Update 12:30am 6/12/13 Elektrik Di Putuskan Malam Ini Malumat yang diperolehi dari pusat gerakan bencana TNB mengatakan bahawa jika paras air terus meningkat , kemungkinan pihak TNB terpaksa memutuskan bekalan elektrik dibeberapa kawasan didalam daerah Jerantut .
Ini bagi memastikan bahawa perlatan TNB dan keselamatan orang harta benda orang awam akan selamat . Penutupan / shutdown pencawang tertentu mungkin akan berkuat kuasa sekitar jam 2am , Pihak TNB masih memantau situasi dengan memastikan kakitangan sentiasa bersiap sedia menghadapai sebarnag kemungkinan yang bakal berlaku pagi ini .
Antara pencawang yang dibawah pengawasan teliti pihak TNB adalah pencawang di Simpang Padang Piol yang membekalkan eletrik ke Feri , Pulau Tawar dan Felda Padang Piol . Jika tindakan shutdown dilaksanakan maka penduduk sekitar Feri dan Pulau tawar akan bergelap pada pagi ini . Diminta bersiap sedia dengan lilin dan lampu suluh.
Sementara itu di Pulau Tawar dan Pedah paras air terus meningkat dengan lajunya . Di Pulau Tawar kini air sudah mula berada di Masjid Jamek Pulau Tawar
Update : 2pm 5/12/13 : Pulau Tawar Dilanda Banjir Kampung Pulau Tawar kini adalah kampung terbaru yang dilanda banjir . Air SungaiPahang yang semakin meningkat naik telah menyebabkan beberapa ladang dan kebun sayur milik orang kampung digenangi oleh Air . Air yang bermula di Sungai Sambau kini telah mula miningkat sehingga ke kawasanMasjid Pulau Tawar.
Kawasan yang terjejas teruk oleh banjir ini adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tawar , Kampung Kubang Sekedal , Kampung Telok , Kampung Kempot , dan Kampung Masjid . Setakat ini adalah difahamkan Madrasah Al Muaalim Yunus Tahfiz wa Arabiyah yang terletak di Kampung Masjid masih belum dinaiki oleh air . Difahamkan ada seramai 25 orang pelajar dan 3 orang guru yang berada disitu .
Sementara itu difahamkan penduduk di Research dan Sg tekam kini telah terputus bekasan air bersih . Ini berkemungkinan disebabkan Pam Air di Simpang Sungai tekam telah dinaiki air dan tidak kini tidak boleh lagi beroperasi.
Update 10am 5/12/2013 : Jalan Jalan di Tutup Sekitar Jerantut
LAPORAN BANJIR DAERAH JERANTUT 2013
Tarikh : 5 December 2013
Masa : 9.20 am
1. Route : FT64 Nama jalan : Benta - Maran (Berhampiran simpang ke Jengka 8) Seksyen : 84.00 - 86.00 Panjang kawasan terlibat : 2600m Kedalaman : 1.2m-2.7m Status : Ditutup pada semua kenderaan
2. Route : FT64 Nama jalan : Benta - Maran (Kg. Bangkong) Seksyen : 93.00 - 93.50
Panjang kawasan terlibat : 500m Kedalaman : 1.2m-2.5m Status : Ditutup pada semua kenderaan
3. Route : FT234 Nama jalan : Jerantut - Lipis (Paya Teh) Seksyen : 55.00 Panjang kawasan terlibat : 250m Kedalaman : 1.2m-2.5m Status : Ditutup pada semua kenderaan
4. Route : FT234 Nama jalan : Jerantut - Lipis (Jambatan Sg. Kerak) Seksyen : 47.00
Panjang kawasan terlibat : 240m Kedalaman : 1.2m-2.5m Status : Ditutup pada semua kenderaan
5. Route : FT234 Nama jalan : Jerantut - Lipis (Kg. Sepial) Seksyen : 43.00 Panjang kawasan terlibat : 370m Kedalaman : 1.0m-2.0m Status : Ditutup pada semua kenderaan
6. Route : FT1521 Nama jalan : Link Kota Gelanggi (Berhampiran Simpang ke Lepar Utara) Seksyen : 18.00
Panjang kawasan terlibat : 280m Kedalaman : 1.0m-1.7m Status : Ditutup pada semua kenderaan
7. Route : FT1508 Nama jalan : Sg Retang - Padang Piol (Paya Garuk) Seksyen : 0.5 - 1.00 Panjang kawasan terlibat : 400m Kedalaman : 1.0m-2.2m Status : Ditutup pada semua kenderaan Info banjir jalan negeri daerah Jerantut. 5/12/13. Setakat jam 9.00pg
1)Jln tebing tinggi ke feri Seksyen 1.0 hingga 16.0 (kebanyakan jln dtenggelami air) Dlm - 1.0 hingga 3.0m Dtutup kpd smua knderaan
2)Bukit puas ke gintong Seksyen 2.0 Dlm 1.0 - 3.5m Pjg 170 m Trputus hubungan.
3) kg gol k.tahan Seksyen 1.0 - 8.0 Dlm - 0.2 - 5m Pjg 7 km Trputus hubungan
4) jln ulu retang merting A) seksyen 4.2 - 5.2 Kdlmn - 1.2- 6, 7 m Pnjg - 1000 m Trputus hubungan
B) seksyen 32.0 Kdlmn - 1.3 - 1.6m Pnjg - 400 meter Trputus hubungan
C) seksyen 2.0 Dlm 1.7- 3.0 m Pjg 200 m Trputus hubungan
6) sg yap ke pasir tambang - Seksyen 6.3 - 7.3 Dlm 0.2 - 2 m Pnjg 1 km Trputus hubungan
Update 7:00am 5/12/2013 : Felda Sungai Tekam Di Khuatiri Terputus Bekalan Air Dijangkakan jika air sungai tekam terus meningkat , maka loji air PAIP sungai tekam terpaksa berhenti operasi kerana paras air sudah memasuki loji tersebut. Jika ini berlaku penduduk felda sg tekam , research dan kampung sekitarnya akan mengalami ganguan bekalan air bersih. 10:00 pm 4/12/2013 : SMK PULAU TAWAR DINAIKI AIR
Maklumat yang disampaikan oelh rakan-rakan dari Pulau Tawar mengatakan bahawa air sungai pahang kini telah memasuki kawasan sekolah pada paras lutu dan pinggang . Air diberitakan terus meningkat naik . Update 4:00pm 4/12/13 Banjir Semakin Buruk - Misi Pindahkan Pelajar Selesai SPM di SMK PPP Tun Razak Petang ini selepas selesai semua menghadapi peperiksaan SPM kertas terakhir , pasukan BOMBA Jerantut dengan kerjasama staff PPPTun razak dan guru-guru SMK PPP Tun razak di Research telah melakukan kerja mengangkut pelajar-pelajar untuk pulang kerumah masing-masing . Pelajar-pelajar ini telah diangkut mengunakan bot bomba dari PPPTR ke Simpang Jengka 8. Terima Kasih Bomba dan Penyelamat Jerantut juga Pertugas PPPTun Razak kerana memberi bantuan mengambil anak di SMK PPP Tun Razak ini . Semua pelajar -pelajar itu selamat kembali kerumah masing-masing.
Update 10:00am 5/12/
8:00 am 4/12/2013 PEPERIKSAAN SPM DI PADANG PIOL HAMPIR TERGENDALA AKIBAT BANJIR Pagi ini peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Padang Piol hampir sahaja tergendala akibat daripada situasi banjir yang melanda beberapa tempat di Jerantut ini . Difahamkan bahawa soalan peperiksaan yang ingin dibawa ke Sek Men Padang Piol itu tersekat akibat halangan oleh banjir di Kg Paya Garut iaitu sebuah kampung yang terletak didalam perjalanan dari Simpang PadangPiol ke Felda Padang Piol .
Walau bagaimanapun dengan bantuan orang kampung yang mempunyai bot maka kertas soalan tersebut berjaya juga sampai ke sekolah dengan mengunakan bot untuk menyerangi jalan yang terputus tersebut . Syabas kepada cikgu-cikgu sekolah yang berjuang demi agama , bangsa dan negara . Maka peperiksaan dapat berjalan seperti biasa .
Maklumat lain yang sampai ke meja berita blog p81 ialah Sg Tekam kini hanya boleh dimasuki melalui Jengka 10 melalui jalan ladang . Jalan dari jengka 8 dan dari Kg Perak masih lagi terputus di Sungai Siam dan Sungai Bangkong.
Sementara itu jalan dari Kuala Tembeling ke Jerantut masih lagi terputus . Difahamkan juga di Damak juga ada jalan yang terputus (tidak berapa sahih berita ini ... sesiapa yang mengetahui sila sahkan berita ini)
Sementara itu di Kuantan difahamkan masih banyak penghuni yang tidak dapat dibawa kep pusat penempatan banjir kerana masalah perhubungan dan kemudahan bot yang tidak mencukupi . Tidak boleh salahakn pihak JPAM dan BOMBA kerana air naik dengan begitu cepat dan menyeluruh . Bekalan makan dipusat-pusat perpindahan juga ada yang telah kehabisan . Menurut Ustaz Rosli Jabar , ADUN Tanjugng Lumpur , pihak beliau kini sedang menyediakan makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir berpusat di madrasah Tahfiz Darul Fikri.
Update 2:45pm 4/12/13 YDP PAS Yohanis Ahmad dah mula turun padang meninjau situasi banjir dan merancang persiapan gerak kerja aktivis PAS untuk membantu mangsa banjir jika air terus naik .
Tapi YDP PAS takkan terlawan dengan Wan Amizan ... bila wan amizan balik dari persidangan di PTWC nanti dia naik ni jet ski bantu orang DUN Tahan .... YDP PAS naik perahu jer ... hi hi hii
Update 2:00 pm 4/12/13: Situasi di Kuala Tahan
Update 1:30pm 4/12/13 : Jalan dari Gelanggi ke Lepar 5/6 juga telah dinaiki air .
Update 1:00 pm 4/12/13 : Jalan Jerantut ke Kuala Tembeling sekitar jambatan sungai teh telah dinaikit air
Update : 12pm 4/12/13 :Simpang Jengka 8 ke Research masih lagi ditengelami air di jambatan Sg Poho dan Sg Siam
Update : 10:00 4/12/2013 Jalan Pulau Tawar ke Madrasah Darul ulom Sg Salan (Jalan Lama berhampiran dengan Pedok) terputus . Jalan Baru ok jer.
Update 8:30 4/12/2013 Jalan Pulau Tawar ke Bukit Nikmat kini terputus selepas Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tawar ( Orang Bukit nikmat sila ikut Rumpun Makmur/Jengka 24) Update 8:15am 4/12/2013 Jalan Simpang Research ke Research terputus tapi kenderaan seperti hilux masih boleh melaluinya
Update 8am 4/12/2013 : Jalan Simpang padang Piol ke Padang Piol berhampiran dengan Paya Garut terputus ( JPAM dan Unit Amal Jerantut sila bersiap sedia )
Update 8pm 3/12/2013 : 62 orang dari 12 keluarga telah dipindahkan di Jerantut.
Update 6pm 3/12/2013 : 13 buah kereta telah dlanggar oleh sebuah lori bijih berhampiran simpang Kampung Sepial Kuala Tembeling.
12:00 pm 13/12/2013 Air kat Sungai Poho dari simpang Jengka 8 ke PPPTR dah mula melimpah ke jalanraya . Sungai Pahang dah mula naik . Sungai Tembeling dah sebak ngat airnya . Nasib air Jelai tak berapa lagi . Kalau Sungai Jelai sama juga sebaknya . Dah boleh dah pakat-pakat orang tebing sungai Pahang berkemas kain baju siap sedia untuk pindah ke tempat yang selamat .
Bagaimana dengan jawatankuasa keselamatan daerah . dah bersiap sedia ke untuk menghadapi banjir besar tahun ni . Cukup tak bekalan makanan , jangan jadi macam kuantan , bekalan tak berapa mencukupi sekarang ni . JKM perlu bersedia awal , pastikan bekalan makanan mencukupi.
Dah lama betul tak banjir besar ni . Kot-kot tahun ini menjadi betul banjir besar . Kena siap sedialah weh pasukan keselamatan semua . Harap Yayasan Amal Jerantut , BOMBA Jerantut , JPAM Jerantut , Pejabat Daerah , Parti Politik , JKKK juga bersiap sedia dengan jentera mereka untuk membantu setakat terdaya terutama di kawasan yang terkepong oleh banjir ini nanti . Kawasan yang biasa terkepong ialah di Padang Piol , Retang dan ulu ulu tembeling . Pulau Tawar dah tak terasa sangat kepongan air ni . Area damak pun rasanya tak terasa sangat dengan banjir ni . Cikgu sekolah Menengah Pulau Tawar pun kena siap sedia dah ni . Air kat teluk tu dah ada tepi jalan jer . Petang atau malam ini rasanya akan meleleh ke jalan lah tu . Air di Pedok rasanya dan atas jalan . Sungai Tekam Getah mungkin akan terkepong sedikit masa lagi jika semua jalan ynag menghubungkan mereka mula tenggelam yang dijangkakan petang ini .. Kini hanya kendera berat sahaja yang boleh melalui Sg poho dan Sungai Siam. Harap pasukan khas bencana dapat sediakan helikopter untuk mengangkut pesakit-pesakit kritikal yang mungkin ada dimusim banjir ini . No telepon kecemasan untuk dihubungi perlu diaktifkan segera. Mungkin berikut berguna iaitu :
JPAM Jerantut : RESCUE : 09 -2661641 atau 09-267 1740 , BOMBA Jerantut : 09-2663444 Hospital Jerantut : No. Tel. (Talian Terus Unit Kecemasan & Kemalangan) : 09-2662333, 09-2661744 Polis Jerantut : 09-2662222
Jalan-jalan yang biasa terputus ialah : 1. Jalan Batu Embun ke Kuala Tembeling 2. Jalan Simpang Pdg Piol ke Pdg Piol 3. Jalan Lubok Payung ke Merting 4. Jalan Pulau Tawar ke Bukit Nikmat (air dah di tepi jalan , bila-bila masa melimpah ke atas jalan) 5. Jalan Jengka 8 ke Research ( Sg Poho dan Sg Siam) - (air dah atas jalan) 6. Jalan Simpang Jengka 8 ke Jengka 8- (air dah atas jalan) 7. Jalan Lama Pulau Tawar ke Salan - (air dah atas jalan) 8. Jalan Gintong ke Jerantut Feri 9. Jalan Gintong ke Bukit Dinding 10. Jalan Kg Pisang Bukit Puas - (air dah atas jalan) 11. Jalan Sungai Tekam ke Kg Perak (area sg bangkong) 12. Jalan Sg Tekam ke Jengka 10 (jln ladang)
Ini adalah gambar-gambar terkini keadaan banjir yang melanda Jerantut . Hari ini sekitar jam 11 pagi tadi air telah mula naik di beberapa lokasi disepanjang jalan dari Simpang Jengka 8 ke Sungai Tekam
Difahamkan juga bahawa terdapat 10 buah kereta milik team 4x4 yang kini terkandas di tengah hutan di Sg Pretang Lepar kerana banjir yang menghalang mereka keluar dari tempat perkhemahan . Doakan mereka selamat . Cari pasal betul buat trip time cam ni . Sungai Pretang ni rasanya kuala tak ke Sungai Tekai ke Sungai Tekam
Banjir-banjir juga . Sape anak yang ada mohon sekolah agama tu boleh semak status permohonan kat sini
Laporan terkini banjir di Pahang pada 5 Disember 2013
Bencana banjir di sekitar daerah di negeri Pahang semakin buruk, media arus perdana melaporkan lebih sejumlah 20,000 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir
Turut dilaporkan dua beranak dikhuatiri lemas ketika sedang memindahkan barangan di Perkampungan Sungai Isap malam Rabu
Laporan terkini banjir di Pahang 5 Disember 2013
Mengenai identiti mangsa kedua-dua beranak itu dikenali Jamal Ali berusia 40-an, yang juga AJK Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai 'Megat' berusia belasan tahun dikatakan terjatuh ke dalam air ketika memindahkan barangan dari rumah mereka kira-kira jam 8.30 malam
Menurut laporan bernama, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun butiran lengkap mengenai kejadian itu masih belum diperoleh dan pasukan mencari dan menyelamat dilaporkan masih berusaha mengesan mangsa terbabit
Jumlah keseluruhan mangsa banjir setakat 10 malam Rabu ialah 22,395 orang
Ramalan cuaca
Sementara itu, menurut laporan portal rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia, meramalkan kawasan terjejas banjir akan terus menerima hujan sepanjang tempoh 7 hari ini
Khabar angin tersebar di laman sosial
Satu kenyataan tersebar meluas di laman sosial Facebook pada malam Rabu dengan mengatakan pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) kononnya akan membuka empangan kobat dalam masa terdekat secara berperingkat bagi mengelak empangan pecah
Kenyataan itu turut mengatakan takungan air di empangan telah mencapai tahap maksimun dan jika empangan dibuka air sungai akan melimpah dan ini akan menyebabkan banjir yang agak tinggi
Khabar angin tersebut sekali gus mencetuskan rasa kurang senang orang ramai, terutamanya mangsa banjir di kawasan terjejas
Mysumber turut melakukan tinjauan di laman Facebook rasmi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) bagi mendapatkan kesahihan maklumat yang disebarkan itu
Namun satu kenyataan telah di keluarkan oleh pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), ia dilihat menafikan khabar angin terbabit
Facebook Pengurusan Air Pahang Berhad PAIP
Dalam pada itu, pihak polis turut meminta orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan melalui media sosial kononnya air akan dilepaskan dari empangan di negeri-negeri yang sedang dilanda banjir dan mendapatkan maklumat tepat mengenai kejadian banjir daripada sumber yang sah
Statistik bilangan mangsa banjir di pusat pemindahan di sekitar daerah negeri Pahang
Menurut Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir kini mencecah 38,323 orang dari 9,153 keluarga
Mangsa ditempatkan di 122 pusat pemindahan dalam tujuh daerah sehingga pukul 8 pagi Khamis
Kuantan
Rompin
Pekan
Maran
Jerantut
Lipis
Temerloh
30307
4289
3037
637
25
21
7
Kemaskini 5 petang : Mangsa banjir di Pahang kini menurun
Jumlah mangsa banjir di Pahang dilaporkan mula menunjukkan sedikit pengurangan kepada 29,270 orang berbanding 38,323 orang pagi tadi
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata jumlah itu terdiri daripada 7,207 keluarga yang masih di tempatkan di 92 pusat pemindahan dalam tujuh daerah sehingga 3 petang
Berikut kemaskini statistik jumlah mangsa banjir di tujuh daerah di negeri pahang sehingga jam 3 petang
Kuantan
Rompin
Pekan
Maran
Jerantut
Lipis
Temerloh
21222
4180
3124
637
79
21
7
Jalan ditutup
Enam jalan utama ditutup kepada semua kenderaan seperti berikut
KUALA LIPIS 2 Nov. – Dua penyokong setia pasukan The Red Warriors cedera termasuk seorang parah setelah kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 94, Jalan Kuala Lipis-Merapoh dekat sini hari… …read more
Akhirnya kami sampai juga ke destinasi yang dituju iaitu De Rhu Beach Resort Kuantan . Pada mulanya, kami merancang untuk transit di Hotel Seri Malaysia Kuantan je. Entah macam mana HB boleh terjumpa tempat ini & cadangkan agar kita orang transit sini jer. Bagi iera ok jer asalkan ada kolam besar dan sesuai untuk anak-anak.
Macam biasalah, tiap kali masuk bilik dia orang mesti check lampu dulu...
Taman permainan yang besar
Memang besar giler kolam kat sini. Cakap jer nak terjun kolam berapa kaki, semuanya ada. Boleh dikatakan semua peringkat umur boleh mandi kat sini. Kat sini, bukan penginap resort juga boleh mandi, orang luar juga boleh tapi kena bayarlah. Pantai kat sini pun ok tapi kami tak delah mandi kat pantai sekadar bermain pantai jer. Mereka lebih seronok main kolam dari main pantai..
Sebelum bertolak ke kuala lumpur, kami singgah sekejap di Tanjung Lumpur. Sebenarnya malam tadi memang kami merancang untuk ke sini untuk makan ikan bakar tapi semuanya sudah kepenatan selepas mandi kolam. Macam biasalah bila ke sini, mestilah mencari keropok lekor & satar. Kami singgah di buah gerai yang bersebelahan balai polis tapi tak perasan pulak apa nama balai polis tu. Kita orang singgah sini sebab tengok banyak kereta singgah sini so kami pun singgah jugalah. Kat gerai ni, macam2 ada sama ada nasi, kuih muih & goreng2 (ikan, udang, sotong) keropok lekor, otak2 dan yang pentingnya satar. Satar kat sini memang sedap jika dibandingkan yang kami beli semalam kat kemaman. Memang tak menyesallah singgah sini. Setelah kekenyangan di sini, kami pun berangkat pulang ke kuala lumpur.
Berikut satu petikan yang SH pinjam dari seorang sahabat yang buat status di wall Facebook dia malam semalam mengenai calon PRK Kuala Besut:
Haji Enduk @ Azlan Jusoh diakui bukan USTAZ atau 'ALIM' untuk mengambil hati pengundi, sebaliknya beliau dicanang sebagai 'kaya raya'.
Beliau seorang kontraktor Kelas A yang juga merupakan Bendahari Pas Besut. Harakahdaily ada menyiarkan artikel mengenai beliau yang merujuknya sebagai 'BANK' Pas. Berikut adalah petikan dari artikel tersebut:
"Seorang kontraktor pembinaan yang terkenal dengan sifat dermawannya. Tidak keterlaluan kalau diistilahkan bahawa beliau salah seorang 'bank' Pas Kawasan Besut." – Harakahdaily
Jelas, jolokan 'BANK' ini diberi bukan kerana tugasnya sebagai Bendahari Pas tetapi kerana perniagaannya yang berjaya dan mampu menderma kepada parti. Beberapa laman web dan blog pro-Pas juga memainkan faktor kekayaan Azlan sebagai modal utama kempen mereka.
Terang - terang PAS dalam Haprak Daily mengakui bahawa calon mereka itu dianggap sebagai 'Banker' bagi kawasan dia memandangkan dia seorang yang kaya raya.
Sekarang kita nak tanya sikit, siapa pulak 'Banker' PAS di kawasan Beserah? Dengar kata, PAS Beserah ni pun ada jugak 'Banker' mereka sendiri.
Banker PAS Beserah ni katanya bukan dari kalangan kontraktor atau pun ahli perniagaan. Tapi dari golongan mereka yang Profesional. Siapa agaknya ye?
Dari maklumat yang SH terima, Banker PAS Berserah ni jugak pernah menaja ceramah yang disampaikan oleh Ostad Mcdee diperkarangan tempat dia beroperasi.
Dan apa yang memeranjatkan kita, Banker PAS Beserah ni jugak mempunyai kontrak istimewa dengan kilang Lynas yang terletak didalam kawasan Beserah tu jugak.
Agak - agak, PAS melalui akhbar lidah rasmi dia berani tak nak buat pendedahan dan nyatakan siapa Banker berkenaan kepada rakyat?
SH bukan apa. Kalau kita dedahkan, nanti diorang kata ini semua fitnah. Ini semua cerita rekaan dan sebagainya. Jadi, ada lebih baik mereka sendiri yang buat pendedahan. Itu lebih baik daripada diorang sibuk menjadikan isu Lynas tu sebagai modal untuk berpolitik!!!

[unable to retrieve full-text content]Jelas, jolokan 'BANK' ini diberi bukan kerana tugasnya sebagai Bendahari Pas tetapi kerana perniagaannya yang berjaya dan mampu menderma kepada parti. Beberapa laman web dan blog pro-Pas juga memainkan faktor kekayaan Azlan ...