ads

Isnin, 27 Januari 2014

06 di jengka - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jengka - Google Blog Search


Panas: Gaduh <b>Di Jengka</b> 21, Satu Mangsa Meninggal

Posted: 24 Jan 2014 11:19 PM PST

MARAN, 25 Jan  - Satu kejadian pergaduhan antara dua kumpulan telah berlaku di kawasan tanah rancangan Felda Jengka 21 dekat sini pagi tadi. Difahamkan, terdapat kecederaaan parah kepada mangsa yang terbabit hingga membawa kepada kematian dalam kejadian itu. Pihak polis sedang memantau kawasan itu sekarang dan orang ramai dilarang menghampiri lokasi berkenaan. Mangsa yang meninggal dunia dipercayai berbangsa Melayu dan berasal dari Rumpun Makmur dekat sini. Menurut saksi, beliau amat kecewa apabila orang kampung dilaporkan mangsa mati akibat terjatuh motor, sedangkan mangsa sebenarnya telah pun dipukul dengan teruk sehingga mati oleh kumpulan itu. Laporan lanjut menyusul. 

Warga <b>Jengka Di</b> Pelawa Sertai RELA Kekang Jenayah

Posted: 26 Jan 2014 01:59 AM PST

JERANTUT - Penduduk di kawasan Felda Wilayah Jengka diminta memberi kerjasama dan menyertai Pasukan Sukarelawan Rakyat Malaysia (Rela) untuk membantu pihak berkuasa mengurangkan kes jenayah termasuk kerja kemasyarakatan di tanah rancangan itu. Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Datuk Shaari Din berkata, sumbangan secara moral dan khidmat sukarela menjamin kawasan Felda bebas daripada sebarang kegiatan jenayah, manakala dengan wujudnya Rela usaha menjaga keselamatan awam boleh menjamin keselesaan penduduk di situ. Menurutnya, kehadiran Rela di setiap tanah rancangan Wilayah Jengka dan negeri ini amnya merupakan mekanisme yang terbaik untuk kerajaan mengurangkan kes jenayah dan pada masa sama penyemaian nilai perpaduan dan kejiranan semakin kukuh. "Saya yakin sebanyak 6,047 orang anggota Rela di 37 buah rancangan Wilayah Jengka mampu menjadi benteng pertahanan keselamatan tempat tinggal masing-masing, di samping bersiap siaga menghadapi tugas pada waktu kecemasan. "Hasrat kerajaan untuk memenuhi aspirasi penugasan Rela lebih cemerlang dan penuh integriti maka setiap pasukan sukarelawan berkenaan akan mempunyai sebuah Pusat Khidmat Komuniti Rela (PKKR) di tempat masing-masing," katanya semasa Majlis Perasmian premis PKKR Platun di Felda Padang Piol, di sini. Premis pentadbiran PKKR Platun Felda Padang Piol yang bernilai RM48,000 dirasmikan oleh Pengarah Rela Pahang, Mohd Shah Rizal Zainal. Shaari berkata, PKKR merupakan pusat pentadbiran dan pengurusan Rela di tanah rancangan itu menjadi sebuah mercu tanda kepada usaha menjaga keselamatan penduduk menerusi peranan pasukan Rela menjalankan tugas dengan penuh integriti untuk orang ramai. #selanjutnya

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved