ads

Khamis, 9 Januari 2014

06 di bukit ibam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bukit ibam - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di bukit ibam</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jan 2014 07:09 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pahang Daily Online: Air <b>Di</b> Sungai Jeram Dekat <b>Bukit Ibam</b> Kian <b>...</b>

Posted: 30 Dec 2013 09:26 PM PST

BUKIT IBAM - Penduduk Kampung Buluh Nipis, di sini, gempar dengan penemuan ikan-ikan di Sungai Jeram yang seperti sudah tidak bermaya dan boleh ditangkap dengan senang serta keadaan air sungai yang berwarna kemerahan. Keadaan sungai yang kotor dan penemuan ikan-ikan yang tidak bermaya itu disedari ketika beberapa orang penduduk termasuk Tok Batinnya, Mohsonie Hassan, 42, pergi melihat jaring ikan yang ditahan di sungai tersebut. Menurut Mohsonie, pada pagi Sabtu lalu ketika pergi menahan jaring dengan rakan-rakannya, keadaan air sungai masih lagi seperti biasa dan tiada kelihatan ikan-ikan yang tidak bermaya itu. "Waktu tengahari Sabtu itu, saya dengan rakan yang lain pergi ke sungai untuk melihat ada atau tidak ikan yang lekat di jaring, kami terkejut kerana melihat air telah berubah menjadi keruh seakan berwarna merah semacam bercampur dengan lumpur. "Tambah mengejutkan kami, banyak ikan yang pelbagai jenis dan saiz di sungai ini yang timbul dalam keadaan tidak bermaya berhampiran dengan tebing sungai," katanya. Menurutnya, ikan-ikan yang timbul di permukaan air itu seperti sukar untuk bernafas dan begitu mudah ditangkap. "Kami cuba menangkap ikan-ikan tersebut dan ia begitu senang kerana tidak ia lari. Selepas ditangkap, kami lihat insang ikan tersebut dipenuhi dengan lumpur. "Antara ikan-ikan yang ditemui dan ditangkap oleh penduduk seperti ikan tapah, belida, kaloi, baung, udang serta banyak lagi," katanya. Dalam pada itu, oleh sebab bimbang dengan keadaan air sungai dan penemuan ikan yang tidak bermaya itu, Mohsonie telah melaporkannya kepada pihak berkuasa yang berkenaan. "Sebelum ini pernah jadi sebanyak dua kali tetapi tidak seteruk ini, saya telah lapor kepada pihak yang berkenaan supaya dapat menjalankan siasatan mengenai punca berlakunya pencemaran begini. Ada penduduk mendakwa terdapat bau diesel pada badan ikan yang ditangkap. "Dua orang wakil dari Unit Perikanan Darat, Jabatan Perikanan Pahang telah pun datang membuat siasatan semalam dan memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati air sungai memang tercemar," katanya. Menurutnya, Jabatan Alam Sekitar juga telah maklum akan kejadian ini tetapi setakat ini (tengahari semalam) masih belum datang menyiasat. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved