ads

Selasa, 28 Januari 2014

di negeri pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pahang - Google Blog Search


<b>Pahang</b> Daily Online: Panas: NGO Angkara Gesa Kerajaan <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2014 04:54 PM PST

KUANTAN, 26 Jan - NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini meminta Kerajaan Negeri Pahang segerakan baik pulih jalan-jalan runtuh yang terdapat di seluruh negeri ini akibat banjir besar awal bulan lalu. Penyelaras Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) berkata, amatlah mengecewakan sekali apabila jalan-jalan yang menjadi laluan utama penduduk masih gagal dibaiki walau pun sudah hampir dua bulan berlalu. "Saya hairan, sebagai sebuah negeri yang diperintah oleh kerajaan Barisan  Nasional (BN) .. mereka terlalu lambat dan lembab untuk mendahulukan rakyat dalam isu sebegini. Walhal, umum mengetahui Perdana Menteri Malaysia sendiri berasal dari negeri Pahang. Peliknya, kenapa tidak diwujudkan hubungan dua hala yang lebih mantap antara Kerajaan Negeri Pahang dengan Kerajaan Pusat dalam usaha untuk memastikan kemudahan rakyat seperti ini lebih terjamin. Kenapa lambat bertindak, hingga boleh mengancam keselamatan rakyat?. Apakah kerajaan mahu tunggu sehingga ada rakyat yang menjadi korban, baru mahu bertindak. Mana pergi duit cukai bijih besi, balak, emas, tanah, ladang sawit dan sebagainya yang menjadi sumber kekayaan bumi Pahang selama ini?... Bila ditanya, jawapan yang diberika tak ada duit.. kerajaan tak ada duit... Ini bukan negeri pembangkang.. ini negeri BN.. kalau tak ada duit.. mohon peruntukan segera dari pusat.. bukan susah sangat.. lagi pun Dato' Najib orang Pahang.. apakah hubungan kerajaan negeri dan pusat bermasalah.. sampai benda kecik macam ni pun tak boleh nak cakna..Mereka tak faham ke jalan runtuh boleh membahayakan nyawa pengguna jalanraya?. Kenapa tutup mata dalam isu-isu rakyat sebegini?. Bukankah ini tanggungjawab kerajaan yang memerintah?. Nak tunggu bila lagi.. mahu bertindak agaknya?. Apakah rakyat perlu tunggu pilihanraya akan datang barulah isu-isu sebegini mahu diberi perhatian kerajaan?", kata Shukri. 
Jalan runtuh dekat Felda Sungai Nerek laluan Temerloh ke Bandar Jengka
Jalan runtuh dekat Felda Sungai Tekam Getah, laluan Jerantut ke Maran
Jalan runtuh di kawasan perumahan dekat Indera Mahkota, ada dua lokasi
Difahamkan, antara jalan-jalan runtuh yang masih gagal diperbaiki ialah di jalan Felda Sungai Nerek-Temerloh (Maran), jalan Jerantut-Maran dekat Felda Sg.Tekam Getah (Jerantut), jalan perumahan di Indera Mahkota (Kuantan) ada dua lokasi runtuhan dan banyak lagi. Sementara itu, Shukri juga tidak menolak kemungkinan Angkara akan turun padang untuk meninjau sendiri jalan-jalan berkenaan sekiranya masih gagal diperbaiki dalam masa terdekat ini. "Sikap sambil lewa dan acuh tidak acuh kerajaan ini amat dikesali.. mana pergi wakil rakyat yang dilantik?. Bila kami dedahkan barulah mereka semua ini terhegeh-hegeh tunjukkan muka, panggil media ambik gambar konon prihatin isu rakyat.. walhal mereka semua tidur lena atas bantal empuk sedangkan rakyat terpaksa menanggung derita dan berhadapan dengan bahaya sekiranya berlaku kemalangan di kawasan itu.. saya harap jalan-jalan ini segeralah diperbaiki.. malu kita.. sebab ini bukan negeri PAS, DAP atau PKR.. ini negeri BN.. yang menjadi mangsa juga orang-orang BN... Adakah nasib mereka hanya diberi perhatian masa pilihanraya sahaja.. lepas tu.. wakil rakyat biarkan suara mereka... Kami tak akan berkompromi dalam isu-isu rakyat.. kerana rakyat perlu didahulukan..bukan sekadar retorik semata-mata", dakwa beliau lagi.

[Rakyat Pahang kini tertanya-tanya mana perginya  Syarikat YP Maintenance Sdn Bhd yang dimiliki Johari Harun dan Syufina Yaakob yang pernah diheboohkan gara-gara baru daftar dua hari sudah dapat kontrak menyelenggara jalan seluruh negeri Pahang selama tujuh tahun itu. Apa yang mereka lakaukan agaknya. Isu jalan terus menghantui rakyat Pahang sedangkan syarikat terbabit mendapat peruntukan dana ratusan juta ringgit untuk tempoh kontrak selama tujuh tahun itu. Anehnya, selepas syarikat itu mengambil alih hal ehwal penyelenggaraan jalan seluruh Pahang, maka inilah hasil yang telah disajikan. Keadaan jalan menjadi semakin buruk dan amat memalukan. Menteri Besar Pahang harus bertanggungjawab kerana meluluskan kontrak berkenaan kepada sebuah syarikat yang ada kepentingan ahli keluarga dan proksinya. Rakyat mahu tahu, apakah yang telah dilakukan oleh syarikat yang tidak berpengalaman itu?. Jalan rakyat seluruh negeri Pahang kini semakin bermasalah dan memberi kesan kepada pengguna itu sendiri. Jika syarikat berkenaan gagal bertindak, maka batalkan saja kontrak yang berkenaan. Kembalikan kerja-kerja  jalan kepada kontraktor yang lebih berwibawa dan bertanggungjawab. Jangan biarkan rakyat menjadi mangsa atas kesilapan ini].

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved