ads

Ahad, 5 Januari 2014

06 di jerantut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jerantut - Google Blog Search


Banjir: Paip Pecah Akibat Tanah Runtuh <b>Di Jerantut</b> - Pahang Daily <b>...</b>

Posted: 09 Dec 2013 12:00 AM PST

JERANTUT - Seramai 3,160 pengguna terputus bekalan air bersih berpunca daripada kejadian tanah runtuh akibat banjir di seksyen 89 Jalan Jerantut-Maran. Pengurus Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) Jerantut, Ahmad Ramzi Jamaludin berkata, dua batang paip jenis 'Mild Steel' (ms) bersaiz 250 milimeter (mm) patah. Menurutnya, akibat kejadian itu, penduduk yang tinggal berhampiran Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR), Sungai Tekam terputus bekalan air. "Paip mengambil langkah segera dan sementara menggunakan paip tersebut dengan paip High Density Poythelene (HDPE) bersaiz 225mm bagi membekalkan air terawat di kawasan yang terputus bekalan air. "Banjir besar yang melanda daerah ini mengakibatkan gangguan bekalan air tetapi Paip Jerantut sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berlaku," katanya. Ahmad Ramzi berkata, pihaknya berterima kasih kepada anggota Skuadron Pahang Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD 60) dengan kerjasama Felda Agriculture kerana membantu dalam kerja pembaikan paip rosak itu. Menurutnya, seramai 20 anggota RAJD 60 membantu dalam kerja pembaikan itu bagi membolehkan kerja penyaluran air terawat dilakukan dengan pantas. "Bantuan yang dihulurkan mereka membolehkan pengguna dapat bekalan air dengan cepat kerana pastinya penggunaan air sangat diperlukan selepas banjir. "Dalam kejadian banjir lalu juga, Paip terpaksa hentikan operasi empat loji air iaitu di Kampung Bantal, Kuala Tahan, Jengka 8 dan di Sungai Tekam atas faktor keselamatan," katanya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved