ads

Khamis, 9 Januari 2014

06 di brinchang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di brinchang - Google Blog Search


.:GaDiS KaLiS PeLuRu:.: Mossy Forest Gunung <b>Brinchang</b> <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2014 04:05 AM PST

Mungkin tidak ramai yang sedar akan kewujudan Mossy Forest. Kebanyakkan daripada kita hanya tahu di Cameron Highland hanya ada ladang teh, kebun sayur, pasar malam Brinchang, dan yang terbaru chocolate factory. Mungkin juga disebabkan kurang promosi,kerana itu ramai yang terlepas pandang akan Mossy Forest.
Untuk Ke Puncak Gunung Brinchang,laluan kesana amat mencabar sekali dengan keadaan jalan yang berselekoh dan sempit.Perjalanan sejauh 9KM mengambil masa dalam   lebih kurang 30 minit cukup,perjalanan ke sana.Dan pasti  tidak akan membosankan anda kerana anda   disajikan pemandangan ladang teh yang hijau lagi menarik, panorama hijau  di sepanjang perjalanan anda ke puncak Gunung Brinchang.

 Setibanya saya di Gunung Brinchang terdapat laluan pejalan kaki yang telah disediakan oleh Jabatan Perhutanan Cameron Highland.Anda perlu berjalan dan menaiki tangga untuk ke puncak bukit yang akan menjanjikan pemadangan yang cukup menarik lagi hijau.Ia dikendalikan oleh Jabatan Perhutanan demi memastikan ekosistem tanah tinggi terpelihara.dibina di atas pelantar kayu yang memudahkan pergerakan kita untuk melihat kawasan hutan..



 Dari kawasan tempat letak kereta, terdapat laluan jambatan (walkway) sepanjang 200 meter yang membawa pengunjung ke dalam hutan berlumut tanpa bersusah payah.  Dan di akhir laluan ini akan bermulanya laluan trek hutan ke puncak Gunung Irau (6,932 kaki dari paras laut) yang mana 'mossy forest' lebih menarik dari Gunung Brinchang.
 Keindahan hutan berlumut atau "Mossy Forest" (ketinggian 6,561 kaki) yang terletak di Gunung Brinchang (6,666 kaki dari paras laut yang diukur dari Stesen Mikro Gunung Brinchang) Dengan  lumut menghijau dari Tanah hutan ke puncak pokok memberikan pemandangan yang cantik, damai dan indah serta memberikan suasana yang penuh mistik. Berada di dalam hutan berlumut di Gunung Brinchang juga seumpama anda sedang berdiri di dalam Fangorn Forest dalam filem Lord of The Rings.

 Terdapat juga bermacam jenis fauna dan flora , pelbagai jenis orkid tumbuh hidup liar, paku pakis dan sebagainya. 

Bungaperiuk kera (Nepenthes pitcher plants) yang menjadikan serangga kecil sebagai makannya.

Pohon-pohon Dipterokarp atas, akar pokok yang berselirat, lumut segar yang basah dan juntaian pokok Liana yang berlilit menjadi santapan mata

 Sesuatu yang harus anda tahu, ketika anda berada di sini, anda berada di 2 negeri dalam masa yang sama.. Perak Dan Pahang..
 Mossy Forest seolah satu daya tarikan alam yang indah, mempesonakan. Kabus yang mengelilingi kawasan hutan menyebabkan rasa tenang dan segar.

BLOG PAHANG: 06 <b>di brinchang</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jan 2014 09:26 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jalan-jalan: Cameron Highlands - Gunung <b>Brinchang</b>, Sg Palas Boh <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2014 04:01 PM PST

Selamat Tahun Baru 2014 buat semua. Terlambat sudah...

Sambung hari kedua

Cuaca agak baik hari ini. Selepas sarapan pagi kami berehat sebentar. Jam 9.00 pagi baru keluar. Kali ini destinasinya ialah Gunung Brinchang. Belum pernah sampai ke kawasan menara tinjaunya walaupun sudah banyak kali ke Cameron Highlands. Waktu ini belum banyak kenderaan yang menuju ke sana, jadi agak mudah perjalanannya. Tapi di sini kecekapan menggunakan gear amat diperlukan kerana jalannya yang berliku dan berbukit serta sempit. Di setengah-setengah bahagian memang tak boleh berselisih langsung, jadi perlu toleransi terhadap kenderaan yang datang.

Simpang untuk ke Gunung Brinchang dan Sungai Palas Boh Tea Centre terletak tidak jauh selepas Kea Farm iaitu arah ke Tringkap dari pekan Brinchang.
Banyak ladang sayur di bahagian bawah sebelum ke kawasan berbukit.

Kenderaan ini banyak digunakan pelancong luar negara yang datang secara pakej.
Menara tinjau di penghujung jalan iaitu tempat terakhir kenderaan boleh sampai.
Sampai di kawasan menara tinjau lebih setengah jam kemudian. Cuaca mula berkabus. Tapi ramai pulak pelancong 'Mat Salleh' yang menunggu giliran untuk naik ke atas. Ada dalam setengah jam kami menunggu, tapi belum ada yang mahu turun lagi, Jadi terpaksalah kami beralah. Kena pergi lain kali nampaknya. 
Menara ini diperbuat dari besi dan ketinggiannya lebih kurang 30 meter. Jika cuaca baik kita dapat lihat pekan-pekan yang ada di sekitar Cameron Highlands. Bandar Ipoh juga dapat dilihat dari sini. Disebelahnya pula terdapat menara telekomunikasi milik Telekom Malaysia.
Cuaca agak berkabus pagi itu.
Dalam perjalanan turun kami singgah pula di Mossy Forest. Dalam hutan ini disediakan laluan bertangga yang agak panjang. Bermula dengan mendaki sehingga ketinggian 2000m dan kemudian menurun semula.
Mossy Forest ini terletak sebelum sampai kawasan menara tinjau.
Ini buka sempadan, tapi cuma menunjukkan arah dua negeri saja.
Keadaan pokok-pokok yang ditumbuhi lumut.
Sampai di sini dan kemudian berpatah balik kerana nampak agak panjang lagi laluannya.
Selesai beriadah di sini, tapi tak keluar peluh pun sebab sejuk, perjalanan diteruskan untuk ke Sungai Palas Tea Centre. Lama betul tak ke sini. Kalau dulu boleh letak kenderaan di atas kini tidak lagi. Kenderaan perlu di tinggalkan di kawasan lapang di bawah dan perlu berjalan kira-kira 300m untuk sampai di atas.
Tempat meletak kenderaan.
Laluan ke kilang teh dan cafe.
Cafe yang tergantung di bahagian hujungnya. 

Pemandangan sebahagian ladang teh dari atas.
Lokasi popular untuk berfoto.
Berbagai jenis teh boleh dipilih. Setengahnya tiada dalam pasaran dan cuma boleh didapati di sini.
Bahagian dalam kedai jualan teh.
Beli sedikit teh untuk dibawa pulang.
Mesin lama untuk memproses teh diletakkan di kawasan pameran.

Kilang yang sentiasa terbuka untuk lawatan.
Pada mulanya ingat nak melepak sekejap sebelum makan tengah hari di cafe, tapi manusia punyalah ramai, jadi terpaksa dibatalkan. Waktu turun ke tempat letak kenderaan kami ikut jalanraya kerana laluannya lebih mudah, cuma agak jauh sikit. 
Singgah di Restoran Nolina Food untuk makan tengah hari. Restoran ini terletak kira-kira satu km dari simpang keluar Boh Tea Centre arah ke Tringkap.  Tempat letak kenderaannya agak luas di seberang jalan. Restorannya bersih dan banyak pilihan lauknya.
Destinasi seterusnya petang itu ialah Cameron Lavender yang terletak selepas pekan Tringkap. Tempat ini nampak macam baru dan orang memang agak ramai pada petang itu. Tempat kenderaan nya agak terhad dan terpaksa di letakkan di tepi-tepi jalan.
Pintu masuk ke Cameron Lavender.
Tiket masuk RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.
Tarikan utama di sini, bunga Lavender, tapi macam tak berapa menjadi.
Pandangan dari atas lebih menarik.
Petunia, macam bunga plastik.
Bunga kekwa (chrysanthemum) banyak di bahagian atas.

Dijual dengan harga RM2 sekuntum. Boleh pilih dan petik sendiri.
Tempat letak kenderaan agak terhad.

Destinasi terakhir kami pada petang itu ialah Taman Agro Al-Mashoor yang terletak di kawasan perkampungan Melayu, Kampung Taman Sedia. Lokasinya ialah di antara pekan Brinchang dan Tanah Rata. Singgah di sini ingat nak minum petang tapi makanan sudah banyak yang habis.

Sempat bergurau senda dengan kucing ini sebelum balik.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved