ads

Jumaat, 28 Februari 2014

06 di jengka - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jengka - Google Blog Search


PAIP Kesan Ada Penyambungan Air Haram <b>Di</b> Wilayah <b>Jengka</b> <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2014 04:56 PM PST


JENGKA - Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) mengesan beberapa tindakan penyambungan haram dilakukan segelintir penduduk sekitar Wilayah Jengka bagi mendapatkan bekalan air percuma.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu dikesan ketika kerja penggantian paip lama dilakukan bagi menaik taraf sistem bekalan air di Felda Wilayah Jengka sejak April 2013.

Adun Jengka, Datuk Wan Salman Wan Ismail berkata, kerja pemasangan saluran paip ke rumah kediaman penduduk pula akan siap pada hujung Mac nanti.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan penduduk yang selama ini menggunakan air secara percuma bertahun lamanya agar segera mendaftar kemasukan air ke rumah sendiri sebelum April ini.

"Laporan daripada kontraktor terdapat banyak pemilik rumah tidak mendaftar bekalan air ke rumah sendiri, sebaliknya penyambungan tidak sah menggunakan meter dan akaun milik orang lain.

"Jika tidak berdaftar dengan Paip, mereka akan menghadapi masalah apabila proses memasang saluran paip baharu yang dilakukan kontraktor siap sepenuhnya bulan depan.

"Tindakan tidak bertanggungjawab melakukan penyambungan tidak sah turut menjejaskan kelancaran bekalan air sebelum ini," katanya.

Wan Salman berkata, Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukkan RM52 juta bagi menaik taraf sistem bekalan air di wilayah tersebut untuk mengatasi masalah dan keperluan air yang semakin meningkat berikutan pertambahan penduduk.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu, penduduk akan mengalami kekerapan gangguan bekalan air terutama ketika kerja pemasangan saluran paip ke rumah dilakukan.

"Pihak Paip turut menaik taraf loji bekalan air Batu Sawar dan Loji Jengka Utama seperti mencuci kelodak dan lumpur yang turut memakan masa," katanya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved