ads

Sabtu, 1 Februari 2014

06 di jerantut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jerantut - Google Blog Search


Banjir: Dua Laluan Utama <b>Di Jerantut</b> Masih Di Tutup

Posted: 09 Dec 2013 09:37 AM PST


JERANTUT, 10 Dis - Dua laluan utama di daerah ini masih ditutup kepada semua jenis kenderaan manakala tiga laluan hanya dibuka untuk kenderaan berat sahaja. Laluan yang masih ditutup ialah jalan Jerantut ke Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak dan Pulau Tawar ke Bukit Nikmat manakala laluan hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja di Kampung Paya Garuk, Kampung Paya Teh dan Kampung Sepial. Ketua Polis Daerah Jerantut, Supritendan Azid Ismail berkata, orang ramai perlu merancang perjalanan dengan baik supay tidak terkandas di laluan yang dinaiki air. "Mereka boleh mendapatkan maklumat mengenai jalan-jalan ditutup ini dengan menghubungi Pusat Khidmat Operasi Banjir (PKOB) daerah di talian 09-2661999," katanya di sini semalam. Menurutnya, paras air di sungai-sungai utama juga sudah menurun dengan bacaan di Kuala Tahan 62.4 meter manakala Sungai Yap 53 meter dan Kuala Tembeling 55.5 meter. Katanya, orang ramai juga boleh beritahu keadaan banjir di kawasan mereka dengan menghubungi PKOB. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved