06 di pekan - Google Blog Search |
KedahLanie.info: Gambar Himpunan Derita Rakyat <b>di Pekan</b> Rabu Posted: 02 Feb 2014 03:25 AM PST |
Dua lelaki maut nahas <b>di Pekan</b> - The Borneo Post Online Posted: 20 Jan 2014 02:55 PM PST PEKAN: Dua lelaki maut selepas kenderaan yang dipandu masing-masing terbabit kemalangan di KM29 Jalan Pekan-Nenasi di sini, pagi semalam. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata nahas kira-kira jam 8.30 pagi itu membabitkan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan sebuah lori lima tan jenis Isuzu. "Pemandu pacuan empat roda Yeo Kee Wah, 29, dari Jalan Besar, Kuantan dan pemandu lori Mohd Nazir Mohd Yusoff, 36, yang berasal dari Kampung Baru, Batu 9 di sini, mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Mereka mati akibat cedera parah di kepala dan badan. Mayat mereka dihantar ke Hospital Pekan untuk dibedah siasat, katanya. Menurutnya siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda itu, yang dalam perjalanan ke Pekan, telah terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori itu. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Bernama To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from di pekan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan