ads

Khamis, 13 Februari 2014

06 di raub - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di raub - Google Blog Search


PDO News : Warga Emas Di Tipu Ejen Pembantu Rumah <b>Di Raub</b>

Posted: 09 Feb 2014 07:50 PM PST


RAUB - Hasrat seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50an untuk mengambil pembantu rumah yang mempunyai permit sah buat ibu mertuanya tidak kesampaian apabila di tipu ejen.

Dia telah kerugian sebanyak RM7,500 hanya untuk mendapatkan seorang pembantu rumah tanpa permit dari Indonesia.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, mangsa yang merupakan pekerja swasta dan menetap di Selangor mengenali suspek yang berusia lingkungan 30 melalui laman sosial Facebook.

"Suspek memperkenalkan diri sebagai ejen pembantu rumah dan menawarkan diri untuk membantu mangsa mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia.

"Keesokannya, mangsa menemui suspek di rumah ibu mertuanya dan suspek turut membawa seorang pembantu rumah Indonesia tanpa sebarang pasport dan permit kerja," katanya.

Tambahnya, mangsa dimaklumkan ketika ditanya mengenai pasport dan permit kerja, suspek memberi alasan akan memberikannya kemudian selepas selesai urusan dokumentasi.

"Sebaik membuat bayaran bernilai RM3,000, suspek meninggalkan pembantu rumah Indonesia tanpa sebarang pasport dan permit kerja kepada mangsa.

"Sekitar 10 hari kemudian, suspek menghubungi mangsa untuk meminta bayaran baki sebanyak RM4,500. Bayaran dibuat di sebuah kedai makan di Shah Alam, Selangor," katanya.

Katanya, meskipun bayaran telah selesai dibuat, namun mangsa masih belum menerima sebarang dokumen perjalanan dan permit kerja pembantu rumah terbabit.

"Mangsa kemudiannya berulang kali cuba menghubungi suspek bagi mendapatkan status dokumen perjalanan dan permit kerja pembantu rumahnya, namun gagal. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis kerana merasakan dirinya telah ditipu suspek," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Beliau dalam pada itu menasihatkan masyarakat agar menjadikan kejadian sebegini sebagai satu pengajaran buat mereka.

"Sekiranya mahu mencari pembantu rumah, pastikan ia didapatkan dari ejen-ejen yang sah sahaja. Menggaji pekerja asing tanpa dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah merupakan satu kesalahan.

"Seeloknya cuba dapatkan pembantu rumah dalam kalangan warga tempatan bagi mengelakkan diri dari ditipu ejen pembantu rumah," katanya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved