ads

Isnin, 17 Februari 2014

06 di pekan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di pekan - Google Blog Search


PERLING PUTIH: Gambar Banjir <b>Di Pekan</b> Beaufort Februari 2014

Posted: 14 Feb 2014 09:23 PM PST


KOTA KINABALU - Lebih 3,000 mangsa banjir ditempatkan di 25 pusat pemindahan banjir di Tenom, Beaufort dan Keningau selepas perkampungan mereka dilanda dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak semalam.

Jurucakap bilik gerakan bencana daerah Tenom ketika dihubungi berkata, setakat ini sebanyak 2,606 mangsa banjir daripada 604 keluarga telah ditempatkan di 21 pusat pemindahan banjir di daerah berkenaan.


"Setakat ini, sebanyak 33 kampung di Tenom yang terjejas banjir," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Bacaan air di Sungai Padas ialah 179.22 meter dari paras laut melebihi paras bahaya 177.0 meter.

Keadaan hujan juga masih berterusan di Tenom.


Sementara itu, Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Sahid Othman ketika hubungi berkata, setakat ini lebih 700 mangsa banjir ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir di daerah berkenaan iaitu di Dewan Kampung Kukus, SMK Beaufort 3 dan Dewan Suasa.

Katanya paras Sungai Padas setakat ini ialah 9.98 meter melebihi paras bahaya iaitu 8.70 meter.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu memaklumkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Keningau ialah sebanyak 285 orang dengan 233 daripadanya ditempatkan di pusat pemindahan SK Pekan 2 manakala selebihnya tinggal di rumah keluarga. - Bernama




Kredit gambar: http://cheguzam.blogspot.com/#sthash.w49WJLUm.dpuf

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved