ads

Khamis, 30 Januari 2014

06 di janda baik - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di janda baik - Google Blog Search


*[Embracing Mommyhood]*: Bercuti Ke <b>Janda Baik</b>, Bentong

Posted: 11 Jan 2014 01:11 AM PST

Masa mula2 my mum sebut nak pergi bercuti di Janda Baik, saya fikirkan, Janda Baik tu ada apa? Tak tau pun yang tempat tu tourist attraction ke? Bila cek dalam website, baru tau yang Janda Baik ni macam a good weekend retreat jugak la untuk orang KL.. selalunya paling dekat dan selalu pergi ialah Port Dickson untuk weekend, tapi kat situ dah terlalu ramai sangat orang, dan yang paling teruk, jem dia.. Kat Janda Baik ni, tempat best dan tak ramai orang.
Saya cuma booking satu hari sebelum pergi, survey2 chalet hanya 2 hari sebelum pergi. Chalet2 kebanyakannya dah penuh, itu menunjukkan ramai jugak yang pergi sini. Tempat Janda Baik ni pun popular jugak dengan company event dan teambuilding. Tapi bila kat situ sebab main attraction dia sungai, dan sungai adalah sepanjang2, tak perasan pun banyak kehadiran tourist pun, especially di tempat yang kami menginap. 
Kalau kat Janda Baik ni, macam2 jenis lodging ada.. Ada yang kena naik kereta untuk ke sungai, ada yang memang chalet tepi sungai je, ada yang hotel di pergunungan.. Ada yang murah, ada yang villa mahal.. ada yang sampai RM 10000 untuk 2 malam! Mak saya memang nakkan chalet yang memang betul2 depan sungai. Saya jumpa dalam salah satu blog gambar list chalet2 dan hotel2 di Janda Baik, saya carik satu2. Maaf sebab saya tak sertakan link blog di mana gambar ni originate.. sebab saya tak ingat dah apa blog dia. Kalau tuan tanah ada terbaca, tolong email ye dan saya masukkan link..
Antara chalet yang sebelah dengan sungai ialah: Hawa Resort, D'River Training Resort, Mak Lang Resort dan Teratak Di Hujung Kampung. Kesemuanya ni adalah chalet, so don't expect hotel berbintang2.. rasanya kat Janda Baik mostly villa mahal2 atau chalet biasa2 je. Tapi kat sini Janda Baik dan bukan Kuala Lumpur, so absorb the experience :)  Banyak website yang tunjuk gambar2 chalet tu sendiri dan surrounding of the chalet area dan keadaan sungai dia, banyak pilihan tapi book la cepat. 
Macam saya, saya tak ada banyak pilihan sebab banyak yang dah sold out. 2 days before going, saya berminat dengan Mak Lang Resort tapi the next day dah penuh. My mum berminat dengan Hawa Resort sebab banyak review yang menarik dan according to her, sungai dia best but tempat tu pun dah penuh. Besides, I am not quite sure if OK ke tak memandangkan chalet dia ada banyak dan selalu ambik company event. Make sure you check kalau hari yang u nak pergi, ada corporate event ke tak, sebab takut bising.
Tempat yang saya pergi ialah Teratak Di Hujung Kampung. Dia ada 5 chalet je, so tak ramai orang. Sungai dia memang belakang chalet tu je. Kami sewa 3 chalet untuk 8 adults.. Chalet Meranti (RM 150), Chalet Oked (RM 120) dan Chalet Cengal (RM 80). Harga ni semua untuk satu malam. Semua chalet tu sebelah2 je.
Chalet Meranti ni kata owner boleh muat 8 orang.. tapi bagi saya mungkin boleh muat 8 orang (including budak2 ok bukan 8 orang adult) tapi akan jadi sangat sempit. Ada banyak toto dengan selimut kat sini tapi bagi saya, kalau saya tahu, I will bring my own cadar2 sebab toto dia macam tak bercadar je..toto lama dan geli jugak kalau nak pakai gitu. Don't expect a lot with the price you pay, dan termasuk jugak toilet dia ye. Dalam bilik ni, 4 orang tidur..my mum, dad, adik lelaki dan perempuan saya. Chalet ni pun ada TV tapi channel biasa je (takde Astro), dan ada balkoni yang memandang sungai. Balkoni tu ada kerusi untuk duduk.
Toilet untuk Meranti
Yang Chalet Cengal pulak bagi saya kecik sikit daripada Meranti. Cengal sama saiz dengan Oked. Tapi Cengal ni murah sebab toilet dia kat luar..
Chalet belah kiri kat gambar atas ni ialah Chalet Meranti, tapi toilet dia boleh masuk dari dalam. Ada toilet yang berasingan untuk Cengal (chalet yg belah kanan), tapi kena keluar dari pintu belakang untuk pergi ke toilet. Nampak macam satu toilet kat gambar ni tapi sebenarnya ada dua kat dalam. Lagi satu chalet ni takde tv, hanya ada radio. Adik saya dan wife dia duduk sini.

Pemandangan bahagian belakang Chalet Cengal. Takde kerusi untuk duduk tapi dekat dengan sungai
As for myself, kami ambik Chalet Oked. Kelebihan bilik ni sebab toilet dia kurang scary huhu, mungkin sebab toilet duduk kot. Lagi satu sebab ada tv dengan Astro. But you would not need Astro lah bila ada kat sini, better spend time dengan family dia luar :)

Yang kelebihan other chalets (Meranti dan Cengal) berbanding yang ini sebab chalet ni jauh sket dari sungai. Pemandangan dia ialah campsite. Dan jugak because bilik ni ada dua single bed yang dia dekatkan.. Saya pernah sakit belakang sebab tertidur kat tengah2 hehe.
So you  could say the river stretch was pretty much ours for 2 days 1 night. Manakala untuk 2 lagi chalet ada 2 lagi family, dan ia terletak dalam 50 meter dari Meranti. Social area dia kalau tak silap ada dua je, so memang elok2 la kami amik satu wakaf yang depan chalet kami. Wakaf tu bersebelahan dengan tempat BBQ. Kalau agaknya pergi satu family dan ada family lain, mungkin sekali kena kongsi tempat BBQ dengan orang lain la.. tapi tempat ni seronok kalau pergi ramai2. 
Dapur pun ada jugak (dapur outdoor la), tapi dekat bahagian 2 chalet yang lain, so kami malas nak campur, We bought our electric griller dan minyak untuk masak fries. Tempat wakaf kat luar tu ada plug point so no issue.. Kami BBQ macam2 bawak.. sotong, ayam, kerang, daging, lamb, hotdog, burger..hehe. Jangan lupa bawak arang, cutlery, penyepit untuk BBQ pastu kelengkapan BBQ lah senang cite. Tempat BBQ dia je yang dia sediakan kat sini. Better beli siap2 kat rumah sebab dengarnya kalau nak beli kat sini mahal.. kat mana beli pun saya tak tahu lah, kat situ kampung2.. Kami cuma beli sos cili (terlupa bawak) dengan ais je kat sini.
Picnic basket (entry kat sini) beli dah lama tapi baru guna.. Alhamdulillah memang berbaloi beli. 
Sekejap je percutian weekend kami tapi best sebab dah lama tak pergi bercuti ramai2 satu family. Tak susah cari tempat ni walaupun takde dalam GPS tapi ikut je signboard ke ILMU (Institut Latihan UMNO), sebab tempat ni sebelah je dengan ILMU. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved