ads

Rabu, 29 Januari 2014

06 di jengka - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jengka - Google Blog Search


Kerjasama Rela & Masyarakat <b>di</b> Felda Wilayah <b>Jengka</b> Mampu <b>...</b>

Posted: 31 Dec 2013 11:25 PM PST

Kerjasama Rela & Masyarakat di Felda Wilayah Jengka Mampu Banteras Jenayah

JERANTUT – Penduduk di kawasan Felda Wilayah Jengka diminta memberi kerjasama dan menyertai Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Pahang untuk membantu pihak berkuasa mengurangkan kes jenayah termasuk kerja kemasyarakatan di tanah rancangan itu.

Pengurus Besar Wilayah Jengka, Datuk Shaari Din berkata, sumbangan secara moral dan khidmat sukarela menjamin kawasan tanah rancangan bebas daripada sebarang kegiatan jenayah.

Menurutnya, kehadiran pasukan itu di setiap tanah rancangan Wilayah Jengka serta negeri ini amnya merupakan mekanisme terbaik kerajaan dalam mengurangkan kes jenayah dan pada masa sama menyemai nilai perpaduan supaya lebih kukuh.

"Saya yakin sebanyak 6,047 anggota Rela di 37 tanah rancangan Wilayah Jengka mampu menjadi benteng pertahanan keselamatan tempat tinggal masing-masing di samping bersiap siaga menghadapi tugas pada waktu kecemasan.

"Hasrat kerajaan adalah untuk memenuhi aspirasi penugasan Rela lebih cemerlang dan penuh integriti, maka pasukan sukarelawan berkenaan akan mempunyai sebuah Pusat Khidmat Komuniti Rela (PKKR) di tempat masing-masing," katanya dalam Majlis Perasmian Premis PKKR Platun Felda Padang Piol di sini kelmarin.

Premis pentadbiran PKKR Platun Felda Padang Piol yang bernilai RM48,000 dirasmikan oleh Pengarah Rela Pahang, Mohd. Shah Rizal Zainal.

Menurut Shaari, PKKR merupakan pusat pentadbiran Rela di tanah rancangan itu dan menjadi sebuah mercu tanda kepada usaha menjaga keselamatan penduduk.

"Sehingga kini, sebanyak 50 unit PKKR dibina di Wilayah Jengka, manakala 12 premis tersebut telah siap dan sudah beroperasi sebagai pusat pentadbiran dan latihan anggota platun Rela kawasan berkenaan," ujarnya.

Sehubungan itu katanya, Felda dan Rela Pahang akan bekerjasama untuk membina serta menaik taraf premis berkenaan di Wilayah Jengka dengan menyediakan kemudahan dataran kawat, pagar dan keperluan lain.

"Kejayaan pengurusan PPKR Rela Felda Wilayah termasuk kepelbagaian kegiatan kemasyarakatan membolehkan kawasan tanah rancangan menjadi sebuah lokasi aman serta merancakkan sektor pertanian berasaskan sawit, getah dan tanaman lain," ujarnya. – Utusan Malaysia

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada January 1, 2014 - 3:25 pm oleh Nor Azlina Shaari

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved