ads

Selasa, 7 Januari 2014

di negeri pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pahang - Google Blog Search


<b>Pahang</b> Daily Online: Banjir <b>Di</b> Seluruh <b>Negeri Pahang</b> Kini <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2013 03:48 PM PST

KUANTAN - Keadaan banjir di Pahang semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan berkurangan kepada 2,657 setakat 4 petang semalam berbanding 2,806 orang pada 8 pagi semalam. Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa banjir daripada 661 keluarga itu ditempatkan di 27 pusat pemindahan membabitkan 28 kawasan di tiga daerah yang terjejas banjir. Jumlah tertinggi mangsa banjir masih direkodkan di daerah Pekan iaitu 1,879 orang daripada 470 keluarga yang ditempatkan di 21 pusat pemindahan berbanding 2,028 orang daripada 497 keluarga di 21 pusat pemindahan pada sebelah pagi. Di Kuantan masih kekal dengan 640 orang daripada 164 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan manakala Maran juga kekal dengan 138 orang daripada 27 keluarga di tiga pusat pemindahan. Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memberi amaran berikutan ramalan angin kencang dan laut bergelora dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter. Ramalan berkenaan berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur dan dijangka berterusan sehingga Ahad depan. Jabatan itu turut meramalkan ketiga-tiga kawasan itu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air bermula Rabu ini sehingga Isnin depan manakala keadaan laut bergelora dan berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. Sementara itu, Di Pahang, cuaca diramalkan ribut petir di satu dua tempat dan hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana sepanjang hari dalam tempoh seminggu bermula semalam. Kawasan perairan pula dijangkakan ribut petir manakala kelajuan angin dari 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ketinggian ombak dari 2.5 hingga 3.5 meter yang masih berbahaya kepada bot kecil. Tinjauan di beberapa pantai di sini juga mendapati bendera merah masih digantung sebagai amaran untuk sebarang aktiviti laut. Cuaca di daerah Kuantan pula juga diramalkan hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana sepanjang hari sehingga Jumaat manakala hujan di beberapa tempat pada waktu pagi dijangka pada hari Sabtu dan  Ahad ini. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved