ads

Isnin, 13 Januari 2014

06 di temerloh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di temerloh - Google Blog Search


Tabung Masjid & Anak Yatim Kena Curi <b>Di Temerloh</b> - Pahang Daily <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2014 07:32 PM PST

TEMERLOH - Jemaah masjid Kampung Tebal dekat sini yang ingin menunaikan solat Subuh pagi semalam, terkejut apabila mendapati wang tabung masjid dan tabung anak yatim yang ditempatkan di situ dilarikan pencuri. Ahli Jawatankuasa Masjid Anuar Taha berkata, kejadian disedari ketika dia ingin memasukkan wang derma ke dalam tabung itu semasa solat Subuh pagi semalam. Menurutnya, semasa menghampiri tabung masjid dia melihat terdapat kesan umpil pada pintu besi tabung masjid dan tabung untuk anak-anak yatim. "Masa itu jemaah lain belum sampai, saya kemudian memaklumkan kejadian kepada jemaah lain dan imam masjid," katanya. Sementara itu, seorang lagi ahli jawatankuasa masjid Mohamad Sahan Mustafa berkata, kejadian itu bukanlah yang pertama berlaku kerana sebelum ini sudah beberapa kali duit tabung itu dilarikan. Menurutnya, pihak masjid telah menambah beberapa ciri-ciri keselamatan pada tabung masjid termasuk memasang dinding konkrit dan memasang jeriji besi untuk mengelak kejadian berulang. "Beberapa tahun lalu duit tabung ini dilarikan pencuri, kami jawatankuasa masjid telah memasang dinding konkrit dan jeriji besi, tapi kali ini berulang lagi. "Kami syak pencuri melakukan kerja terkutuk ini tengah malam semalam dengan memecahkan pintu tabung masjid dengan besi pengumpil. "Kedua-dua tabung masjid dan tabung anak yatim yang berisi wang kutipan derma jemaah pada minggu ini dilarikan, yang tinggal hanya beberapa keping dua syiling," katanya. Sementara itu Pengerusi Masjid Mohd Nasir Silong memaklumkan kejadian telah dilaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Dia berharap orang ramai bersama-sama menjaga keselamatan masjid dan melaporkan kepada jawatankuasa masjid atau pihak polis jika melihat sebarang tingkah laku individu yang mencurigakan di kawasan sekitar masjid itu. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved