ads

Khamis, 13 Februari 2014

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


Macam Macam Ada: Pokok bunga Impatiens <b>di Cameron Highlands</b>

Posted: 04 Feb 2014 10:35 PM PST


Impatients : spesis tumbuhan herba genus impatients. Dinamakan sedemikian, sebab biji benihnya cepat pecah bila di sentuh  :P

Impatient: tak sabar / tergesa gesa / nak cepat aja.

Sakit itu ujian.
Ujian nak tengok tahap kesabaran.
Ujian nak kasi hapus dosa, naik darjat...kalau sabar.

Muhasabah untuk diri aku juga, kena bersabar bila di timpa ujian sakit.
Acap kali sangat jumpa patient yang tak sabar ni.

Batuk baru 2 hari, baru ambil ubat batuk 2 hari, terus expect nak terus sembuh batuk nya.
Hari ni sakit mata, di kasi ubat, lusa datang lagi mintak tukar ubat sebab mata masih merah, masih bengkak..padahal dah diberitahu sakit mata memang ambil masa 3-7 hari.

" Saya nak antibiotic power punya doc, nak cepat baik".
Bila permintaan antibiotic tak di layan ( sebab memang tak perlu pun), maka masam lah muka, muncung lah mulut.

Sabar..
Dah la di jalanraya tak tahu bersabar ( potong Q, cucuk kereta, double parking pasal tak sabar cari parking)..
Dah la di FB tak tahu sabar ( asyik meroyan, merintih, mencerca, menyumpah seranah)
Dah la di opis tak tahu sabar ( asyik hamun herdik orang bawahan, push orang nak cepat siap kerja)
Sekurang kurangnya...
Sabar lah bila sakit.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved