ads

Sabtu, 11 Januari 2014

06 di rompin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di rompin - Google Blog Search


Pahang Daily Online: Tanaman &#39;Pertanian <b>Di Rompin</b>&#39; Rosak Akibat <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2014 05:41 PM PST

ROMPIN - Beberapa kebun dan ladang pertanian di sini membabitkan kawasan yang dilanda banjir seperti Kampung Jawa, Perkampungan Orang Asli Batu 8 dan Kampung Desa Murni dilaporkan terjejas berikutan tanaman mati dan dipenuhi semak. Bagaimanapun, belum ada angka rasmi jumlah petani yang terjejas bagi kawasan tersebut kerana laporan penuh masih dalam proses dan tempoh membuat aduan masih terbuka. Penolong Pegawai Pertanian Pejabat Pertanian Rompin, Shaharudin Ramli berkata, menurut surat yang diterima daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), tarikh tutup membuat aduan adalah 10 Januari ini. "Pihak Pejabat Pertanian Rompin ada menerima laporan kerosakan namun belum ada jumlah tepat petani yang terjejas. "Setakat ini tidak semua diluluskan kerana berpandukan syarat, tanah mesti ada geran dan jika tanah TOL (atau lesen menduduki sementara) kena tunjuk surat sebagai bukti. "Jika tanah disewa, petani perlu tunjukk salinan geran tanah yang disewa," katanya. Menurutnya, petani perlu mengisi borang dan perlu mengikut prosedur yang ditetapkan. "Selepas mengisi borang, ia perlu ditandatangani Ketua Kampung dan seterusnya disahkan Penghulu sebelum disemak Pegawai Pertanian daerah. "Setelah selesai semua peringkat tersebut, baru borang permohonan boleh dimajukan kepada Jabatan Pertanian negeri untuk tindakan lanjut," katanya. Dalam pada itu, menurut Shaharudin, hasil pemantauannya dapati keadaan sawah padi di kawasan yang dilanda banjir dilihat cantik hijau dan subur. "Setakat ini kita masih belum terima laporan kerosakan padi selepas kejadian banjir baru-baru ini," katanya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved