ads

Selasa, 11 Februari 2014

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


Memetik Strawberry <b>Di Cameron Highlands</b> ~ ciklaili.com

Posted: 03 Dec 2013 08:26 PM PST


Sebelum bermulanya cuti sekolah akhir tahun 2013, anak sulung kami (Amir) telah menyuarakan hasratnya untuk merasai kesejukan di Cameron Highlands. Memandangkan kami belum pernah membawa anak kedua (Amar) ke sana dan bagi memenuhi permintaan Amir, maka pada 25 November 2013 kami telah bercuti di Cameron Highlands selama 3 hari 2 malam. 
Kami jangkakan ramai pengunjung yang berada di Cameron Highlands memandangkan waktu kami ke sana merupakan waktu cuti sekolah tetapi jangkaan kami meleset. Mungkin juga kerana peristiwa banjir dan tanah runtuh yang berlaku di Cameron Highlands tidak berapa lama dulu menyebabkan tidak ramai pelancong luar yang berkunjung ke sini.
Tidak banyak tempat yang kami kunjungi semasa bercuti di Cameron Higlands kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan - hujan pada waktu pagi dan petang. Kami hanya singgah ke beberapa tempat sahaja seperti pasar malam Brinchang, Strawberry Farm, Taman Agroteknologi MARDI dan BOH' Tea Centre Sungai Palas. 
Aktiviti yang paling disukai anak-anak ialah memetik strawberry semasa berkunjung ke EQ Strawberry Farm dan menyusuri ladang teh semasa menaiki tangga menuju ke BOH' Tea Centre. Bayangkanlah anak kedua saya menaiki tangga dari bawah hingga sampai ke BOH' Tea Centre tanpa didukung. Kuat betul semangatnya nak sampai ke atas :)
Bergambar sebelum masuk ke Strawberry Farm
Amar tidak melepaskan peluang memetik strawberry
 Amir bersama buah strawberry yang dipetik & disusun
 Di hadapan Taman Agroteknologi MARDI

Gaya 2 beradik di hadapan BOH' Tea Centre 
* Ke mana pula destinasi percutian anda kali ni?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved