ads

Ahad, 26 Januari 2014

06 di beserah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di beserah - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di beserah</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jan 2014 09:02 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

32 <b>Di</b> Tahan Dalam Serbuan Pusat Hiburan Dan Judi

Posted: 16 Jan 2014 12:00 AM PST

KUANTAN - Polis menahan 32 orang termasuk tiga individu yang mempunyai rekod jenayah dalam operasi yang dijalankan di sekitar bandar ini kelmarin. Operasi yang dilakukan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang itu melibatkan sebanyak 89 pegawai serta anggota dan diadakan selama lima jam bermula pukul 11 malam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Mohd. Zakaria Ahmad berkata, operasi itu melibatkan pemeriksaan rumah urut, pusat hiburan dan pusat judi haram di sekitar bandar ini. Beliau berkata, operasi itu dipecahkan kepada beberapa kumpulan dengan menyasarkan premis-premis tertentu berdasarkan maklumat yang diterima pihak polis. Menurutnya, dalam operasi pusat judi haram, pihaknya menyerbu sembilan premis dan menahan 20 lelaki dan seorang wanita termasuk penjaga premis di Jalan Haji Ahmad, Jalan Dato Lim Hoe Lek dan Jalan Beserah. "Dalam operasi itu kita mendapati salah satu pusat judi haram tersebut di Jalan Haji Ahmad dibuka bersebelahan dengan pusat snuker yang mempunyai lesen perniagaan sah bagi mengaburi pihak berkuasa. "Kegiatan mereka berjaya dihidu hasil maklumat orang awam dan kita menahan pelanggan termasuk penjaga premis terbabit untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini. Menurutnya, polis juga melakukan pemeriksaan terhadap lima premis pusat urut dan berjaya menahan sembilan wanita warga Thailand dan seorang lelaki dipercayai penjaga di salah sebuah premis tersebut. Katanya, premis yang beroperasi di Jalan Beserah tersebut didapati membenarkan warga asing bekerja tanpa permit dan menyalahgunakan pas lawatan sosial. "Bagi pusat hiburan pula, kita berjaya menyerbu satu pusat hiburan di Taman Kitasama, Jalan Beserah di sini dan menahan seorang lelaki dipercayai penjaga premis itu kerana beroperasi dengan lesen tamat tempoh," katanya. Katanya, serbuan itu juga berjaya menahan tiga lelaki yang dikehendaki polis kerana mempunyai banyak rekod jenayah. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved