ads

Selasa, 18 Mac 2014

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


~ TaM@n D&#39;ziKr@ ~: Beristirehat <b>di Bukit Tinggi</b> Berjaya Hills Pahang

Posted: 11 Mar 2014 01:29 AM PDT

Unplanned holiday di Bukit Tinggi Pahang merupakan percutian last minit yang memang tidak terlintas diminda Cik Fazz and The Gang. Plan asal adalah untuk melawat Zoo Negara. Disebabkan terkejut mendengar harga tiket Zoo Negara yang agak mahal dan lari bajet, kami telah menukar plan disaat-saat akhir. Maka, akhirnya kami mengambil keputusan untuk pergi menenangkan fikiran di pusat peranginan Bukit Tinggi Berjaya Hills, Pahang…
Jarak perjalanan ke Bukit Tinggi yang sepatutnya mengambil masa dalam 45 minit sahaja untuk sampai ke sana, bertambah menjadi sejam lebih.  Hal ini kerana, kami sudah terlajak memasuki lorong untuk ke Bukit Tinggi. Perkara ini terjadi kerana kami keliru dengan signboard yang menunjukkan kawasan Bukit Tinggi tersebut. Sebab,  signboard kat situ memaparkan Bejaya Resort dan bukannya Bukit Tinggi. Tak haru kami dibuatnya.. sudah la Cik Fazz ni tak pernah pergi Bukit Tinggi tu… manalah tahu memang signboard untuk ke Bukit Tinggi adalah Berjaya Resort… So kawan-kawan, kalau nak ke Bukit Tinggi, anda semua kena cari signboard Berjaya Resort ya… Jangan jadi macam Cik Fazz pulak, terlajak sampai ke bandar Pahang…
Ok, setelah mengharungi keadaan jalan yang agak mencabar, akhirnya kami semua sampai ke tempat yang dituju…. Dengan membayar RM12.00 seorang, dan memakirkan kereta dibangunan yang disediakan, kami memulakan pengembaraan kami di dalam kawasan percutian hebat ini…
Destinati pertama yang kami lawati adalah, bangunan Colmar Tropical. Tempat istirehat bertemakan keunikan gaya Perancis ini berkeluasan di atas 80 ekar hutan hujan tropika yang menghijau. Cik Fazz memang teringin nak datang ke sini sebab Cik Fazz kagum dengan ciri reka bentuk hotel berinspirasikan Colmar Village di Alsace, Perancis pada abad ke-16. Jauh tu kalau nak pergi Perancis oi…. Bangunan ini memang copy&paste reka bentuk bangunan dekat  Negara Eropah sana tu. Kami berpeluang menikmati pelbagai kemudahan unik yang disediakan, antaranya termasuklah jambatan jongket, replika angsa, dan menara jam cuckoo mirip Menara Riquewhir di Perancis. Di halaman resort pula, turut disediakan dengan ruang makan untuk menjamu selera dengan kepelbagaian himpunan sajian antarabangsa. Pada sesiapa yang gemar mencuba makan luar negara, boleh la mencuba di sini tanpa perlu pergi ke luar Negara. Colmar Tropicale Berjaya Hills merupakan penginapan sempurna bagi sesiapa yang mencari suasana yang berlainan dengan penginapan yang selesa dan kemudahan yang menakjubkan. First class gitu…
Destinasi kedua kami pula adalah Taman Bunga. Kalau tak silap Cik Fazz, nama taman itu adalah Botanical Gardens kot. Menjejakkan kaki di taman ini, mata Cik Fazz and The Gang dihamparkan dengan pemandangan yang sangat cantik dengan bertemakan suasana taman bunga di dalam hutan. Cik Fazz sendiri pun tak larat nak melawat seluruh kawasan. Kerana kawasan ini sungguh luas dan perlu melalui jalan khas yang disediakan. Oleh kerana Cik Fazz tak ada stamina, memang tak larat la nak menuruni bukit. Sudah la kena turun bukit, nak naik a.k.a mendaki bukit lagi la Cik Fazz tak larat… hehehe Pada sesiapa yang gemar akan bunga-bungaan, boleh la melawat ke taman bunga ini. Memang mempesona bunga-bunga yang ditanam di sini… sungguh unik..
Seterusnya, Cik Fazz and The Gang meneruskan lawatan kami ke Japanese Village yang terletak berhadapan Botanical Gardens. Di dalam perkampungan ini, kita akan dapat melihat rumah-rumah Jepun yang unik, sungai yang cantik serta beberapa suasana seperti yang digambarkan di negara Jepun itu sendiri. Di dalam salah sebuah rumah Jepun tersebut, terdapat juga khidmat menyewa pakaian Jepun iaitu Kimono yang boleh disewa dengan harga RM20.00 kalau tak silap Cik Fazz. Turut dijual adalah teh hijau Jepun pada harga RM15.00. Suasana di Japanese Village ni buat Cik Fazz rasa macam nak tinggal terus je dekat situ… hehehe Suasana yang sangat nyaman dan mendamaikan kalbu Cik Fazz tao… terbaiklah!!!
Cukuplah sekadar sampai di sini saja la cerita Cik Fazz. Kita jumpa lain cerita lagi ye kengkawan…
Gambar untuk tatapan rakan-rakan....










0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved