ads

Jumaat, 31 Januari 2014

06 di lanchang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di lanchang - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di lanchang</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jan 2014 07:21 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di lanchang</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jan 2014 07:03 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Penduduk Gesa Sharkar Ubah Wajah Pekan <b>Lanchang</b>

Posted: 17 Dec 2013 12:24 AM PST

LANCHANG - Penduduk di sini menggesa pekan Lanchang diubah menjadi bandar baru yang lebih tersusun memandangkan keadaan sekarang yang tidak pernah berubah sejak lebih 50 tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Indah/Kenangan Abd Syukur Abd Wahab berkata, pekan Lanchang yang ada sekarang mundur dan tidak terancang dengan deretan kedai lama menjadi pemandangan utama pintu masuk ke kampung sekitarnya. Menurutnya, Lanchang dikenali sebagai kawasan pelancongan dengan adanya Deerland, Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) terbesar di Malaysia. "Kawasan ini menerima kehadiran 200,000 pelancong setiap tahun dan dijangka bertambah apabila kerajaan bangunkan satu lagi tarikan baru iaitu Lembah Harimau. "Sebab itu kami harap Datuk Mohd Sharkar (ADUN Lanchang) supaya ambil tindakan yang perlu untuk membangunkan bandar baru Lanchang," katanya. Sementara itu seorang penduduk Megat Rabuan berkata, sejak dia kecil lagi hingga sekarang Lanchang tidak banyak berubah khususnya deretan kedai lama yang masih berada di situ. 


Menurutnya, memang ada perubahan dari segi pembangunan tanah pertanian dan adanya kawasan pelancongan di Kuala Gandah tetapi pintu masuk utamanya tidak pernah berubah. "Inilah pekan Lanchang yang ada sejak saya kecil hinggalah sekarang, tidak ada perubahan terutama di kawasan kedai lama di sini, bangunan kayu ini adalah yang asal sejak lebih 50 tahun lalu," katanya. Sementara itu Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Temerloh Khairul Zaidi Daud berkata, kerajaan perlu memikiran pembangunan yang bersesuaian untuk membina sebuah bandar Lanchang yang lebih tersusun. Menurutnya, deretan kedai lama ini perlu diganti dengan bangunan baru supaya kawasan ini lebih ceria terutama pada sebelah malam. "Kami juga harap Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) mencari kaedah ceriakan pekan itu dengan tambahan landskap dan sebagainya," katanya. #sumber
Sungguh memalukan, lembu pun boleh ada atas jalan di Pekan Lanchang
Pekan Lanchang umpama "pekan koboi", kini tersisih dari pembangunan

[Apa yang didedahkan ini sungguh mengejutkan ramai pihak sebenarnya. Memang benar, Pekan Lanchang jauh ketinggalan daripada tempat-tempat lain di negeri Pahang ini sebenarnya. Bayangkan, ADUN Lanchang, Dato' Sharkar Shamsuddin adalah Timbalan Ketua UMNO Negeri Pahang dan merupakan salah seorang exco kanan kerajaan negeri, namun pusat tumpuan utama masyarakat disini gagal dibangunkan dengan baik. Hingga mereka yang mahu mengeluarkan wang pun gagal mencari bank di kawasan itu. Ini menyebabkan penduduk disini terpaksa mencari jalan lain untuk mengeluar atau menyimpan wang, termasuk ke bandar Temerloh atau Mentakab yang terletak agak jauh dari kawasan itu. Dengan kemudahan link keluar LPT dan banyaknya projek pelancongan sepatutnya wakil rakyat kawasan ini sedar dengan masalah yang menimpa rakyatnya. Kini, dikhabarkan Sharkar telah dilantik pula sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, maka tanggungjawab yang lebih besar pasti akan dipikul. Apapun, jangan lupakan rakyat di Lanchang yang amat dahaga pembangunan hendaknya. Rakyat Didahulukan!].

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved