ads

Ahad, 26 Januari 2014

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


Cara CELAKA menteri BN nak elakkan ladang haram <b>di Cameron</b> <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2014 10:30 PM PST

Dengan majoriti yang cuma 462 undi memang Palanivel cari nahas kut kalau dia benarkan pemilik ladang-ladang haram di Cameron Highland tu diambil tindakan.

Bharian melaporkan:
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel mahu lesen menduduki sementara (TOL) diberikan kepada pengusaha ladang pertanian haram di sini bagi mengekang kegiatan pembukaan tanah secara berleluasa pada masa depan.

"Walaupun beroperasi secara haram, kita mahu pejabat tanah dan daerah bekerjasama supaya TOL dikeluarkan kepada mereka dengan mengenakan bayaran. - Bharian.  

Tak ka CELAKA namanya tu?

Senang-senang ja nak bagi TOL kepada pengusaha ladang haram. Kalau untuk tanah kerajaan di tempat lain  yang tak kritikal mungkin tak jadi isu sangat tapi masalah ladang haram di Camaron Highland tu dah terlalu parah sangat.

Apa jaminan pemilik ladang haram tu tak teroka lebih luas lagi selepas depa dapat TOL untuk yang depa teroka secara haram sebelum ni.

Bharian juga melaporkan:

Beliau berkata, pertimbangan itu adalah berasaskan bahawa peladang sayur, buah dan tanaman lain yang terbabit sudah mengusahakan tanah itu sejak sekian lama di samping turut mengeksport produk pertanian.

"Semua pihak bersetuju bahawa kita kekalkan kawasan yang telah mereka terokai, kawasan yang dijadikan ladang dan kita keluarkan TOL. Kita tidak akan halau mereka buat masa ini, dan berharap mereka juga boleh beri kerjasama kepada kita," katanya. - Ibid.

Kalau tengok ke alasan dia tu ada kut nampak munasabahnya walaupun sangat sikit tapi aku yakin ada sebab lain yang lagi besar. Dengan majoriti yang cuma 462 undi memang Palanivel cari nahas kut kalau dia benarkan pemilik ladang-ladang haram di Cameron Highland tu diambil tindakan.

Walaupun sebelum ni jadi satu tragedi besar yang mengorbankan jiwa dan kerosakan hartabenda yang teruk bila berlaku kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Cameron Highland.

TheMalaysianInsider pada 14 November 2013 melaporkan:

Pada 24 Oktober lepas, seramai empat orang maut dalam kejadian banjir lumpur di kawasan penempatan Lembah Bertam, Ringlet di Cameron Highlands akibat pelepasan air Empangan Sultan Abu Bakar yang turut merosakkan kira-kira 80 rumah dan 100 buah kenderaan.

Tragedi itu dipercayai berlaku akibat aktiviti penarahan bukit secara haram di kawasan peranginan terkemuka negara itu. - Bernama, 14 November, 2013. - TMI.

Tapi main dengan pemimpin BN yang gila kuasa, depa bukan peduli dengan nasib rakyat, yang penting kuasa depa ulou depa pertahankan, lagi pun depa tau dengan rakyat ni mudah saja, bagi BR1M lebih sikit tenggelam semua cerita buruk Umno BN.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved