ads

Sabtu, 25 Januari 2014

06 di gebeng - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di gebeng - Google Blog Search


Tapak 'stockpile' - Khabar Pahang - Blogger

Posted: 22 Jan 2014 04:16 PM PST

… dua (2) keputusan Persatuan Pelombong Bijih Besi Pahang setujui demi elak pencemaran habuk dan lumpur di kawasan-kawasan dilaluinya sebelum ini terutamanya Kampung Selamat
"… mereka kena setuju. Kalau tidak, kita akan batalkan lesen dia. Lesennya hanya (sah untuk tempoh) dua tahun. Lepas dua tahun, dia kena datang balik kepada Kerajaan (untuk memperbaharui)," tegas Menteri Besar.
KEMESRAAN, SAMBIL KOMITMEN DIBUAT... Inilah perjumpaan mesra Menteri Besar dengan Persatuan Pelombong Bijih Besi Pahang pada petang Rabu, 15 Januari lepas, yang menerusinya komitmen para pelombong bijih besi ini demi tidak mencemarkan alam sekitar di sekitar Pelabuhan Kuantan khususnya laluan merentasi Kampung Selamat dekat situ, diterima.
Disamping Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri (duduk sebelah kanannya), yang turut hadir dan kelihatan dalam foto ini ialah Presiden persatuan, YM Dato' Tengku Zulkifli Tengku Ahmad (duduk, paling kanan bertentangan Dato' Sri DiRaja Adnan).
KOMPLEKS YAYASAN PAHANG, TANJUNG LUMPUR, KUANTAN – Dalam usaha mengatasi masalah pencemaran habuk dan lumpur diakibatkan oleh laluan lori-lori pengangkut bijih besi menerusi kawasan sekitar Pelabuhan Kuantan di Tanjung Gelang dekat sini;
Kerajaan Negeri mendapat komitmen pengusaha/pengeksport bahan mineral itu menerusi persatuan mereka – Persatuan Pelombong Bijih Besi Pahang, terhadap dua (2) perkara iaitu, untuk menggunakan laluan lencongan sejauh 10 km tanpa lagi melalui jalan sebelumnya merentasi Kampung Selamat.
Dan, memunggah bijih besi yang diangkut ke satu tapak 'stockpile' berpusat simpanan sementara yang telah Kerajaan Negeri kenalpasti di Kawasan Perindustrian Gebeng yang berhampiran, sebelum pengeksportan.
Keputusan-keputusan ini dicapai hasil perjumpaan Kerajaan Negeri yang diwakili Menteri Besar, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Sri Muhammad Safian Ismail dengan wakil-wakil persatuan itu, petang Rabu, 15 Januari lepas. 
Ini didedahkan oleh Dato' Sri DiRaja Adnan pada persidangan media petang Rabu, 22 Januari di sini.
TAK WAJAR DATANGKAN KESUSAHAN KEPADA ORANGRAMAI
"Kita telah beritahu pelombong-pelombong bahawa, mereka boleh menjalankan kegiatan mereka tetapi mereka tidak sewajarnya mendatangkan kesusahan kepada orangramai.
"Ada timbul masalah di Kampung Selamat dan juga di Pangkalan TLDM di Tanjung Gelang iaitu soal habuk, lumpur sebagainya; akibat daripada lalu-lalang (lori) yang membawa muatan bijih besi.
"Dan kita telah capai keputusan iaitu, semua lori bijih besi yang akan datang ini, serta-merta ya – hampir seminggu sudah kita kuatkuasakan; tidak lagi boleh melalui jalan Kampung Selamat dan juga jalan ke TLDM.
"Semua lori ini akan lalu, akan buat 'detour' , lencongan sejauh lebih kurang 10 km melalui Jalan Sungai Ular. Ini bermakna masalah habuk, lumpur sebagainya, dapat diatasi.
"Yang keduanya, Kerajaan Negeri telahpun mengenal pasti sebidang tanah dan dengan persetujuan Persatuan Pelombong (Bijih Besi Pahang), kita akan tentukan satu tempat untuk buat 'centralized stockpiling'.
CENTRALISED STOCKPILING SITE
"Sekarang ini, 'stockpile' pelombong-pelombong ini mereka hantar ke merata tempat, mereka sewa tanah sebagainya. Sekarang ini kita sediakan tempat, mereka sewa daripada kita – dari Kerajaan Negeri ataupun agensi Kerajaan. Satu tempat sahaja," katanya.
Kepada soalan wartawan sama ada pelombong-pelombong terlibat akan kesemuanya bersetuju dengan keputusan-keputusan itu khususnya mengenai laluan lencongan baharu, dengan tegas beliau menjawab;
"… mereka kena setuju. Kalau tidak, kita akan batalkan lesen dia. Lesennya hanya (sah untuk tempoh) dua tahun. Lepas dua tahun, dia kena datang balik kepada Kerajaan (untuk memperbaharui)".
Dato' Sri DiRaja Adnan kemudian menyingkap isu yang dihadapi pengusaha lori termasuk pengangkut bijih besi, dengan pihak penguatkuasa seperti Polis dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah beliau selesaikan sebelum ini.
"Soal 'overweight' sudah tidak timbul. Selepas tunjuk perasaan oleh pengusaha lori dahulu, saya telah panggil (perjumpaan dan perbincangan) dan sekarang ini, tiada masalah lagi baik SPAD, Polis dan pengusaha-pengusaha lori tak ada komplen apa-apa lagi," katanya.
Dalam pada itu katanya, beliau telah meminta Persatuan Pelombong Bijih Besi Pahang supaya turut melaksanakan kerja-kerja CSR (Corporate Social Responsibility) yang boleh dimanfaati penduduk yang telah sekian lama terbeban dengan pencemaran habuk dan lumpur tersebut. – Khabar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved