yang mengikuti kursus di Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga akan diberikan kemudahan penginapan dan makanan secara percuma.
SYARAT – SYARAT KEMASUKAN :

  • Warganegara Malaysia
  • Anak @ Cucu Peneroka/Anak Kakitangan Felda
  • Lulus SPM/SPVM
  • Berumur Antara 18 – 25 Tahun
  • Bujang & Sihat Tubuh Badan
Kursus Yang Ditawarkan:-

1. Kulinari (Tahap 1, 2 & 3)
2. Pastri (Tahap 1 & 2)
3. Pramusaji (Tahap 1, 2 & 3)
4. Pembantu Kaunter Hadapan (Tahap 2)
5. Pembantu Atendan Bilik (Tahap 1&2)


KURSUS KULINARI  (Tahap 1, 2 & 3)

Untuk kursus Kulinari(Penyediaan Makanan), pelajar-pelajar akan didedahkan mengenai peralatan, perkakas khas dan bahan yang akan digunakan untuk memasak. Antara modul menarik yang terkandung di dalam kursus ini adalah teknik memasak masakan barat dan timur. Antara masakan barat ialah chicken chop, lamb chop, salad, lasagna dan lain-lain. Manakala untuk masakan timur pula adalah lauk pauk tradisional, jenis-jenis nasi dan sebagaimya.



Pelajar akan mempraktikkan teknik dan kaedah membuat roti dan pastri manisan dan pedas. Resepi-resepi serta kandungan berdasarkan resepi-resepi yang telah ditetapkan. Kemahiran menguli dan proses-proses di dalam penghasilan roti didemonstrasikan serta penyediaan kuih muih tempatan. Teknik dan kaedah moden serta tradisional diajar kepada mereka.

Housekeeping Atau Pengemasan Bermaksud Melakukan Pembersihan Mengikut Prosidur-Prosidur Tertentu, Menyusun Atur Perabut Dengan Cara Yang Tersusun Dan Menarik Serta Menghias Supaya Keseluruhan Bilik/Tempat Menjadi Bersih , cantik Dan Selesa Seterusnya Dapat Mengawal Keselamatan Kepada Tetamu.


Bertujuan untuk mendedahkan para pelajar tentang pengurusan dan peranan kaunter hadapan dalam perkhidmatan hotel. Kaunter hadapan merupakan hentian utama bagi tetamu atau pelanggan yang akan menghubungkan mereka dengan jabatan-jabatan yang berkaitan. Selain itu, kaunter hadapan merupakan tempat memberikan maklumat dan informasi kepada tetamu atau pelanggan.

Muat Turun Borang Permohonan; klik di sini 

 Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

 Kolej Yayasan Felda  Kampus Mempaga

       28600 Karak Pahang Darul Makmur.

                        Email: kyfmempaga@gmail.com

 Tel: 09-2231596           Fax: 09-2232596          

Sumber; sila klik di sini


 KUALA LUMPUR, 30 Jan.  – Empat Kolej Yayasan Felda bakal bertaraf antarabangsa apabila kursus yang ditawarkan mendapat pengiktirafan institusi pengajaran terkemuka dunia dari United Kingdom, City & Guilds.

Ketua Eksekutif Yayasan Felda, Datuk Dr. Emel Faizal Mohd. Mokhtar berkata, proses menaik taraf kursus-kursus vokasional yang ditawarkan di kolej yayasan itu sedang dijalankan.

Kolej yang terlibat ialah Kampus Mempaga, Pahang; Kampus Raja Alias, Negeri Sembilan; Kampus Trolak, Perak dan Kampus Kelana Jaya, Selangor.

"Wakil dari City & Guilds sudah datang ke kolej untuk membuat penilaian dan memberikan cadangan bagi mewujudkan program bertaraf antarabangsa.
"Kita akan bawa perkara ini kepada jawatankuasa untuk penilaian dan kemudian dilaksanakan," katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara City & Guilds dengan tiga institusi pengajian tinggi swasta tempatan.

 Sumber; Kosmo Online

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


TERKINI! FOTO TRAGEDI BANJIR <b>DI CAMERON HIGHLANDS</b>

Posted: 23 Oct 2013 02:54 AM PDT

KEADAAN kawasan sekitar tebing Sungai Bertam dekat Ringlet, Cameron Highlands selepas dilanda banjir mengakibatkan dua pekerja warga asing terbunuh manakala beberapa lagi dipercayai masih hilang.
Berita terkini..tanah runtuh dan banjir di bertam valley, Cameron Highlands. Setakat ini baru jmpa 4 orang yang sudah mati..200 orang lagi hilang dan masih tak jumpa lagi...
Marilah kuta doakan supaya mangsa semua selamat...sekian buat masa ni


terkini: kejadian tanah runtuh <b>di cameron highlands</b> ragut banyak <b>...</b>

Posted: 22 Oct 2013 10:19 PM PDT

Apa sudah jadi di Cameron Highland?? Menurut laporan Star Online kejadian tersebut telah meragut 3 nyawa dan 3 lagi masih hilang selepas satu empangan di Ringlet, Cameron Highlands melepaskan air melalui pintu kawalannya...
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan melibatkan seramai 28 orang petugas...





06 di chenor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di chenor - Google Blog Search


Safiah Ibrahim: ~ Kenduri kawin <b>di Chenor</b> ~

Posted: 22 Dec 2012 06:47 AM PST

Eh. Kenapa saya rasa tajuk tu sangat skema?

Perkahwinan Sharifah Fatimah dan Syed Ridhuan di Kampung Bunian, Chenor.

Moga ikatan suci mereka akan berkekalan sampai ke syurga. Bahagia mereka di sulami gembira.

06 di nenasi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di nenasi - Google Blog Search


Polis berkas warga Myanmar edar dadah kepada nelayan ABN <b>...</b>

Posted: 24 Oct 2013 11:54 PM PDT

PEKAN – Polis percaya telah melumpuhkan satu kegiatan pengedaran dadah yang didalangi warga asing di Nenasi, dengan tertangkapnya seorang lelaki Myanmar di ladang kelapa sawit Kampung Serun dekat Nenasi semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan Supritendan Yahya Osman berkata polis turut merampas 207 gram heroin bernilai lebih RM10,000 daripada lelaki itu yang ditangkap dalam serbuan pukul 4.50 petang.

"Ketika serbuan, suspek yang berusia 30-an itu sedang menjalankan urus niaga dengan beberapa individu dan cuba melarikan diri selepas menyedari kedatangan polis," katanya kepada pemberita.

Yahya berkata siasatan awal mendapati suspek yang berasal dari Phew Meow Mea, Myanmar memasuki negara ini secara haram dan bekerja sebagai nelayan selama lapan bulan di kawasan Endau sebelum terbabit menjual dadah.

"Polis percaya suspek aktif mengedar dadah di kawasan Nenasi dan kebanyakan pelanggannya terdiri daripada nelayan.

"Kita juga percaya dengan tangkapan ini polis berjaya melumpuhkan satu daripada rangkaian pengedaran dadah yang didalangi oleh warga asing di kawasan ini dan sedang mengesan rangkaian lain yang berkemungkinan lebih besar," katanya.

Katanya suspek kini ditahan reman sehingga 31 Okt ini bagi membantu siasatan mengikut 39B Akta Dadah Berbahaya. – Bernama

06 di jerantut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di jerantut - Google Blog Search


PANAS : HOTEL POPULAR <b>DI JERANTUT</b> LETAK ARAK DALAM <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2013 02:16 AM PDT

Seorang tukang masak sebuah hotel terkenal di Jerantut yang cuba menipu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) akhirnya mengaku menggunakan arak selepas disoal siasat.

Tukang masak berkenaan pada mulanya mengaku arak jenis wine itu adalah minumannya dan disimpan bersama bahan masakan lain termasuk sos dan kicap.

Bagaimanapun, selepas melihat tulisan tertera Gourmet Cooking Wine yang ditunjukkan penguatkuasa, dia bersetuju bahawa arak itu digunakan untuk memasak masakan Cina.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, dua jenis arak yang ditemui itu diimport dari China dan dipercayai digunakan ketika menyediakan masakan kepada pelanggan Islam kerana peralatan masakan sama tanpa sebarang pengasingan.

"Kandungan alkoholnya hanya satu peratus tetapi kita tetap serius dengan perkara ini bagi menangani kemaslahatan pelanggan Islam," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Noridzuan berkata, semua tukang masak di hotel berkenaan bukan Muslim dan hotel itu juga tidak pernah memohon sijil halal tetapi pemantauan dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui status halal masakan yang disajikan.

Menurutnya, pengurusan hotel tidak berminat memohon sijil halal kerana restoran di hadapan dapurnya menghidangkan minuman keras bagi pengunjung bukan Islam.

"Mereka juga tetap mahu meneruskan penggunaan ramuan dan aneka sos yang tidak dapat disahkan status halal yang tidak dapat menepati syarat dan prosedur pensijilan halal," katanya.

Noridzuan berkata, pemantauan dilaksanakan bersama Pejabat Agama Islam Jerantut dan Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut.

Selepas lebih satu jam membuat pemeriksaan, katanya, kumpulan pemantau itu mendapati amalan kebersihan tidak memuaskan secara keseluruhan terutama di bahagian dapur dan peti sejuk.

"Sarang telur dan telur yang tidak dibasuh dan diletak berhampiran dengan tempat memasak dan semua pekerja di bahagian dapur tidak mendapat suntikan anti typhod serta gagal menghadiri kursus pengendalian makanan.

"Pihak hotel sebenarnya tidak melakukan sebarang pelanggaran Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011) kerana tidak terdapat apa-apa pernyataan halal atau apa-apa perkataan atau objek yang boleh membawa pengertian halal di premis hotel itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan pelanggan Islam tidak mudah terpedaya dengan ajakan individu tertentu supaya mencuba masakan di hotel atau restoran terkenal yang tiada tanda halal.

Jaip juga menggesa premis makanan supaya lebih peka dengan keperluan penyediaan makanan halal bagi pengguna Islam terutama aspek ramuan yang jelas tidak halal. Sumber : Sinarharian Pahang

AAP :  Sebaik dan sepatutnya pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan garisan panduan dan hebahan yang sama seperti mana pernah di khabarkan Restoran MalabarCafe tidak halal. Jadi perkara ini biar jelas tidaklah warga Jerantut dan orang luar daripada Jerantut tertanya-tanya apakah nama hotel tersebut dan apakah statusnya nanti. Jabatan Agama Islam Jerantut amat diharapkan dapat memberi penjelasan dan pencerahan.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

06 di brinchang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di brinchang - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di brinchang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Nov 2013 09:30 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di brinchang</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Nov 2013 09:49 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Tempat aku mencurah rasa dan suka duka kehidupan: Rombongan <b>...</b>

Posted: 20 Oct 2013 05:51 AM PDT

Bersambung dari cerita di sini, selepas beberapa jam bergolek dan  merehatkan diri di  bilik,kami bergerak menuju ke pekan Brinchang.Entah kenapa dari mula-mula  jejak kaki ke Cameron Highland aku teruja sangat nak pergi pasar malam Brinchang. Setahu aku pasar malam ni ada pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Kami sampai di pasar malam Brinchang lebih kurang jam  4 petang.Yuyi park kereta  di pekan Brinchang kemudian kami berjalan kaki ke pasar malam .Nak diikut taklah jauh sangat dari tempat yuyi parking kereta nak ke pasar malam tapi biasalah bila dah lama tak exercise jalan sikit pun aku termengah-mengah.
Anak-anak aku sempat posing sebelum  ke pasar malam Brinchang 
 Pasar malam Brinchang  cukup happening  
Rambang mata , rasa nak beli semua barang kat sini terutama makanan, pakkallah kami kena kosongkan perut  untuk makan dinner kat smoke house.
erkkk geramnya dengan yuyi ni, pantang jumpa udang goreng mesti nak beli .
Nasi lemak pasar malam Brinchang sedap cuma sebungkus RM1.20 sahaja , without udang goreng ye : )

Kawasan sekitar Smoke House Hotel Cameron Highland
Tak pelah anak aku lenkali kita pergi smoke house Fraser Hill  ye... mana tahu lamb shank kesukaan kau ada di sana.
Masa ni yuyi dah bengang dengan ketua pelayan  lelaki  aku syak merangkap ketua lanun, la la la la ;a habis tu cakap bengkeng je.,haishhhh tolonglah  orang melayu ni kalau sombong buruk ..............
kami bukan tak  biasa makan kat tempat macam ni cuma pada kami tempat ni pelik, bak kata yuyi "tak sukalah  makan kat tempat yang banyak   protokol" Dia terus suruh  pelayan tu padamkan lilin.Gilosss  ko nak makan berlilin bagai. Rimas  dengan lilin belum habis boleh plak masa pelayan tu padamkan lilin ,  dia sibuk cakap yang   lilin tu tak memberi masalah, something like that. eeee serius geram gila waktu tu rasa aku nak cili je mulut dia.
Sementara menunggu  makanan sampai , kami makan soft bun dengan butter 
Aku dah lupa air yang  yuyi order , seingat aku fresh orange, bantai jelah labu
Grilled Cod Fish terbaek, aku cubit sikit somi punya, menyesal plak aku tak order. Bukannya aku tak nak order  perut dah kenyang sebab  sebelum datang sini  aku dah isi perut dengan sebungkus nasi lemak pasar malam Brinchang.
Firdaus makan Chicken ala king kalau tak silap aku
Yuyi makan roast lamb kalau tak silap aku.
Firdaus tengah kyushuk makan nasi butter dengan chicken ala king

Tarikh  : 5 October 2013, Sabtu
Lokasi : Cameron Highland, Smoke House Hotel Cameron Highland
Pasar malam Brinchang
Peristiwa : Jalan-jalan hujung minggu

Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

06 di lanchang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di lanchang - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di lanchang</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Oct 2013 07:19 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di lanchang</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Oct 2013 07:01 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Peserta jalan kaki Walk4Malaysia sampai Putrajaya dari <b>Lanchang</b> <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2013 11:36 PM PDT

Peserta Walk4Malaysia, Mohd Noor Mat, 47, dilaporkan telah tiba di Putrajaya jam 11.30 pagi ini disambut Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan di bangunan Kementerian Belia dan Sukan.Mohd Noor tiba diiringi 90 peserta daripada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT).

Mohd Noor sebelum ini bernazar mahu berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya sejauh 600 kilometer sekiranya calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Rahman menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Beliau dikatakan bermula jalan menuju ke Putrajaya pada 22 September yang lalu dan baru semalam diberitakan baru tiba hampir Lanchang pada tengah hari. Jarak dari Lanchang ke Putrajaya dikatakan hampir 130km jika melalui Kuala Lumpur. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana Mohd Noor yang berada di Lanchang semalam telah memecut dengan berjalan kaki untuk sampai ke Putrajaya dalam masa sehari iaitu hari ini! Mungkinkah beliau melalui jalan belakang turun ke Triang,Pahang untuk memasuki Kuala Pilah yang jaraknya lebih dekat?

BLOG PAHANG: 06 <b>di lanchang</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Oct 2013 07:17 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di lanchang</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Oct 2013 07:23 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

seram kot!!!!: Kisah benar gigitan langsuir - <b>di lanchang</b> temerloh

Posted: 23 Mar 2013 05:21 AM PDT





Seperti biasa admin akan terima log call untuk sesuatu kawasan, petang ni admin ada installation di Bera, Pahang, tepat jam 11pagi admin gerak ke bera, Pahang. Memandangkan admin tinggal di raub, admin jarang lalu di kawasan lanchang – temerloh – bera.

Kerana jalan tidak berapa elok. Seingat admin hanya 2 kali sahaja ikut lanchang ke temerloh. Sampai di bera 1.30 petang. Ehm tempat yang baru di buka, kerana sebelum beroperasi sesuatu bangunan, admin orang pertama kena ada di sana. Untuk installation router network. Setibanya di sana pakcik tu hanya bagi kunci dan dia mengatakan selepas siap call pakcik,ehmm.

Kerana dia ada tugas lain di tempat lama. Agak menyeramkan kerana tiada seorang pun yang ada disitu kecuali admin.admin perlu selesai segera kerana risau balik keadaan gelap dengan bangunan yang baru dan tiada penghuni. Dengan bangunan yang agak besar..setelah selesai tepat jam 6.30 petang, admin pun bergegas pulang. Setiba di temerloh jam 7.30 petang admin singgah solat di masjid temerloh.

Hari semakin lewat malam perut pun semakin lapar, bergegas hendak pulang. mungkin hari dah semakin malam admin membuat keputusan untuk balik ke raub melalui highway temerloh – bentong – raub. selepas ambil tiket di plaza toll temerloh admin terhidu sesuatu yang sangat wangi, admin cuba tutup tingkap kereta man tahu mungkin akan hilang tapi wangian sangat kuat hingga sampai ke otak, untuk menyedapkan hati admin mungkin ini wangian bunga di waktu malam. Ada sesetengah bunga mengeluarkan wangian di waktu malam.

Admin teruskan perjalanan dalam 1 kilometer akan tiba di exit lancahang, tiba2 hati admin berbelah bagi samaada terus mengikut perjalanan ke exit bentong atau exit lanchang. Sehingga admin hampir langgar border exit lanchang. Jantung berdegup kencang apabila memasuki exit lanchang. Ada sesuatu suara yang menyuruh admin ikut lanchang untuk tiba ke raub. Jantung semakin dup dap selepas membuat pembayaran di plaza tol lanchang. Dengan jam tepat pukul 8.45 malam hujan turun renyai2.

Dalam hati admin mengatakan waktu awal lagi baru pukul 9.malam..takde hal punye.

Admin rasa hairan kenapa tiada satu pengguna jalan raya di lanchang. Pelikk..hujan masih renyai2 lagi ni. Takkan dah tido kot Penduduk kawasan bukit damar ni. Perjalanan yang agak kelam kerana tiada lampu jalan, kiri kanan pokok2 hutan Bermainla benda2 menyeramkan di kepala admin, ahh.. persetankan semua itu.. Tiba2 sampai di suatu kawasan gelap kereta admin jadi berat, takkan kot. Admin tengok gear, ishh gear di tangan kiri. Gear 3 ni takkan berat kot.

Admin tukar gear 2 kereta semakin berat. Macam nak pecah gear box. Admin buat macam biasa, hendak call ayah tapi line takdo pulok. Admin tengok cermin pandang belakang ehh macam ada seseorang duduk di kerusi belakang sebelah kanan admin, siapa pulok ni, mengucap panjang….dengan rambut mengurai hanya memandang ke bawah. Admin cuba buka lampu di dalam kereta tu hilang, tutup lampu benda tu ada balik, admin tolak cermin pandang belakang keatas keran takut nak pandang.. admin buka cd ayat2 al-quran, ayat2 ruqayah yang ayah admin berikan.

Kerana dia tahu anaknya selalu outstation..hampeh rosak pulok cdnya, mungkin terdedah matahari panas kot. Admin pasang cd kumpulan wings, admin putarkan lagu sejati. Admin hairan sejak bila ada suara perempuan bernyanyi bersama awie. Admin ulangkan sekali lagi, memang sah suara perempuan bernyanyi bersama awie. Astaghfirullahaladzim..

Memang sah aku dah kene. Mengikut pengalaman admin yang selalu outstation benda setan ni selalu kacau admin hanya main kat luar je. Contoh macam bayi merangkak di maran, perut terburai di karak (sama macam cerita KRU Karak tu), lembaga hitam di karak.(admin hampir kemalangan).

Tiba2 admin terasa sakit di bahagian leher. Aduss bisa rasanya, penat agaknya..admin pandang ke depan dan cermin sisi masih tiada kereta, tiba ada satu kereta iswara ikut belakang admin dengan main2 lampu tinggi. Apa agaknya iswara ni nak..admin betulkan balik cermin pandang belakang dan tengok tiada lagi benda rambut mengurai tu. Tapi yang menghairankan kenapa kereta iswara tu masih main lampu tinggi dengan admin.

Pelikkk…admin rasa macam langsuir tu berada di atas bumbung kereta ni..biar jela..admin teruskan perjalanan.. setibanya di rumah raub. Admin kelam kabut masuk ke rumah, admin mandi, solat makan dan tidur.

Tido dengan lena tiada mimpi apa, ehm mungkin penat kot. Besok pagi admin bangun leher rasa panas, kenapa panas ni. Admin lihat di cermin astaghfirullahaladzim ada tiga kesan gigitan gigi di leher admin. Berbentuk gigi, setiap satu gigi berbentuk segitiga.

Admin call ayah admin dia mengatakan bentuk gigi itu macam mana. Admin terangkan kepada ayah..ayah mengatakan memang sah langsuir..tapi jangan risau kerana dia kacau sesiapa sahaja yang lalu di kawasan itu. Ayah admin mengajar cara merasa gigitan langsuir di leher. Dengan mengucap selawat NABI sambil rasa dengan jari. Ada sesuatu benda tajam di leher admin. Ayah mengatakan mungkin gigi langsuir (macam kelakar) admin ambil kapas putih dan keluarkan gigi tersebut dan bakar.

Petang tu admin pulang ke K.L perlu jumpa ayah untuk perubatan lebih lanjut. Setibanya di depan rumah (magrib), bulu roma berlakang tengkuk admin meremang, ahh persetankan semua tu, dah sampai rumah ayah pun. Malam tu admin kena kacau lagi masa nak tido. Ada sesuatu yang geletekkan jari kaki admin.
Ayah pun mengatakan ada kesan kertas terbakar di depan rumah admin tapi yang peliknya diatas tikar. Tetapi tikar tiada kesan terbakar, 2 kali benda ni berlaku,

p/s: kepada sesiapa yang ada pengalaman seram di sekitar pahang sila berkongsi dengan admin ada banyak pengalaman admin berkaitan mahkluk halus ni, maklumla kerja selalu outstation

http://mynewspaperss.blogspot.com/20...langsuir.html#

!!ajax85!!: Gajah <b>di lanchang</b>

Posted: 20 May 2013 08:33 AM PDT

Siapa pernah g kuala gadah di lanchang..ada apa disana..sesiapa yg ingin berkelah cuba lah pergi ke pusat pemulihan gajah di lanchang..anda akan merasa sesuatu kelainan apabila berada disana

06 di bukit ibam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di bukit ibam - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di bukit ibam</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Oct 2013 07:04 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Program I Want Sihat Peringkat <b>Bukit Ibam</b> 2013

Posted: 27 Sep 2013 11:45 PM PDT

Salam Sejahtera..
Salam 1 Malaysia..
Salam Malaysia Sihat...
Bertempat di Padang Awam Bukit Ibam telah dilangsungkan " Program I Want Sihat" anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Rompin/Panel Penasihat Klinik Bukit Ibam bersama JKKK Bukit Ibam pada tarikh 28 september 2013( Sabtu ) yang telah dirasmikan oleh  ADUN Bukit Ibam, Yang Berhormat Dato' Wan  Kadri bin Wan Mahussin.,DIMP.
Di mana pada jam 8.00 pagi acara dimulakan dengan Regangan Otot seterusnya YB ADUN bersama peserta  telah memulakan perjalanan 10,000 langkah mengelilingi kawasan penempatan Bukit Ibam.
Kem kesihatan I Want Sihat merupakan satu program mensasarkan kepada komuniti dengan matlamat menyampaikan mesej serta kemahiran berkaitan cara hidup sihat,salah serta kesan jangka panjang  kem ini dapat membantu menurunkan prevelan penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti hipertensi,diabetes,strok dan lain-lain,

Dalam rogram ini juga diadakan pemeriksaan percuma kepada pengunjung yang datang,pemeriksaan BMI,Gula dalam Badan serta Bacaan Tekanan Darah.
Pihak JKKK Bukit Ibam amat berterimakasih atas kesudian YB ADUN  Bukit Ibam untuk meluangkan masa adalam aktiviti yang telah dianjurkan ini.
Kami juga amat berterimakasih kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah Rompin yang telah menganjurkan program ini di Bukit Ibam.
Terimakasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan misi ini...terimakasih daun keladi.

06 di gebeng - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di gebeng - Google Blog Search


This Is <b>Gebeng</b> | SimfoniKasih.net

Posted: 30 Oct 2013 06:13 AM PDT

Sewaktu ke Cherating, saya sempat lalu di kawasan Gebeng. Sebab keluar dari highway ikut Jabor. Jadi kena lalu kawasan ni untuk ke hotel.

Kami sangat terkejut dengan keadaan di sini. Mr.R cakap macam baru lepas perang.

Saya pula, walaupun duduk dalam kereta yang bertutup, seboleh-bolehnya cuba tahan nafas sebab takut udara yang memang nampak sangat tak bersih. Tak pernah lagi saya jumpa kawasan perindustrian macam ni.

Ini antara gambar yang sempat saya ambil sewaktu nak ke turtle sanctuary.

IMG_2969

IMG_2972

IMG_2979

IMG_2982

IMG_2984

IMG_2986

Dari Wikipedia:

Gebeng is a small town and main industrial area in Pahang state in Malaysia. The town is located near Kuantan Port. The phase 1 of the East Coast Expressway leads to Gebeng.

Currently there are two main phases of industrial area developed since the 70′s. Phase one is near the main trunk road Kuantan-Gebeng by-pass and consisting of small and medium scale industries such as wood processing industries, metal works factories and concrete ducting company. Phase two was developed in the early 90′s and the majority of industries here are petrochemical companies such as Petronas MTBE-Polypropylene, BP Chemicals, WR Grace, EASTMAN, Kaneka and Cryovac. The third phase currently occupied by Polyplastics Asia Pacific, BASF-Petronas, Petronas CUF, Petronas Centralized Emergency Facilities and PDH Plant.

There are also industrial activities at the Kuantan Port Industrial Area where FPG Oleochemicals (FELDA Procter & Gamble), FELDA palm oil mill, Air Products, Kuantan Flour Mills and several other companies are situated here.

Untuk pengetahuan, projek Lynas yang kontroversi juga berada di sini.

Tags: , ,

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved