ads

Selasa, 4 Februari 2014

06 di maran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di maran - Google Blog Search


KESOMBANGAN PEMIMPIN UMNO DALAM ISU BANJIR <b>DI MARAN</b>

Posted: 12 Dec 2013 08:41 PM PST


MARAN: Seorang petugas Unit Amal kesal dengan sikap Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Mutalib yang mempersoal Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof daripada bertemu mangsa banjir di sini semalam.

Mohd Sharif Abdullah yang bertugas mengiringi Siti Zailah bersama kira-kira 20 orang ahli rombongannya melawat mangsa banjir berkata, insiden tersebut berlaku di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Afzan, Chenor di sini.

Katanya, ketika rombongan mereka sampai di situ sudah ada Ismail yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia dan menjerkah kepadanya.

"Datuk Mail kata jangan ganggu program kita orang. Lalu saya jawab kami bawa YB Zailah ini untuk melawat mangsa banjir sambil bagi bantuan," katanya.

Menurut Sharif, Ismail selepas itu terus menghampiri rombongan tersebut lalu menyoal Zailah kenapa tidak telefon dahulu sebelum datang.

"Zailah jawab, tidak apalah saya datang nak lawat mangsa banjir rakyat Datuk, nanti Datuk boleh lawat rakyat kami pula.

"Kalau tak silap pendengaran saya Datuk Mail menjawab: tak pelah kitorang banyak bekalan," katanya.

Sharif berkata, Zailah hanya sempat berjabat tangan dengan beberapa orang mangsa di dewan itu sebelum berlalu pergi bagi menghormati tuan rumah yang seolah-olah tidak menerima kedatangan rombongan itu.

"Bagi saya insiden ini tidak sepatutnya berlaku sama sekali kerana membantu manusia yang dalam kesulitan ditimpa malapetaka tidak wajar melihatnya dengan kaca mata politik.

"Dulu ketika mangsa banjir bertarung nyawa kumpulan inilah yang tampil menyelamatkan mangsa sedangkan sesetengah pemimpin Umno masih berada dalam perhimpunan di Kuala Lumpur," jelasnya sedih.

Zailah semalam turun bersama Dewan Muslimat PAS menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Temerloh dan Maran.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved