ads

Selasa, 11 Februari 2014

06 di gebeng - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di gebeng - Google Blog Search


Penyelia Maut Ditikam <b>Di</b> Kawasan Perindustrian <b>Gebeng</b> | Jenayah

Posted: 08 Feb 2014 06:30 AM PST

alt

KUANTAN 8 Feb - Seorang penyelia sebuah syarikat kenderaan di kawasan perindustrian Gebeng, dekat sini, mati ditikam dalam kejadian dipercayai bermotifkan rompakan di tempat kerjanya, 2.20 pagi tadi.

Mangsa, Md Saipul Mizan Ibrahim,33, dari 31 Lorong Balok Sejahtera 12, Beserah, dekat sini, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Sebuah pacuan empat roda milik syarikat yang digunakan mangsa bersama dompetnya turut dilarikan dalam kejadian itu.

Difahamkan, dalam kejadian itu mangsa dikatakan berlari dari kawasan tempat letal kereta ke pondok pengawal untuk mendapatkan bantuan sebelum rebah berlumuran darah.

Pengawal keselamatan syarikat berkenaan yang menyaksikan kejadian itu kemudian menghubungi polis sebelum mangsa dibawa ke HTAA.

Siasatan awal mendapati mangsa mati akibat kecederaan parah dialaminya akibat ditikam tiga kali di mulut, dada dan bawah pusat.

 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved