ads

Rabu, 8 Januari 2014

di negeri pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pahang - Google Blog Search


kadar mas kahwin <b>negeri pahang</b> perlu dinaikkan. - Aku Anak <b>Pahang</b>

Posted: 20 Dec 2013 04:32 AM PST

Jika dibuat perbandingan kadar mas kahwin di antara negeri-negeri yang terdapat di Malaysia, Pahang diantara negeri yang terendah kadar mas kahwinya. Sewajarnya ianya di pertimbangkan dan dinaikkan kerana nilai RM22.50 hari ini amat jauh berbeza jika ingin dibanding pada zaman dahulu,  mungkin zaman sebelum merdeka lagi. Kalau dahulu RM 22.50 boleh beli berbagai perkara. Hari ini beras sekampit pun tak lepas.

Merujuk pada berita ini : PAS Pahang akan menghantar memorandum kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) bagi mempertimbangkan kadar mahar atau mas kahwin di negeri ini supaya dinaikkan.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, persoalan tersebut ditimbulkan dalam mesyuarat perhubungan semalam berikutan usul daripada PAS Kawasan Pekan.

"Kadar mas kahwin di Pahang ini terlalu murah iaitu RM22.50 dan tidak pernah naik-naik sejak zaman Jepun sedangkan jika kita lihat sepanjang tempoh itu semua barang telah naik.

"Pendirian PAS Pahang ialah kita akan angkat usul ini kepada Muip. Mas kahwin di Pahang ini terlalu rendah, banyak negeri dah naik. Cadangan dari Pekan kadar dicadangkan RM250.

"Tetapi PAS Pahang mahu Maip semak semula kadar tersebut kerana kita mahu lihat jumlah yang lebih munasabah dan adil. Harga minyak pun kerajaan semak tiga sekali tahun," katanya.- Sumber Berita

Kalau perkara lain mungkin di kaji dan disemak setahun 3-4 kali, apa salahnya mas kahwin ini dikaji semula. Khabarnya kadar mas kahwin di negari pahang tidak pernah naik sejak zaman Jepun? Gamaknya kalau setakat RM 250.00 tidak menjejaskan rakyat :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved