ads

Selasa, 17 Disember 2013

06 di bentong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di bentong - Google Blog Search


Jenayah: Stesen Minyak di Pecah Masuk <b>Di Bentong</b> - Pahang Daily <b>...</b>

Posted: 25 Nov 2013 04:22 PM PST

BENTONG - Sebuah stesen minyak di bandar ini dipecah masuk mengakibatkan kerugian anggaran RM300 dalam kejadian awal pagi semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Wan Azha-rudin Wan Ismail berkata, kejadian disedari pengurus stesen minyak itu yang datang untuk memulakan operasi kira-kira jam 6 pagi. Katanya, pemilik stesen minyak terbabit terkejut mendapati bahagian dalam stesen minyak itu digeledah terutama laci di bahagian kaunter. "Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku antara jam 2 hingga 3 pagi. "Suspek yang terlibat dipercayai mengumpil bahagian depan pintu stesen minyak itu dan masuk ke ruang dalam," katanya. Wan Azharudin berkata, suspek menggeledah bahagian dalam stesen minyak dan berjaya melarikan anggaran RM300 dari laci kaunter. Menurutnya, hasil pemeriksaan dari sistem kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, bilangan suspek yang melakukan kes itu dipercayai lebih dari seorang. "Selepas itu, suspek dipercayai melarikan diri dengan menggunakan kereta yang diletakkan di tepi jalan besar berhadapan stesen minyak itu. "Polis masih meneruskan siasatan termasuk meneliti rakaman CCTV di bawah Seksyen 451 Kanun Keseksaan," katanya. Wan Azharudin berkata, orang awam yang ada maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil bantu siasatan polis. #sumber

06 di jengka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di jengka - Google Blog Search


Rumah Untuk Disewa <b>di</b> Bandar <b>Jengka</b> - DUNIAKU - Rashidah <b>...</b>

Posted: 28 Nov 2013 12:49 AM PST


Bilik/tempat tinggal untuk disewa

Kepada pelajar atau sesiapa yang inginkan tempat tinggal untukdisewa, sila hubungi
nombor ini 013-3310221.

Lokasi: Nadi Kota
            Di deretan kedai, berdepan Stesen Bas Sentral
            Lot kedai tingkat atas: atas kedai kasut T & G.
            Kadar Sewa bulanan: RM130 dan RM120 untuk seorang.

06 di janda baik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di janda baik - Google Blog Search


Skampung: Misi mencari Janda <b>di Janda Baik</b>

Posted: 13 Dec 2013 07:10 AM PST

Kehadapan sahabat handai yang dikasihi...

Tatkala warkah ini ditulis, aku masih lagi berada dirumahku sambil ditemani secawan milo yang tak berapa panas dan juga beberapa keping biskut. Apa khabar sahabat-sahabat ku? Aku khabar baik aje dan aku harap koranks-koranks pun begitu jua. Walaupun dah lama aku tak menghupdate, tapi kisah suka duka korang tetap dibacai olehku di kala malam menjelma. Ada yang bertambah ahli keluarga, tahniah diucapkan, ada jugak yang mendirikan rumahtangga, tahniah jugak walaupun tak dijemput makan kenduri, tak lupa jugak pada geng-geng travel yang tak putus-putus berkelana sana dan sini mencari pengalaman baru, syok jer baca citer korang. Jiwang lama-lama pun tak syok kan, nak termuntah dah rasa, ahaha...layan jer cite yang dah lama terbantut ni.

So, bertemu lagi kita di episod kalini untuk edisi bulan Disember tahun dua ribu tiga belas. Perancangan yang rapi yang dibuat oleh 6 orang sahabat pada bulan ramadhan yang lepas, akhirnya berjaya dilaksakan jugak pada cuti hari merdeka ritu. Walaupun singkat, cuma 2 hari 1 malam, tapi amat bermakna bagi 6 orang sahabat tersebut, bak kata pepatah, "ke mana tumpahnya kuah kari kalau bukan ke nasi". Pada awalnya, terdapat beberapa pilihan lain yang masuk dalam list, seperti Port Dickson, Melaka, Terangganu, dan seangkatan dengannya, entah macam mana, Janda Baik yang menjadi pilihan. Seminggu sebelum bertolak, pembahagian tugas diagihkan dengan adil dan saksama di mana tugas aku hanyalah menyediakan arang dan fire starter untuk aktiviti bbq di malam hari nyer. Disebabkan tugas ini terlampau senang, so aku pun tangguhkan la dulu, awal sangat kot nak prepare, seminggu lagi kot baru nak pergi. Tiba hari yang dijanjikan, awal pagi tu aku menerima mesej dari member aku, "orga...arang sama itu fire starter jangan dilupai, mau bikin bbq ini malam ya ampunn". Macam tu la lebih kurang mesej dari member aku, apa lagi, kelam kabut la sikit. Ni la yang terjadi bila tangguh keje last-last minit. So, pagi ni jugaklah baru nak cari arang dengan fire starter bagai. Tepat jam kul11 pagi, kitorang berkumpul and bergerak ke Janda Baik secara berjemaah. Susah jugak bila girlz yang leading, aku asyik menyumpah jer, awatlah lah slow sangat :)

Dalam pukul 2 lebih kitorang pun sampai di Janda Baik and chalet yang kitorang stay adalah Chalet Komo. Urusan pembookingan semua diuruskan oleh member aku, oklah jugak tempat ni, yang penting dekat dengan sungai untuk bermandi manda. Macam tahun sebelum ni, chalet yang kitorang stay, Zaini Guest House, pun not bad jugak. Bagi aku, asalkan tempat tido ok, ada tilam bantal bagai, pastu bilik air pun ok, tak la nak kisah sangat. Yang penting, dapat seronok dengan kengkawan.
kol nombor tertera kalau nak book yer.
Ekceli, masa kitorang sampai, cuaca agak mendung. Sementara menunggu member aku ambik kunci chalet and uruskan hal check in, aku pulak sibuk bagi arahan untuk member aku yang sorang lagi sebab dia sesat. Lagi banyak aku bagi arahan, lagi bertambah kesesatan yang dialamai oleh member aku ni. Last-last, staff chalet ni yang pergi jemput dia. Dalam 10-15 minit gitu, member aku berjaya menjejakkan kaki ke chalet ni. Jom tengok-tengok kawasan sekitar sini, sungai betul-betul depan chalet kitorang. Tak perlu jalan, guling je dah boleh terjun sungai :)
Aktiviti pertama lepas letak bag, apa lagi, terjun sungai la. Masa ni dah lupa kejap yang diri ni dah tua, ahaha... Bukan apa, seronok main air punya pasal. Lebih kurang setengah jam gitu, hujan start turun dengan bertubi-tubi. Tapi, ini semua tak menghalang aktiviti bermandi manda kitorang. Diteruskan jua sampai kecut habis jari jemari diriku ini. Lepas puas mandi, then aktiviti bbq pun dimulakan. Tugas guys, memastikan api menyala dan menjadi bara. Geng pompuan pulak menyembelih ikan, memasang sotong dan udang serta sosej pada batang lidi, di samping memastikan menu-menu lain tersedia untuk di bbq kan...
lupa pulak, ikan pari pun ada.
beginilah nasib diriku...huhu
nampak tak? nampak tak? hehe...
best menu of the night...lamb!! 
Mula-mula misi aku menjadikan api and bara macam tak berapa nak berhasil. Almaklumlah, dah lama tak praktik aktiviti camni. Tak sangka, pilihan aku untuk guna tayar motor sebagai fire starter adalah pilihan yang tepat. Walaupun kadar karbon dioksida yang dihasilkan adalah tinggi, namun aktiviti bbq malam tu berjalan dengan sempurna, maksudnya semua menjadi lauk lah.
Memang meriah abis lah malam tu, sampai ke tuan chalet pun kitorang jemput sekali untuk join aktiviti bbq kitorang. Makanan banyak lagipun, dengan nasi, salad bagai, boleh kenyang sampai harini. Sebenarnya time nak makan ni aku dah hampir-hampir kenyang, yela...sambil aku dok bakar lauk pauk tu, sambil masuk mulut, ahaha... Nasi aku tak sentuh langsung, dok pulun makan lamb jer. Cicah pulak dengan sos black paper plus thousand island, perhh...nikmat betoi! 
Selesai aktiviti mengenyangkan perut, kitorang just lepak and borak-borak jer. Pastu tuan chalet ni tanya, apa aktiviti kitorang lepas ni, kitorang jawab lepak and borak-borak lah. Then dia cakap boring. Tak lama lepas tu, dia datang bawak gitar and kad. Nasib baik jugak aku tau sikit-sikit main gitar, so setakat lagu Anuar Zain dengan Jaclyn Victor no hal punyalah, ahaha... Sedar tak sedar dah dekat pukul 3 pagi, lama betoi kitorang lepak. Pastu semua orang balik bilik masing-masing untuk buat taik mata pulak. So tamat aktiviti hari pertama.
Bangun-bangun pagi esoknya, terkejut jugak sebab dekat bawah chalet tetiba ada pelampung. Baik sungguh tuan chalet ni, macam-macam dia bagi. Padahal gitar dengan kad pun tak pulangkan lagi. Disebabkan makanan semalam ada yang terlebih, so tugas guys kena panaskan untuk dijadikan bekpes and lunch nanti.
Lepas siap panaskan lauk pauk semua, apa lagi, aktiviti terjun sungai untuk hari kedua dimulakan. Macam biasalah bila dah start main air, tak ingat masa berlalu. Sedar-sedar dah tengahari, so balik chalet untuk bersihkan diri, and packing untuk check out. Tak seronok datang ke tempat-tempat macam ni sorang-sorang, kena datang dengan kawan-kawan baru best. Padahal aktiviti simple-simple jer, dengan hujan lagi, tapi still boleh enjoy. So, kalau sesapa yang berniat datang cari Janda di Janda baik, kalau taktau nak cari chalet yang mana, Chalet Komo ni boleh dijadikan pilihan. Nak booking, call jer nombor bawah k.

06 di temerloh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di temerloh - Google Blog Search


Menu Patin Masak Tempoyak <b>di Temerloh</b> Catering Shah Alam <b>...</b>

Posted: 04 Dec 2013 01:34 PM PST

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

semalam ber #MobileOffice di sungai buloh, menyiapkan kerja dan memberi latihan kepada salah sebuah syarikat pengeluar produk kesihatan dan kecantikan tempatan. Masih ada beberapa benda yang perlu diselesaikan sebelum boleh beredar dari sini.

Hari selasa baru-baru ni, buat kerja sambil berkongsi ilmu dengan bro yang memang arif dalam bidang design di Akademi Denaihati. Sementara sesi tersebut, pakcik yang sedang giat menilai teknik yang digunakan dalam Contest SEO Eridy mesej memberitahu beliau nak belanja makan tengahari di tempat best.

Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, orang dah ajak, takkan nak menolak pula kan. Sekitar jam 1.35 petang, kitorang menuju ke lokasi yang telah dikatakan. Lokasi restoran terletak Dataran Otomobil Seksyen 15 Shah Alam. Nama kedai Temerloh Catering.


Kepala ikan patin di restoran Temerloh Catering

kepala ikan patin yang sangat enak

Menu utama yang disyorkan di sini adalah ikan Patin masak tempoyak, kami bertiga mengambil seorang semangkuk kepala ikan patin. Kepekatan kuah masak tempoyak pada tahap yang sedang elok, ditambah dengan bahagian kepala ikan yang sedap, membuatkan selera terbuka tanpa perlu dipinta.

Hidangan sampingan bersama-sama ikan patin tempoyak yang lazat

nasi putih, tempe dan sayuran untuk dinikmati bersama ikan patin

Masih banyak pilihan ikan-ikan lain yang menarik di sini, secara keseluruhan, aku amat berpuas hati dengan kualiti masakan yang disediakan. Harga pun berpatutan dengan hidangan yang ditawarkan.

Anda boleh menikmati hidangan seperti ikan kelah, ikan patin buah, ikan baung, ikan jelawat dan banyak lagi. Semuanya dengan tawaran harga yang berbeza-beza. Rasa masakan ikan patin tempoyak ini masih terasa-rasa di tekak ni. Bermaksud aku pasti akan mengulang lawatan ke restoran ini.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba, boleh rujuk lokasi di halaman Google Map Temerloh Catering

06 di mempaga - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di mempaga - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di mempaga</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Dec 2013 10:04 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

KEMPEN MEMBACA <b>di</b> SK (LKTP) <b>MEMPAGA</b> 2 - the bentong way

Posted: 26 Jun 2013 04:07 AM PDT

 Pusat Sumber Sekolah SK (LKTP) MEMPAGA 2  telah melancarkan 
KEMPEN MEMBACA  WARGA SKM2
 dengan kerjasama pihak Majalah KUNTUM.
Kehadiran SICOMEL telah memeriahkan majlis pada hari tersebut

06 di ketari - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di ketari - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di ketari</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Dec 2013 07:07 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di ketari</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Oct 2013 07:47 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di ketari</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Oct 2013 07:29 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di ketari</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Oct 2013 07:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

CORETAN PEMIKIRAN: Asal-usul Kampung Janda Baik - Bahagian II

Posted: 15 Oct 2013 07:48 AM PDT



Perkampungan di Persisiran Banjaran Titiwangsa
Kamaruzaman Moidunny, PhD
Terdapat empat faktor yang dipercayai membawa kepada pembukaan Kampung Janda Baik. Faktor-faktor ini adalah faktor banjir besar di Bentong, faktor dasar penanaman getah, dasar perluasan perlombongan bijih timah dan faktor ketakutan disebabkan penjajahan Jepun di Malaysia.
Faktor Banjir Besar Di Bentong
Faktor utama adalah disebabkan banjir besar yang melanda Kampung Benus Hulu dan Benus Hilir, Bentong pada tahun 1926. Kejadian ini juga memberikan kesan kepada penduduk Kampung Ketari kerana rumah-rumah yang dibina adalah berdekatan dengan sungai. Kampung Ketari terletak kira-kira 2 km daripada Bandar Bentong. Manakala Kampung Benus Hulu dan Benus Hilir terletak kira-kira 5 km daripada Bandar Bentong. Kampung-kampung ini merupakan antara penempatan awal orang Melayu berhampiran Bandar Bentong.
                            
Gambar Foto 14: Kawasan perkampungan di Benus, Bentong yang berhampiran sungai
Malapetaka banjir besar ini telah memusnahkan kawasan pertanian dan haiwan ternakan. Sawah padi, tanaman jagung dan pisang musnah akibat banjir. Di samping mereka juga mengalami kerugian kerana kehilangan ternakan seperti kerbau, lembu, kambing, itik dan ayam. Oleh kerana bimbang kejadian yang seumpama ini berlaku lagi maka penduduk Kampung Benus (Hulu dan Hilir) telah mengambil inisiatif untuk mencari kawasan penempatan baru yang kedudukannya lebih tinggi dan selamat daripada banjir. Penempatan baru ini juga mestilah subur dan sesuai untuk bercucuk tanam. Dalam hal ini mereka mempunyai dua alternatif iaitu berpindah ke Kampung Asap di Lebu (Lihat Gambar Foto 16 dan Rajah 3) yang mempunyai jarak 15 km daripada Bandar Bentong atau berpindah ke Kampung Janda Baik yang mempunyai jarak sekitar 45 km daripada Bandar Bentong.
 Gambar Foto 15: Sebuah rumah di Kampung Ketari, Bentong yang dibina agak tinggi untuk mengelakkan banjir
Kedudukan Janda Baik di kawasan tanah tinggi (lebih kurang1,700 kaki dari permukaan laut) serta salirannya yang baik merupakan satu alternatif penting bagi penduduk Kampung Benus dan Ketari. Ketinggian ini sudah pasti membuatkan banjir sukar untuk berlaku kerana Sungai Chemperoh dan Sungai Cheringin mempunyai saiz yang lebih kecil daripada sungai yang ada berhampiran Bandar Bentong. Saiz yang kecil juga menyebabkan muatan air yang ditampung oleh kedua-dua sungai ini adalah kecil. Di samping itu, aliran air sungai adalah deras menyebabkan air tidak akan ditakung dalam masa yang lama kerana bergerak dari kawasan berbukit-bukau di hulu sungai ke kawasan tanah rendah di hilir sungai. Oleh itu, kejadian banjir amat sukar untuk berlaku di Kampung Janda Baik. Tambahan lagi, tanah di Kampung Janda Baik adalah sesuai untuk bercucuk tanam. Tanah Janda Baik juga amat subur dan sesuai untuk menanam padi. Hal ini diketahui daripada beberapa orang individu yang telah meninjau dan membuka tanah pertanian awal sebelum berlakunya kejadian banjir tahun 1926 itu.  
Pada masa tersebut, terdapat sebatang jalan yang menghubungkan Bandar Bentong dengan Hulu Kelang. Jalan tersebut dinamakan sebagai 'jalan kuda' kerana kenderaan yang biasa digunakan untuk mengangkut barang pada masa tersebut adalah kuda. Kebiasaanya perjalanan daripada Bandar Bentong ke Hulu Kelang mengambil masa lama dua hari. Orang yang menggunakan jalan tersebut kerapkali menjadikan kawasan Janda Baik sebagai tempat bermalam. Antara tempat persinggahan yang paling popular adalah puncak Bukit Tok-tok. Bukit ini merupakan landmark utama bagi pengguna laluan Bentong-Hulu Kelang yang sekarang ini terletak besebelahan dengan Sekolah Menengah Bukit Tinggi. Oleh itu Janda Baik memenuhi kehendak masyarakat Kampung Ketari dan Kampung Benus yang mencari tapak baru bagi kegiatan bercucuk tanam dan penternakan. Pada peringkat awal penerokaan di Kampung Janda Baik ini, mereka menanam padi secara sara diri yang dijalankan secara bergotong-royong.
Faktor Dasar Penanaman Getah
Pada akhir tahun 1920-an dan awal 1930-an, kerajaan Pahang dan pemilik tanah persendirian (yang majoritinya adalah berbangsa Cina) telah melaksanakan dasar penanaman getah secara besar-besaran. Hutan-hutan dara mula oleh kerajaan diteroka dan banyak kawasan ditanam dengan pokok getah dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu Dasar Ekonomi Baru (DEB). Pembukaan tanah rancangan kerajaan persekutuan seperti Felda Lurah Bilut membuktikan hal ini. Kawasan yang dahulunya menjadi punca rezeki orang Melayu Kampung Ketari dan Kampung Benus mula diambil-alih oleh kerajaan negeri. Sementera pemilik tanah persendirian juga mengusahakan tanaman getah kerana permintaan yang baik dari luar negara. Kehidupan pertanian penduduk Melayu di Ketari dan Benus terjejas kerana mereka mengusahakan ladang dengan modal dan saiz yang kecil.
 Gambar Foto 16: Suasananya kawasan Kampung Asap yang mengukir sejarah berkaitan dengan Kampung Janda Baik
Faktor Dasar Perluasan Perlombongan Bijih Timah
Dalam masa yang sama, dasar perlombongan bijih timah juga memberikan kesan terhadap penduduk Kampung Ketari dan Kampung Benus, Bentong. Sebahagian besar tanah pertanian di Bentong telah dibeli oleh dua orang saudagar bijih timah berbangsa Inggeris iaitu Tuan Peacock dan Tuan Pursey. Lantas mereka mengusahakan lombong bijih timah secara besar-besaran kerana melihat potensi usaha mereka ini akan mebuahkan hasil yang lumayan.  Oleh itu penduduk Melayu di sekitar Bandar Bentong (Ketari dan Benus) tidak berpeluang untuk bercucuk tanam dan mengusahakan penternakan kerana kekurangan tanah. Sebahagian besar kawasan pertanian dan penternakan mereka telah bertukar menjadi kawasan perlombongan bijih timah menyebabkan mereka terpaksa mencari kawasan baru untuk meneruskan kehidupan cara lama iaitu bercucuk-tanam dan memelihara binatang ternakan. Perlombongan di kawasan Batu Empat Jalan Bentong-Kuala Lumpur, di Kampung Benus dan Kampung Chamang menyebabkan kawasan pertanian dan penternakan semakin terhad. Sebagai alternatif untuk kesinambungan hidup mereka, kawasan baru terpaksa dicari. Alternatifnya, sebahagian kecil penduduk Melayu berpindah ke Kampung Asap di Lebu, Bentong dan sebahagian besarnya berpindah untuk meneroka kawasan baru di Kampung Janda Baik, Bentong.
Faktor Ketakutan Disebabkan Penjajahan Jepun di Tanah Melayu
Tentera Jepun telah menakluk Tanah Melayu selama lebih kurang tiga tahun setengah mulai 13 Februari 1942 hingga 12 September 1945. Pada masa ini, penduduk Kampung Ketari dan Kampung Benus, Bentong berada dalam ketakutan kerana bimbang disiksa oleh tentera Jepun. Kisah kekejaman tentera Jepun terhadap penduduk Tanah Melayu menjadi igauan ngeri menyebabkan usaha terpaksa dilakukan untuk menjauhkan penduduk daripada laluan tentera Jepun. Berbanding jarak antara Bandar Bentong ke Kampung Asap (15 km) dengan Bandar Bentong ke Kampung Janda Baik (45 km), Kampung Janda Baik dilihat sebagai tempat yang lebih selamat untuk penduduk menghindarkan diri daripada tentera Jepun. Jalan yang sempit dan berbukit-bukau menjadikan Kampung Janda Baik sebagai lokasi strategik penduduk untuk berada dalam zon selamat daripada kekejaman tentera Jepun. Dalam masa tiga setengah tahun tersebut, dipercayai bahawa tentera Jepun tidak pernah menjejakkan kaki ke Kampung Janda Baik.
Rajah 3: Kedudukan Kg. Janda Baik berbanding Kg. Ketari, Kg. Benus dan Kg. Asap
Peristiwa Penting Sebelum Pembukaan
Kampung Janda Baik telah dibuka pada tahun 1932. Tiga orang tokoh yang bertanggungjawab membuka penempatan di sini ialah Haji Yaseh bin Da'un, Haji Kadir bin Hitam, dan Haji Idris bin Awang. Pada peringkat awal sebelum membuka kampung ini, iaitu pada tahun 1928, mereka telah meminta kebenaran rasmi daripada Pegawai Daerah (District Officer - D.O.) berbangsa Inggeris pada masa itu. Pegawai Daerah (D.O.), warden dan pegawai hutan telah berbincang tentang permohonan ini. Permohonan ini akhirnya ditolak dengan alasan kawasan tersebut merupakan kawasan hutan simpan. Jika kawasan hutan ini diteroka, dibimbangi sungai akan kering dan hidupan liar akan lari. Alasan yang diberikan ini bersandarkan andaian kononnya orang Inggeris ingin memelihara hidupan fauna dan flora semulajadi di Tanah Melayu. Apabila jawatan Pegawai Daerah  bertukar tangan kepada seorang berbangsa Melayu iaitu Tengku Kamarulzaman pada tahun 1929, permohonan penerokaan untuk membuka Kampung Janda Baik telah dibuat sekali lagi. Oleh kerana jawatan-jawatan lain di Pejabat Daerah Bentong masih dipegang oleh orang Inggeris, permohonan ini tidak mendapat pertimbangan sewajarnya dan akhirnya ditolak.
Gambar Foto 17:  Haji Yaseh Da'un bergambar bersama penduduk Baik di atas pelantar masjid pertama kampung Janda Baik pada tahun 1933.
Usaha Haji Yaseh bin Da'un, Haji Kadir bin Hitam dan Haji Idris bin Awang tidak mengenal erti putus asa. Permohonan diusahakan buat kali ketiga iaitu pada tahun 1930. Perbincangan dengan pihak Pegawai Daerah Bentong berlangsung dengan agak tegas dan tegang, yang mana isi perbincangan menjuruskan keperluan suatu penempatan baru bagi orang Melayu di Kampung Janda Baik. Antara dialog yang diutarakan oleh mereka bertiga semasa memohon tanah Janda Baik dapatlah diringkaskan seperti berikut:
Tuan dari England datang ke Tanah Melayu ... adakah ingin membela hutan dan binatang atau memelihara manusia? Kami memerlukan tanah pertanian untuk bercucuk tanam, menanam pokok getah dan bersawah padi. Kami memerlukan tanah yang sesuai untuk memelihara ternakan. Kawasan di bandar Bentong ini, tidak sesuai lagi untuk bersawah padi dan memelihara ternakan.
   Yaseh Da'un, Kadir Hitam dan Idris Awang
Selepas perbincangan dan perdebatan yang hangat ini, kebenaran telah diberikan kepada mereka bertiga untuk mengusahakan penerokaan dan pembukaan Kampung Janda Baik. Kelulusan penerokaan tanah seluar 2000 ekar diberikan pada tahun 1931 oleh Jabatan Hutan Negeri Pahang untuk menggantikan kawasan Kampung Benus Ulu dan Benus Hilir yang telah ditenggelami banjir besar sebelum itu.  Setelah mendapat kelulusan untuk memasuki kawasan kampung ini, kerja-kerja mengukur tanah dilaksanakan. Haji Ismail bin Ibrahim telah bertindak sebagai 'tukang sukat blok tanah'. Haji Ismail bertindak untuk memecahkan lot-lot tanah berdasarkan bilangan penduduk yang memohon, agar semua penduduk mendapat bahagian yang lebih kurang sama keluasannya. Pada tahun 1932 pula, kerja-kerja menebang hutan untuk pembukaan kampung Janda Baik secara rasmi dimulakan.
Setelah mendapat tahu tentang pembukaan kampung ini maka penduduk-penduduk Melayu di Bandar Bentong terutamanya daripada Kampung Benus dan Ketari mula berminat untuk menetap di Janda Baik. Pada peringkat awal pembukaan Kampung Janda Baik, kawasan penempatan dibahagikan kepada tiga blok iaitu Janda Baik, Janda Baik Tengah dan Janda Baik Hulu. Jadual 4 di bawah ini menunjukkan nama beberapa penduduk awal yang berada dalam blok penempatan tersebut.
Jadual 4: Senarai Nama Penduduk Awal Kampung Janda Baik Mengikut Blok
Rerah, Bagoh, Hambali, Mat Rani bin Satar, Majid bin Imam Samah, Seman, Lassim bin Hambali, Anjang, Haji Sahak, Mahad, dan Tan.
Salam, Yusof bin Hj. Kadir, Sudin, Haji Kadir, Tajid, Yok, Mohammad, Ismail, dan Haji Daud
Haji Yaseh, Mohd She, Jeriah, Arifin, Haji Awang, Katini, Awangah, Deraman, Md.Abas dan Sulaiman
Pada peringkat awal pembukaannya pada tahun 1932, kampung ini hanya didiami oleh  16 keluarga sahaja. Manakala pada tahun 1935, jumlah keluarga meningkat menjadi 35. Apabila kedatangan penduduk semakin ramai ke Kampung Janda Baik, blok-blok ini semakin membesar menyebabkan nama yang diberikan tidak lagi sesuai untuk digunakan. Blok Janda Baik dipecahkan kepada dua iaitu Sum Sum dan Janda Baik. Blok Janda Baik tengah ditukar menjadi Cheringin dan Blok Janda Baik Hulu ditukarkan menjadi Chemperoh. Nama-nama blok yang awal akhirnya dimansuhkan lalu digantikan dengan nama kawasan penempatan baru masing-masing iaitu Janda Baik, Cheringin, Chemperoh dan Sum Sum. Nama-nama ini masih kekal hingga sekarang. Sekarang ini, apabila disebut Kampung Janda Baik, kawasan yang dimaksudkan adalah terdiri daripada empat kampung iaitu Janda Baik, Cheringin, Chemperoh dan Sum Sum. Jika dilihat kepada lokasi penempatan, Janda Baik merupakan pusat pentadbiran kampung ini kerana mempunyai sekolah, masjid, balairaya, padang, hotel, stadium Frenz United dan Klinik Desa.
Bagaimanapun tidak semua penduduk ini tinggal tetap di Janda Baik. Ada di antara mereka yang akhirnya keluar dan kembali semula ke Kampung Benus atau Ketari kerana sebab-sebab tertentu. Antaranya ialah disebabkan wabak penyakit kudis buta serta serangan binatang buas khasnya gajah dan harimau. Antara mereka yang kekal dan terus menetap di Kampung Janda Baik ialah Haji Ahmad, Sulaiman, Seman, Kartini, Haji Yasih, Ismail, Yok, Tajik, Sulaiman, Tan, Mahmod, Haji Sahak, Lassim, Majid dan Md Rani.
Asal Usul Nama Kampung Janda Baik
Terdapat kisah paling popular tentang asal usul nama Kampung Janda Baik ini. Kisah ini merupakan cerita turun-temurun yang diceritakan dari mulut ke mulut dan dari generasi ke generasi. Hasil daripada temu bual yang telah dilaksanakan, responden-responden yang ditemui telah mengemukakan cerita yang sama secara konsisten, sebagaimana yang dikemukakan di bawah ini.  
Sebelum orang Melayu daripada Kampung Ketari dan Kampung Benus, Bentong berpindah ke Kampung Janda Baik, kawasan kampung ini merupakan hutan belantara. Kaum-kaum orang asli telah mendahului penempatan di kawasan ini. Ketua kaum orang asli atau lebih dikenali dengan gelaran Tok Batin merupakan seorang yang kaya. Kononnya, Tok Batin yang bernama Emok, daripada satu suku kaum asli Temuan ini telah terpikat kepada seorang anak dara dari suku kaum lain yang mendiami kawasan Hulu Kenaboi, Negeri Sembilan. Kawasan Hulu Kenaboi ini merupakan kawasan yang boleh dilawati dengan menggunakan jalan hutan daripada Kampung Janda Baik.
Oleh kerana Tok Batin terlalu mencintai anak dara jelita berasal dari Hulu Kenaboi itu maka dia telah menceraikan isterinya yang bernama Endut. Tok Batin itu pun berkahwinlah dengan gadis tersebut. Beliau telah berpindah ke Hulu Kenaboi (tempat tinggal isteri baharunya) setelah mereka berkahwin. Tinggalah jandanya di kampung ini seorang diri. Tok Batin yang asalnya kaya akhirnya jatuh miskin kerana terlalu mengikut segala kehendak isterinya yang cantik itu. Apabila harta kekayaannya sudah habis dan usianya sudah tua maka isteri baharunya itu telah lari ke Jelebu, Negeri Sembilan.
Maka pulanglah semula Tok Batin itu ke Janda Baik. Dia mendapati jandanya menunggunya dengan penuh setia dan bersedia menerimanya semula sebagai suami.
Mereka pun bersatu kembali dan hiduplah mereka semula dengan kebahagiaan. Sejak dari itu kampung ini dikenali sebagai 'Janda Balik' yang diambil daripada peristiwa seorang janda 'berbalik' kepada bekas suaminya. Lama kelamaan, nama 'Janda Balik' telah bertukar menjadi perkataan 'Janda Baik' apabila perkataan pertama diulang-ulangkan dengan cepat. Dengan kata lain, perkataan 'Janda Baik' adalah hasil peristiwa seorang janda yang baik, yang sanggup 'berbalik' semula kepada suami yang telah menceraikan dan meninggalkannya di kampung ini.
Pada tahun 1934, Pegawai Daerah Bentong pada masa itu, Orang Kaya Shahbandar Dato' Hussain (Nenda kepada YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak) mahukan nama kampung ini diwartakan. Orang-orang kampung telah berpakat untuk menetapkan namanya. Daripada hasil pungutan suara, terdapat tiga cadangan nama untuk kampung ini. Tiga cadangan itu adalah Kampung Tiga Haji, Kampung Hulu Benus dan Kampung Janda Balik. Nama Kampung Tiga Haji dicadangkan berdasarkan tiga orang haji yang terlibat membuka kampung ini pada peringkat awalnya iaitu Haji Yaseh bin Da'un, Haji Kadir bin Hitam dan Haji Idris bin Awang. Cadangan nama Kampung Hulu Benus pula diambil berdasarkan kedudukan Janda Baik yang terletak di bahagian hulu kepada kampung Benus Ulu dan kampung Benus Hilir. Manakala cadangan nama Kampung Janda Balik pula diambil berdasarkan peristiwa seorang janda kaum asli suku Temuan yang berbalik semula ke pangkuan bekas suaminya setelah diceraikan.
Setelah dibuat pemilihan di antara tiga cadangan nama tadi,  maka persetujuan diambil untuk memilih nama Janda Balik sebagai nama kampung ini oleh Pegawai Daerah Bentong. Nama 'Janda Balik' ini akhirnya diubah suai sedikit lalu menjadi nama 'Janda Baik'. Dengan pemberian nama itu maka secara rasmi nama kampung ini dikenali sebagai Kampung Janda Baik. Nama ini merupakan nama yang unik bersandarkan tingkah laku baik seorang perempuan yang telah diceraikan suaminya, namun sanggup untuk kembali semula kepada suaminya. Bersangkutan dengan hal ini, En. Mohd Yusof bin A. Kadir telah dilantik sebagai Ketua Kampung, Kampung Janda Baik. Jadual 5 di bawah menunjukkan senarai Ketua Kampung Janda Baik yang dilantik mulai daripada tahun 1934 hingga 2013.
Jadual 5: Senara Nama Ketua Kampung Janda Baik Mulai 1934 – 2013
En. Mohd Yusof bin A. Kadir
1934 – tidak diketahui*
Tn. Hj. Abd. Rahman bin Ismail
Tn. Hj. Abdul Rani bin Mat Piah
Maklumat tepat sedang diusahakan*

Gambar Foto 18: Tn. Hj. Jais bin Manan (Ketua Kampung 1970 -1988) bersama Batin Yat anak Chabang (Gambar kanan atas) merupakan antara orang yang terlibat menjalankan usaha mengesan lokasi kemalangan Tun Ghazalie Shafie pada tahun 1982.
Tamat Bahagian II – bahagian lain akan menyusul. Sedang disunting.

06 di jerantut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di jerantut - Google Blog Search


Lelaki Di Tahan Kes Sumpit Warga Emas <b>Di Jerantut</b> - Pahang Daily <b>...</b>

Posted: 15 Dec 2013 10:34 AM PST

JERANTUT, 16 Dis - Seorang lelaki Orang Asli ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kejadian menyumpit seorang lelaki warga emas sehingga maut, dalam satu kejadian di Kampung Bangkong, dekat Jerantut Jumaat lepas. Suspek Orang Asli itu dikenali sebagai "Dolah" itu kini ditahan di ibu pejabat Polis Daerah Jerantut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Menurut Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail dalam kejadian itu mangsa Harun Mat Bakar, 79, mati akibat racun daripada damak (peluru sumpit) yang mengenai bahagian muka, leher dan bahu kirinya."Pada hari kejadian, mangsa yang pulang ke rumahnya di Felda Sungai Tekam Utara di sini pada jam 7.10 malam, memberitahu isteri dan anaknya yang dia telah disumpit," katanya kepada pemberita semalam. Sebelum rebah, mangsa sempat memberitahu keluarganya yang dia telah disumpit oleh seorang lelaki bernama "Dolah"."Mangsa kemudiannya rebah dan pengsan, anak mangsa membawanya ke Klinik Sungai Tekam Utara, sebelum dirujuk ke Hospital Jengka."Mangsa bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital itu," katanya. Azid berkata hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat kesan racun. "Doktor mengesahkan terdapat kesan kecederaan kecil di bahagian muka, leher dan bahu kiri mangsa. Doktor mengesyaki mangsa mati akibat racun yang disumpit," katanya. Beliau berkata suspek, 48, berjaya diberkas hari ini di rumahnya di Kampung Bangkong, dekat Jerantut. Pihak polis turut merampas barangan kes seperti sumpit dan damak.  "Suspek ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini, motif kejadian masih belum disiasat," katanya. #sumber

06 di pekan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di pekan - Google Blog Search


Homestay Langkawi 4 Bilik <b>di Pekan</b> Kuah (Langkawi Mall) | Eylizar <b>...</b>

Posted: 04 Dec 2013 07:50 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Homestay Langkawi 4 Bilik di Pekan Kuah (Langkawi Mall) ini memang terletak betul-betul di tengah pekan kuah dan ianya berada di tingkat 2 bangunan yang berhadapan dengan Hotel Bahagia. Selain itu juga ianya ...

06 di triang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di triang - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di triang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Dec 2013 01:29 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di triang</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Nov 2013 01:30 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Status Halal Ayam Sembelih <b>Di Triang</b> Amatlah Di Ragui

Posted: 13 Sep 2013 05:22 PM PDT

BERA - Status halal ayam sembelih di premis penyembelihan ayam dekat Bandar Triang, di sini diragui kerana dikhuatiri mati lemas dalam tong atau air panas dan bukan kerana penyembelihan sempurna. Pengerusi Jawatankuasa Keceriaan dan Keindahan Majlis Daerah Bera (MDB), Mokhtar Mohd berkata, tukang sembelih menjalankan tugas penyembelihan dengan sempurna ketika diminta membuat demonstrasi dalam operasi mengejut, semalam. Bagaimanapun katanya, pihaknya masih ragu-ragu kerana dikhuatiri mereka hanya mematuhi syarak penyembelihan ketika operasi dijalankan sahaja, namun tidak pada hari-hari biasa. "Ayam yang disembelih akan dimasukkan dalam tong atau bekas pengumpulan tetapi melalui pemerhatian kami, tong tersebut terlalu kecil dan tidak sesuai dimuatkan lebih daripada lima ekor ayam. "Sekiranya mereka sembelih 10 hingga 15 ekor dalam satu masa, ayam tersebut akan bertindih dalam tong dan keadaan itu menyebabkan ayam mati lemas," katanya. Beliau berkata demikian selepas Operasi Bersepadu Premis Penyembelihan Ayam, semalam. Antara jabatan terlibat, Pejabat Agama Islam Daerah (Paid), Pejabat Veterinar Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah dan MDB. Hadir sama, Ketua Unit Penguatkuasaan Paid, Hilman Kamarudin dan Pembantu Veterinar, Mohd Safudin Zakaria. Mohktar berkata, pihaknya turut tidak berpuas hati dengan keadaan persekitaran yang kotor sekali gus kebersihan ayam disembelih itu diragui. #selanjutnya

BLOG PAHANG: 06 <b>di triang</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Nov 2013 01:03 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :- di triang - Google Blog Search

Warga Asing Sembelih Ayam <b>Di Triang</b> - myNewshub

Posted: 11 Jul 2013 12:20 PM PDT


TRIANG, PAHANG – Penyalahgunaan 'lesen' penyembelihan oleh pemborong ayam sekitar Bandar Triang didakwa berjaya mengaburi pengguna Muslim semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Presiden Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM), Abdul Aziz Ismail berkata, pemborong terbabit menggunakan nama seorang pekerja Muslim yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang penyembelihan untuk meyakinkan pengguna beragama Islam.

Menurutnya, sepanjang tinjauan di pasar borong dan pasar basah sekitar Triang, tiada seorang pun dalam kalangan tukang penyembelihan memiliki Kad Tauliah Sembelihan.

"Hanya ada seorang tukang sembelih Muslim yang hanya memiliki Sijil Penyertaan Kursus Penyembelihan yang diperoleh pada 2008, manakala yang lain adalah pekerja warga asing.

"Mungkin kita tidak akan meragui sekiranya tugas penyembelihan dilakukan individu tersebut, tetapi yang menjadi persoalan siapa yang akan melakukan tugas penyembelihan sekiranya individu itu bercuti atau berehat?" katanya selepas melakukan tinjauan di sekitar Triang bersama kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) dan Jabatan Imigresen Temerloh.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi, Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Pahang, Ghazali Khatib Pendek.

Abdul Aziz berkata, Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) diharap dapat membantu menyebarkan perkara ini dari semasa ke semasa supaya bukan sahaja pengusaha pasar borong perlu menghantar pekerjanya mengikuti kursus dan ujian tertentu, bahkan pekerja juga wajar mengetahui keperluan perkara ini.

"Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing, masalah penghasilan produk halal dapat diatasi dengan baik, malah pengguna Muslim dapat menikmati kehidupan yang lebih berkat," katanya.

Perlu pantau lebih kerap

Dalam pada itu, Ghazali berkata, bukan sahaja pengusaha mengupah warga asing untuk tugas penyembelihan tetapi turut mempamerkan sijil penyertaan kursus penyembelihan yang pernah dihadiri bekas pekerjanya sekitar 2008.

"Apabila pengguna tengok ada sijil itu, mereka akan beranggapan ayam itu disembelih mengikut syarak. Tetapi pada hakikatnya, sijil itu tidak boleh digunakan untuk meyakinkan pengguna.

"Kalau mereka ada kad tauliah, itu baru betul-betul kita boleh yakin dengan mereka," katanya.

Menurutnya, pihak Paid, Pejabat Veterinar dan Majlis Daerah Bera (MDB) diharap dapat bekerjasama mengatasi masalah ini.

"Pihak berkenaan perlu melaksanakan pemantauan lebih kerap terutamanya bagi memastikan pengguna Muslim dapat menikmati bahan makanan yang halal," katanya.

Tidak tahu perlu kad tauliah

Sementara itu, seorang pekerja, Ramli Rahmat, 61 yang berpengalaman lebih 10 tahun bekerja di pasar borong ini mengakui tugas penyembelihan dilakukan sepenuhnya sewaktu dia bekerja.

Katanya, sekiranya dia bercuti, berehat atau solat, tugas itu diambil alih oleh orang lain tetapi tidak pasti siapa yang bertanggungjawab.

"Saya hanya memiliki sijil penyertaan kursus sahaja. Tidak tahu pula kena ada kad tauliah jika nak buat kerja penyembelihan.

"Lagipun, tiada siapa yang memaklumkan perkara ini kepada saya. Bagi saya, ini adalah rezeki yang saya peroleh untuk keluarga.

"Tetapi saya yakin dengan apa yang saya buat adalah mengikut syarat ditetapkan," katanya.

Sementara itu, seorang pekerja warga asing yang ditemui berkata, dia baru sahaja bekerja di pasar borong sejak enam bulan lalu.

Menurutnya, sebagai seorang Muslim, pengusaha memintanya melakukan kerja itu walaupun tidak memiliki kad tauliah.

"Saya memang tahu syarat penyembelihan, tetapi saya tidak tahu pula bila bekerja di sini memerlukan kad yang diiktiraf," – Sinar Harian Online

Warga Asing Sembelih Ayam Di Trianghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/07/Ayam.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/07/Ayam-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

TRIANG, PAHANG - Penyalahgunaan 'lesen' penyembelihan oleh pemborong ayam sekitar Bandar Triang didakwa berjaya mengaburi pengguna Muslim semata-mata untuk mengaut keuntungan. Presiden Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM), Abdul Aziz Ismail berkata, pemborong terbabit menggunakan nama seorang pekerja Muslim yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang penyembelihan untuk meyakinkan pengguna beragama Islam. Menurutnya,...

<p style="text-align: justify;">TRIANG, PAHANG - Penyalahgunaan 'lesen' penyembelihan oleh pemborong ayam sekitar Bandar Triang didakwa berjaya mengaburi pengguna Muslim semata-mata untuk mengaut keuntungan.</p> <p style="text-align: justify;">Presiden Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM), Abdul Aziz Ismail berkata, pemborong terbabit menggunakan nama seorang pekerja Muslim yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang penyembelihan untuk meyakinkan pengguna beragama Islam.</p> <p style="text-align: justify;">Menurutnya, sepanjang tinjauan di pasar borong dan pasar basah sekitar Triang, tiada seorang pun dalam kalangan tukang penyembelihan memiliki Kad Tauliah Sembelihan.</p> <p style="text-align: justify;">"Hanya ada seorang tukang sembelih Muslim yang hanya memiliki Sijil Penyertaan Kursus Penyembelihan yang diperoleh pada 2008, manakala yang lain adalah pekerja warga asing.</p> <p style="text-align: justify;">"Mungkin kita tidak akan meragui sekiranya tugas penyembelihan dilakukan individu tersebut, tetapi yang menjadi persoalan siapa yang akan melakukan tugas penyembelihan sekiranya individu itu bercuti atau berehat?" katanya selepas melakukan tinjauan di sekitar Triang bersama kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) dan Jabatan Imigresen Temerloh.</p> <p style="text-align: justify;">Hadir sama, Timbalan Pengerusi, Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Pahang, Ghazali Khatib Pendek.</p> <p style="text-align: justify;">Abdul Aziz berkata, Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) diharap dapat membantu menyebarkan perkara ini dari semasa ke semasa supaya bukan sahaja pengusaha pasar borong perlu menghantar pekerjanya mengikuti kursus dan ujian tertentu, bahkan pekerja juga wajar mengetahui keperluan perkara ini.</p> <p style="text-align: justify;">"Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing, masalah penghasilan produk halal dapat diatasi dengan baik, malah pengguna Muslim dapat menikmati kehidupan yang lebih berkat," katanya.</p> <p style="text-align: justify;"><strong>Perlu pantau lebih kerap</strong></p> <p style="text-align: justify;">Dalam pada itu, Ghazali berkata, bukan sahaja pengusaha mengupah warga asing untuk tugas penyembelihan tetapi turut mempamerkan sijil penyertaan kursus penyembelihan yang pernah dihadiri bekas pekerjanya sekitar 2008.</p> <p style="text-align: justify;">"Apabila pengguna tengok ada sijil itu, mereka akan beranggapan ayam itu disembelih mengikut syarak. Tetapi pada hakikatnya, sijil itu tidak boleh digunakan untuk meyakinkan pengguna.</p> <p style="text-align: justify;">"Kalau mereka ada kad tauliah, itu baru betul-betul kita boleh yakin dengan mereka," katanya.</p> <p style="text-align: justify;">Menurutnya, pihak Paid, Pejabat Veterinar dan Majlis Daerah Bera (MDB) diharap dapat bekerjasama mengatasi masalah ini.</p> <p style="text-align: justify;">"Pihak berkenaan perlu melaksanakan pemantauan lebih kerap terutamanya bagi memastikan pengguna Muslim dapat menikmati bahan makanan yang halal," katanya. <strong>Tidak tahu perlu kad tauliah</strong></p> <p style="text-align: justify;">Sementara itu, seorang pekerja, Ramli Rahmat, 61 yang berpengalaman lebih 10 tahun bekerja di pasar borong ini mengakui tugas penyembelihan dilakukan sepenuhnya sewaktu dia bekerja.</p> <p style="text-align: justify;">Katanya, sekiranya dia bercuti, berehat atau solat, tugas itu diambil alih oleh orang lain tetapi tidak pasti siapa yang bertanggungjawab.</p> <p style="text-align: justify;">"Saya hanya memiliki sijil penyertaan kursus sahaja. Tidak tahu pula kena ada kad tauliah jika nak buat kerja penyembelihan.</p> <p style="text-align: justify;">"Lagipun, tiada siapa yang memaklumkan perkara ini kepada saya. Bagi saya, ini adalah rezeki yang saya peroleh untuk keluarga.</p> <p style="text-align: justify;">"Tetapi saya yakin dengan apa yang saya buat adalah mengikut syarat ditetapkan," katanya.</p> <p style="text-align: justify;">Sementara itu, seorang pekerja warga asing yang ditemui berkata, dia baru sahaja bekerja di pasar borong sejak enam bulan lalu.</p> <p style="text-align: justify;">Menurutnya, sebagai seorang Muslim, pengusaha memintanya melakukan kerja itu walaupun tidak memiliki kad tauliah.</p> <p style="text-align: justify;">"Saya memang tahu syarat penyembelihan, tetapi saya tidak tahu pula bila bekerja di sini memerlukan kad yang diiktiraf," - <strong>Sinar Harian Online</strong></p>

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved