ads

Rabu, 12 Februari 2014

06 di chenor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di chenor - Google Blog Search


PDO News : Syabas: Pendedahan PDO "Isu Jalan Runtuh", Telah <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 29 Dec 2013 11:18 AM PST

MARAN, 30 Dis - Susulan pendedahan panas Pahang Daily Online (PDO) terhadap isu "Jalan Runtuh Bahayakan Nyawa Pengguna Jalanraya" di jalan utama dari Jengka ke Pekan Awah berhampiran kawasan Felda Sungai Nerek, difahamkan isu itu telah diambil tindakan serius oleh wakil rakyat kawasan berkenaan petang semalam. Artikel yang kami siarkan sekitar jam 11.00 pagi itu telah mendapat "respon yang cukup pantas" daripada wakil rakyat terbabit iaitu YB Arifin Ismail (topi merah), Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Chenor. Dalam satu kenyataan kepada PDO, wakil rakyat terbabit mendakwa beliau bersama Jurutera Daerah (JD) JKR Daerah Maran dan Roadcare telah melawat ke lokasi berkenaan sekitar jam 1.30 petang. Katanya, atas maklumat yang didedahkan beliau telah mendesak supaya kerja baik pulih jalan terbabit disegerakan. Pihak JKR katanya akan menyalurkan peruntukan segera seperti yang dipohon untuk kerja berkaitan demi keselamatan pengguna. PDO ucapkan syabas dan tahniah atas tindakan segera wakil rakyat berkenaan, walau pun sebelum ini dilaporkan beliau telah memaklumkan perkara itu kepada pihak terbabit. Apa yang jelas dapat dilihat di sini ialah, pihak yang bertanggungjawab harus bertindak segera selepas mendapat makluman dan arahan daripada wakil rakyat. Bukan menunggu hingga ada berlaku kemalangan baru mahu membuat tindakan. Mujurlah dalam kes ini, masih belum ada laporan kemalangan atau kecelakaan serius berlaku di lokasi kejadian. Semoga isu ini dapat dijadikan tauladan agar wakil rakyat perlu ada "follow up" dalam setiap arahan yang dikeluarkan kepada pihak berkenaan dimasa-masa akan datang. PDO

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved