ads

Jumaat, 28 Februari 2014

06 di temerloh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di temerloh - Google Blog Search


Polis Berjaya Tumpaskan "Geng Pecah Kereta" <b>Di Temerloh</b> ~ PDO <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2014 09:22 PM PST


TEMERLOH – Polis berjaya menumpaskan Geng Along yang aktif melakukan jenayah pecah kereta dan melarikan barangan berharga hasil serbuan ke atas sebuah rumah sewa dan menahan tiga lelaki dan seorang wanita pada 23 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kumpulan terbabit yang aktif melakukan jenayah itu sejak hujung tahun lalu dan awal tahun ini ditangkap ketika sedang khayal menghisap dadah di sebuah rumah dekat Kampung Megat Segama di sini.

Menurutnya, kumpulan terbabit yang mengaku melakukan 30 kes pecah kereta telah menyebabkan kerugian sekitar RM60,000 dengan melarikan komputer riba, barangan kemas dan pelbagai barangan berharga lain.

"Tiga lelaki berusia 24 hingga 29 tahun dan seorang wanita berusia 23 tahun ditahan dalam serbuan tersebut ketika mereka sedang menghisap dadah di bahagian dapur rumah sewa terbabit.

"Modus operandi geng ini ialah dengan menyasarkan kereta yang diletakkan di bahu jalan ketika pemiliknya menghadiri majlis perkahwinan, geng ini akan memecahkan cermin kereta dengan membaling serpihan palam pencucuh kenderaan ke cermin kereta dan mengambil barangan berharga," katanya kepada media dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh semalam.

Abdul Aziz berkata, kesemua tertuduh telah didakwa di Mahkamah pada Rabu lalu dengan ketua kumpulan terbabit yang berasal dari Felda Jengka 13 didakwa atas lapan pertuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, dua lagi rakannya yang berasal dari Felda Bukit Damar dan Kampung Megat Segama masing-masing menghadapi dua dan satu pertuduhan di bawah seksyen yang sama dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, seorang lagi wanita yang ditahan iaitu ahli geng terbabit berdepan enam pertuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dengan setiap pertuduhan tertuduh boleh dihukum hingga tujuh tahun.

"Polis juga telah menyerahkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah untuk sebarang tindakan di bawah akta syariah terhadap salah seorang ahli kumpulan terbabit yang dipercayai tinggal bersama wanita yang ditahan," katanya.

Abdul Aziz berkata, dengan tertangkapnya kesemua ahli kumpulan terbabit, polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes pecah kereta dan melarikan barang berharga yang berlaku di bandar Temerloh dan Mentakab bermula hujung tahun lalu hingga awal tahun ini.

Menurutnya, dalam serbuan terbabit polis juga berjaya menemui pelbagai jenis barangan dipercayai hasil curi antaranya telefon bimbit, cincin dan beg-beg tangan mangsa. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved