ads

Sabtu, 25 Januari 2014

06 di jerantut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jerantut - Google Blog Search


Perniagaan Tempoyak, Kini Semakin Laris <b>Di Jerantut</b>

Posted: 22 Jan 2014 12:21 AM PST

JERANTUT - Tempoyak sinonim dengan masakan tradisional Melayu Pahang sejak dahulu lagi malah ia berpotensi menjadi perniagaan yang menguntungkan berikutan mendapat permintaan tinggi di pasaran. Pengusaha tempoyak kecil-kecilan, Aminah Mat Liki, 51, berkata, masyarakat yang tinggal di pesisiran Sungai Pahang, Sungai Tembeling dan Sungai Jelai, Lipis menggunakan tempoyak dalam masakan mahupun hidangan di restoran dan hotel. Menurutnya, dia yang tinggal di Kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling berdekatan Sungai Tembeling, dekat sini mengambil inisiatif menghasilkan tempoyak setiap kali musim durian di kebun miliknya. "Sebagai permulaan, saya menghasilkan tempoyak secara kecil-kecilan dan dijual kepada jiran. "Apabila jualan semakin laris, suami, Zulkefli Jamaluddin, 48, mencadangkan saya menghasilkan lebih banyak tempoyak secara komersial," katanya. Aminah berkata, dia mampu memproses 1,000 kilogram isi durian untuk dibuat tempoyak yang disimpan dalam peti sejuk besar. Katanya, dia memasarkan isi tempoyak seberat satu kilogram dengan harga RM10. "Setiap hari, saya mampu memperoleh RM50 hingga RM100," katanya ketika ditemui pihak media. #sumber

Ops Harga 2: Dua Peniaga Kena Tindakan <b>Di Jerantut</b>

Posted: 24 Jan 2014 08:07 AM PST

JERANTUT - Dua peniaga dikenakan tindakan undang-undang kerana melakukan kesalahan dalam Ops Harga 2.0 yang dijalankan oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Daerah Jerantut. Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Jerantut, Tan Siew Lin berkata, seorang peniaga dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana gagal meletakkan tanda harga bagi barang jualan jenis rempah-ratus. Menurutnya, seorang lagi dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 kerana menjual barangan kegunaan am iaitu tepung gandum Cap Kunci melebihi harga yang ditetapkan oleh kerajaan. "Kami dapati seorang peniaga menjual harga tepung gandum cap kunci melebihi harga iaitu RM1.50 berbanding yang ditetapkan iaitu RM1.35 satu kilogram. "Kami akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada peniaga yang cuba menaikkan harga barangan jualan terutama barangan kawalan," katanya ketika mengadakan operasi di Pasar Besar Jerantut, di sini semalam. Siew Lin berkata, peniaga perlu memaparkan tanda harga pada setiap barangan jualan serta menggunakan alat timbang yang sah sahaja. "Sekarang ini banyak peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati mereka dan kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan," ujarnya. Beliau memberitahu, pihaknya mengalu-alukan laporan daripada orang ramai bagi membolehkan tindakan diambil terhadap peniaga yang sengaja melakukan kesalahan bagi mengaut keuntungan berlebihan di kawasan Jerantut.  #sumber

Pahang Daily Online: Banjir: Beribu Kandas <b>Di</b> Jalan <b>Jerantut</b> <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2014 04:32 PM PST

JERANTUT  - Laluan Jerantut-Kuala Lipis ditutup kepada semua jenis kenderaan kerana dinaiki air sejak petang kelmarin. Keadaan itu menyebabkan beribu penduduk terputus hubungan kecuali menggunakan bot untuk urusan begitu penting. Tiga laluan lain pula hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja iaitu Pulau Tawar ke Durian Hijau, Jerantut-Kuala Tahan di Kampung Paya Garuk dan Jerantut- Maran berhampiran Simpang Jengka 8 di sini. Ketua Polis Daerah, Supritendan Azid Ismail berkata, semua pengguna yang melalui jalan tersebut diminta mematuhi arahan pihak berkuasa dan peka dengan papan tanda kawasan banjir. "Ada beberapa jalan di kawasan kampung turut dinaiki air iaitu Kampung Belukar di Kuala Tahan, Kampung Gintong dan Tembeling Tengah. "Pengguna jalan raya diingatkan tidak meredah jalan yang dinaiki air sesuka hati bagi mengelak perkara yang tidak diingini," katanya. Menurutnya, dua keluarga membabitkan 12 dewasa dan enam kanak-kanak telah dipindahkan di Kampung Paya Teh setelah rumah mereka dinaiki air. Katanya, Pusat Khidmat Operasi Banjir (PKOB) daerah masih belum beroperasi dan orang ramai diingatkan berjaga-jaga dan elakkan melakukan aktiviti di sungai kerana arus deras. Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jerantut Feri, Sabri Kamaludin memberitahu, air Sungai Jerantut di Kampung Paya Garuk di sini mula dinaiki air sejak petang semalam. "Air naik sedikit demi sedikit dan kini melimpahi ke jalan raya sehingga ke paras 0.5 meter dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja," katanya. Menurutnya, setakat ini belum ada mangsa dipindahkan namun pihaknya membuat persediaan sekiranya air semakin naik bagi memudahkan pergerakan ke pusat pemindahan di surau kampung itu. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved