ads

Sabtu, 15 Mac 2014

06 di chini - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di chini - Google Blog Search


Sudut Pandanganku: Induction <b>di</b> Tasik <b>Chini</b>

Posted: 09 Feb 2014 09:09 PM PST

bismillahirrahmanirrahim..

Induction IPhA kembali lagi...!!!

#macamsekolahpulakbunyinya

Ini merupakan induction kali kedua utuk aku berada dalam komuniti IPhA. Cuma bezanya ialah kali ni aku bukanlah office bearers seperti sebelum ini. Tapi tak mengapa. Aku join je apa2 aktiviti yang ada.. =)

Induction kali ni kami pergi ke Tasik Chini. Tujuannya ialah nak mencari naga. #haha First time aku pergi ke tasik ni. Sebelum ni hanya pernah dengar saje, tapi tak pernah pergi pon. Anyway, best tempat ni. Nak kata lawa.. hmm.. Personally, bagi aku tasik ni biasa2 je. Tapi kalau tempat nak ponder about Allah's creation, this is the right place.

Program 2 hari 1 malam. Tidur kat dorm. Not bad. Ada jugak a few chalets kat situ. Oh ye. Kem PLKN pun ada kat sini. So pagi2 boleh la dengar macam bunyi cikgu2 kat sekolah buat announcement. #hehe


Kat sini, kami berkayak. ok. Ni first time ever aku berkayak. Cuak boh. Cuak dengan air dalam. Buatnya terbalik kayak tu, masuk perut naga la jawabnya. haha. Sorry. Takde gambar kayak kat sini. T.T

Gambar2 kat bawah ni pulak on the DAY 2 punya aktiviti. Ada boat trip ke Kampung Cendahan, iaitu perkampungan orang asli. Boleh tahan jugak orang asli kat sini. Aku ingat kampung2 macam ni agak primitif dari segi fasilitinya. Tapi tak. Siap ada peti ais lagi.. Mampu..??!! haha





Tempat yang tenang, tak banyak pencemaran. Nice. Berkenalan dengan orang baru. Jumpa orang asli. Night walking (night walk ni aku tak prefer sangat walaupun lain dari yang lain. huhu). Overall, nice trip. Memandangkan awal2 semester ni free, so jalan sakan la.. haha


Nampak abang bot belakang tu..? Drifter tu.. haha. Nak terbalik bot aku dia bawak. Tapi seriously best. Terbaik la dia. 


Ni Muhammad. Anak orang asli. Dia kata umur dia 4 tahun dan dah bersekolah katanya. Tapi bila ada orang lain tanya, dia kata dia darjah 3. haha. Kene troll gitu je. Dia cakap dia bangun bila ayam berkokok waktu pagi2 buta. Pergi sekolah pukul 5. Balik malam. Naik bot je ke jeti. Mandi air tasik. Dia tahu pasal Islam. Tapi bila tanya pasal solat tak, dia macam sengih2. hmm..
Apa2 pon, sempat lagi la aku ajar dia Bismillah. Harap2 dia akan ingat. huhu.
Tu je rasanya tulisan rigkas aku pasal Induction ni. Bila pikir2 balik, tak rugi aku tolak tawaran orang yang ajak aku pergi induction ni. hehe..
notakaki: Kata2 paling hikmat bila pergi night walking tu, "Hutan ni tak gelap. Hati kita..". Terngiang-ngiang lagi.. =)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved