ads

Sabtu, 8 Mac 2014

06 di gebeng - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di gebeng - Google Blog Search


hutan bakau <b>di gebeng</b>, kuantan terbakar (terkini-2) - portal pahangku

Posted: 05 Mar 2014 05:18 AM PST

Kuantan - Terdapat kekeliruan maklumat atau sengaja disalah maklumkan mengenai kebakaran yang berlaku di hutan bakau di Gebeng siang tadi.
Crew kami menghubungi Balai Bomba Gebeng dan berhubung dengan Tuan Anwar dan Tuan Nazidi untuk mendapatkan pengesahan bagi menyelesaikan kekeliruan tersebut.
Menurut Tuan Nazidi, kenyataan beberapa media yang melaporkan bahawa kebakaran merebak sehingga ke Kg. Palas adalah tidak benar sama sekali. Namun beliau mengesahkan bahawa kebakaran memang berlaku di Kg. Palas, Cherating pada 3 hari lalu tetapi ianya bukanlah merebak dari kebakaran di Gebeng siang tadi. Ianya adalah kes kebakaran yang berasaingan.
Tuan Nazidi juga memaklumkan bahawa kebakaran di Kg. Palas sudah pun dipadamkan dan tidak timbul lagi isu mengenainya.
Bercakap mengenai kebakaran di Gebeng, beliau menyatakan bahawa jumlah anggota yang masih bertugas adalah seramai 30 orang dan mereka adalah dari Balai Bomba Gebeng dan Inderamahkota. Anggota akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan memantau keadaan dalam masa 24 jam.
Keadaan juga dilaporkan terkawal kerana jalan raya dapat bertindak sebagai penampan dari kebakaran merebak ke kawasan lain disekitar. Menurut beliau lagi hanya kira-kira 5-10 ekar sahaja lagi kawasan yang apinya belum benar-benar dimana masih ada bara api yang menyala.
Keadaan angin yang bertiup agak kencang juga sememangnya menyukarkan kerja-kerja memadam kebakaran tersebut.

Berita Pahang: (GAMBAR) Kebakaran Hutan Bakau <b>Di Gebeng</b>

Posted: 05 Mar 2014 01:31 AM PST

KUANTAN -  Berikutan cuaca panas yang melanda seluruh Negara pada ketika ini, satu kejadian kebakaran Hutan Bakau di Gebeng dilaporkan berlaku sejak petang semalam.

Biarpun kebakaran tersebut sedikit reda malam semalam, namun ianya kembali merebak hari ini dan dilihat mula menghampiri kawasan perindustrian Gebeng.

Namun walaubagaimana pun, anggota keselamatan Bomba dan Penyelamat sedang bertungkus lumus mengawal kebakaran tersebut dari memasuki kawasan perindustrian yang berhampiran.

Status terkini, asap tebal mula kelihatan menyelubungi sekitar kawasan sehingga ke kawasan Laluan Pintas diantara Gebeng dan Sungai Ular.

Dari makluman pihak keselamatan Bomba dan Penyelamat, keadaan bertambah rumit dengan adanya angin kencang yang bertiup dari arah laut. 

Perkembangan seterusnya akan menyusul.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved