ads

Selasa, 7 Januari 2014

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


Memetik Strawberry <b>Di Cameron Highlands</b> ~ ciklaili.com

Posted: 03 Dec 2013 08:26 PM PST


Sebelum bermulanya cuti sekolah akhir tahun 2013, anak sulung kami (Amir) telah menyuarakan hasratnya untuk merasai kesejukan di Cameron Highlands. Memandangkan kami belum pernah membawa anak kedua (Amar) ke sana dan bagi memenuhi permintaan Amir, maka pada 25 November 2013 kami telah bercuti di Cameron Highlands selama 3 hari 2 malam. 
Kami jangkakan ramai pengunjung yang berada di Cameron Highlands memandangkan waktu kami ke sana merupakan waktu cuti sekolah tetapi jangkaan kami meleset. Mungkin juga kerana peristiwa banjir dan tanah runtuh yang berlaku di Cameron Highlands tidak berapa lama dulu menyebabkan tidak ramai pelancong luar yang berkunjung ke sini.
Tidak banyak tempat yang kami kunjungi semasa bercuti di Cameron Higlands kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan - hujan pada waktu pagi dan petang. Kami hanya singgah ke beberapa tempat sahaja seperti pasar malam Brinchang, Strawberry Farm, Taman Agroteknologi MARDI dan BOH' Tea Centre Sungai Palas. 
Aktiviti yang paling disukai anak-anak ialah memetik strawberry semasa berkunjung ke EQ Strawberry Farm dan menyusuri ladang teh semasa menaiki tangga menuju ke BOH' Tea Centre. Bayangkanlah anak kedua saya menaiki tangga dari bawah hingga sampai ke BOH' Tea Centre tanpa didukung. Kuat betul semangatnya nak sampai ke atas :)
Bergambar sebelum masuk ke Strawberry Farm
Amar tidak melepaskan peluang memetik strawberry
 Amir bersama buah strawberry yang dipetik & disusun
 Di hadapan Taman Agroteknologi MARDI

Gaya 2 beradik di hadapan BOH' Tea Centre 
* Ke mana pula destinasi percutian anda kali ni?

Gambar Banjir <b>Di Cameron Highlands</b> - Hafiz Rahman

Posted: 23 Oct 2013 01:39 AM PDT

image

CAMERON HIGHLANDS: Dua pekerja asing maut dan seorang lagi masih hilang dalam kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam, Ringlet di sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu dikenali sebagai Md Jahangir, 30-an warga Bangladesh manakala seorang wanita, Kesumat, 46, warga Indonesia dipercayai lemas akibat kejadian itu.

Sementara gerakan mencari seorang lagi mangsa warga Indonesia, Jarwati, 17, sedang dijalankan.

Ketua Polis Daerah Cameron Highland Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, gerakan mencari dan menyelamat sedang dijalankan

"Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi apabila pelepasan air dari empangan Sultan Abu Bakar melimpah sehingga mengalir ke kawasan kampung berhampiran.


"Sebanyak 80 rumah terjejas akibat kejadian," katanya.

Menurutnya, sehingga kini 38 orang sudah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.

image

image

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Crew Fathi: Banjir <b>Di Cameron Highlands</b>

Posted: 23 Oct 2013 12:36 AM PDT


Kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dekat Cameron Highlands dihanyutkan arus deras apabila air di empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet yang dilepaskan, melimpah secara mendadak awal hari ini. Kejadian pada 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing maut manakala seorang lagi masih hilang.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsayang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun.

"Usaha mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang masih dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian awal pagi ini, air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam. Beliau berkata dianggarkan 100 kenderaan turut rosak teruk dalam kejadian itu.

"Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat," katanya.

Mohd Zahari berkata seramai 20 keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.

"Kedua-dua mayat mangsa kejadian itu dihantar ke Hospital Sultanah Kalsom, Cameron Highlands," katanya.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat dijalankan seawal jam 7.30 pagi ini selepas mendapat maklumat berhubung kejadian itu.

"Seramai 243 anggota penyelamat terdiri daripada polis, pasukan bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam operasi itu," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved