ads

Sabtu, 8 Februari 2014

06 di pekan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di pekan - Google Blog Search


Masyarakat Cina <b>di pekan</b> Machan turut meraikan Tahun Baharu <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2014 08:13 AM PST

SIBU: Seperti rakan mereka yang tinggal di kawasan bandar, sekumpulan masyarakat Cina di pekan Machan, kira-kira 30 minit perjalanan dari bandar Kanowit turut tidak ketinggalan meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.

Tinjuaun Utusan Borneo ke pekan itu, mendapati sambutan TBC di pekan kecil itu tidak ubah seperti majlis kunjung-mengunjungi yang diamalkan di bandar-bandar besar seperti di Sibu.

Pengerusi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Bahagian Machan Kaunselor Leong Kheing Hee berkata kemeriahan menyambut Tahun Baharu Cina adalah melalui tradisi kunjung-mengunjungi.

Ini kerana amalan tersebut memperkuatkan semangat muhibah dan mengeratkan hubungan antara kaum.

"Amalan kunjung-mengunjungi tidak hanya diamalkan pada sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

"Ia juga diamalkan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri, Gawai Dayak dan Hari Krismas," katanya ketika ditemui di pekan Machan sini.

Sementara itu, seorang ahli perniagaan di Machan, Ling Ting Kong memberitahu bahawa pada hari pertama sambutan TBC beliau dan isteri lebih suka berada di rumah sahaja bersama anak dan cucu.

Selain itu, beliau mengadakan rumah terbuka untuk ahli-ahli keluarga serta rakan-rakan yang tinggal di sekitar Machan.

"Di Machan, masyarakat Cina merupakan kaum minoriti.

"Tetapi, kami tidak merasakan diri kami sebagai kaum kecil kerana kami serta kaum lain di sini sudah seperti satu keluarga," jelasnya.

Sementara itu, bekas Ahli Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Teo Boon Siew memberitahu bahawa sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini amat bermakna buat beliau dan keluarganya.

"Ini berikutan pelantikan anak lelaki saya, Teo Ming Lung sebagai ahli majlis MPS baru-baru ini.

"Tidak seperti tahun lalu, perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini lebih bermakna berikutan pelantikan anak lelaki saya sebagai kaunselor MPS.

"Keceriaan itu semakin bertambah apabila seorang lagi anak lelaki saya, Teo Ming Ho berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang guaman," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved