ads

Rabu, 12 Februari 2014

06 di rompin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di rompin - Google Blog Search


Polis Tahan Enam Lelaki Gali Kubur Orang Asli <b>Di Rompin</b>

Posted: 09 Feb 2014 02:03 AM PST

ROMPIN: Polis menahan enam lelaki termasuk remaja 14 tahun kerana menggali sebuah kubur Orang Asli di Kampung Deraman, Batu 3, Kuala Rompin di sini dipercayai untuk tujuan perubatan.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata polis yang dimaklumkan kejadian itu oleh penduduk kampung berkenaan, menahan mereka kira-kira 9.30 malam Sabtu.

"Siasatan awal mendapati seorang suspek berada dalam senarai dikehendaki dan seorang lagi suspek mempunyai rekod jenayah. Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh tanah perkuburan," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.
Beliau berkata suspek mengaku menggali kubur itu untuk mengambil tulang orang mati bagi tujuan perubatan.

Sementara itu, seorang penduduk Tan Din, 39, berkata beliau menyedari kejadian itu ketika pulang ke rumahnya selepas menghadiri mesyuarat bersama ketua kampung kira-kira 9 malam.
"Saya curiga apabila melihat ada cahaya lampu suluh di dalam kawasan perkuburan dan sebuah kereta diletakkan di tepi jalan berhampiran kawasan itu.

"Ketika bertanya kepada tiga orang yang berada berhampiran kereta itu, mereka memberi alasan kereta itu mempunyai masalah enjin," katanya.

Curiga dengan jawapan diberikan, beliau memaklumkan perkara itu kepada Tok Batin Kampung Deraman, Atan Abdul Rahman, 54, yang kemudian terus melapor kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Deraman, Rosman Sulong, 39.
Rosman berkata beliau bersama penduduk kampung lain pergi ke kawasan itu dan mendapat tiga lelaki sedang menggali kubur berkenaan. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved