ads

Khamis, 6 Mac 2014

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


Lelaki Ditahan Bersama 370 Biji Pil Kuda <b>Di Cameron Highlands</b> <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2014 08:00 PM PST

gambar hiasan:-

gambar hiasan:-

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah ditahan polis bersama 370 biji pil kuda di rumah sewanya di Jalan Air Kolam,Brinchang, Cameron Highlands, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Serbuan pada 8 pagi itu dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands.

Katanya lelaki berusia 28 tahun itu yang berasal dari Kota Baharu, Kelantan dikatakan cuba melarikan diri namun gagal apabila dikepung.

"Suspek yang bekerja di sebuah hotel berada di dalam rumahnya sendirian dan pemeriksaan polis menemui pil kuda tersebut di dalam beg silang yang disembunyikan di bawah tilam di bilik tidurnya," katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek mendapat bekalan dadah yang dianggarkan bernilai RM11,000 itu dari negeri jiran sebelum diedarkan kepada penagih di Cameron Highlands.

Wan Mohd Zahari berkata hasil ujian air kencing ke atas suspek mendapati diapositif dadah jenis Methamphetamine serta Amphetamine Type Stimulants (ATS).

Menurutnya lelaki terbabit kini direman di lokap Balai Polis Cameron Highlands selama dua minggu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-BERNAMA

Cinta Bertaut <b>Di Cameron Highlands</b> ~ Kisah Seorang Lobam

Posted: 12 Jan 2014 05:01 AM PST

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas nikmat kesihatan yang tidak bertepi. Kasih sayang dah rahmat Allah membolehkan kita hidup di dunia ini secara percuma.
Syukur kepada Allah apabila diberi kesempatan untuk menghabiskan masa hujung minggu bersama ahli keluarga. Kasihan kepada anak-anak dan isteri apabila ditinggalkan semasa cuti sekolah yang lalu. Kebetulan study week dan peperiksaan semester USIM berlangsung pada Disember menyebakan anak-anak dan isteri sedikit terabai.
Jika mengikut cadangan asal kami akan terbang ke Kota Kinabalu tetapi atas sebab-sebab tertentu terpaksa ditukar ke Cameron Highlands sahaja. Percutian kali ini kami bersama emak dan ayah serta empat beradik bersama pasangan masing-masing.
Cameron Highlands bukanlah sesuatu yang baru bagi kami. Malah sepanjang hampir 7 tahun perkahwinan kami, sudah banyak kali Cameron Highlands kami jejaki. Setiap kali trip pasti ada ceritanya tersendiri.
Cameron Highlands juga merupakan antara tempat berbulan madu kami. Kali ini kami datang lagi sebelum ahli keluarga bertambah pada April nanti insya-Allah.
Kali ini kami memilih untuk menginap di inap desa (homestay). Pilihan kami ialah RZ Lodge yang terletak di Kampung Taman Sedia Tanah Rata. Pemilik RZ Lodge ini juga merupakan pengusaha YZ Strawberry Farm and Cafe yang terletak lebih kurang 100 meter dari inap desa tersebut.
Di YZ Strawberry Farm and Cafe anda boleh menikmati strawberry coklat yang popular di Cameron Highlands. Harganya juga berpatutan.
Inap desa ini tidaklah segah inap desa yang bertaraf 3 bintang dan sebagainya. Hanya sebuah rumah kayu yang mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air yang selesa tetapi mempunyai kemudahan televisyen dengan langganan Astro, dapur memasak dan yang lebih menarik lagi rumah ini boleh memuatkan sehingga 15 - 20 orang pada satu masa. Pasti anda dapat bayangkan bagaimana besarnya rumah ini. RZ Lodge juga menyediakan peralatan bbq
Kami tidak melepaskan peluang menggunakan kemudahan bbq yang disediakan. Seronok rasanya bila kami adik beradik dapat berkumpul bersama. Kesibukan masing-masing membataskan kami untuk berlibur bersama.

Saya kira, Cameron tetap sama seperti dulu. Pasar Malam yang terletak di Brinchang, Kea Farm, ladang teh Cameron Valley, nursery dan ladang-ladang strawberry pasti menjadi lokasi wajib apabila sampai di sini. 
Kali ini kami singgah di taman rama-rama yang terletak di Kea Farm. Pengunjung dikenakan bayaran RM 5 untuk dewasa dan RM 2 untuk kanak-kanak sebagai bayaran masuk. Bagi saya, tiada apa yang menarik di taman rama-rama ini. Apa yang saya bayangkan ialah anak-anak akan berlari-lari gembira mengejar rama-rama dan dapat mengambil gambar bersama. Tetapi apa yang terjadi tidak seperti yang saya fikirkan.
Mujur trip kami kali ini tidak ditemani sang hujan. Jika tidak hujan pon kami sudah seperti angkasawan dengan pakaian yang berlapis-lapis inikan pula jika hujan membasahi bumi.
Konklusinya, trip kali ini benar-benar mengingatkan kami kembali saat-saat cinta kami bertaut di Cameron Highlands.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved