ads

Jumaat, 21 Mac 2014

06 di janda baik - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di janda baik - Google Blog Search


CATATAN SI MERAH SILU: Gerak 33 dan rehat <b>di Janda Baik</b>

Posted: 17 Mar 2014 11:35 AM PDT

OK. Terlebih dahulu biar diberitahu, sebelum dapat menulis cerita ini saya telah melepaskan dahulu 3 cerita kecil di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Inilah pautannya :-
Hampir seminggu lalu, ketika singgah di sebuah restoran untuk sarapan saya mendapati meter bawah motosikal menunjukkan nombor 333.3. Sebelum itu saya telah mengisi minyak di stesyen berdekatan lalu dipulangkan duit sebanyak RM33. Ini membuat saya tergerak untuk mencari apakah artikel ke-33 di setiap blogspot saya.
Blogspot seterusnya adalah CATATAN SI MERAH SILU iaitu blogspot ini. Artikel ke-33nya adalah Dokumen Syaitan! Bahagian terakhir "Agenda Yahudi dan Media". Ketika itu malah hingga kini dunia sedang sibuk dengan kes kehilangan pesawat MH370. Saya anggap ini sebagai petunjuk, jangan percaya sangat apa yang disajikan oleh media. Sesungguhnya satu permainan jahat Yahudi Zionis sedang berlaku untuk menghalalkan sesuatu sepertimana runtuhnya menara berkembar World Trade Centre di New York 11 September 2001 menjadi asbab untuk menghalalkan serangan Barat ke atas beberapa negara Islam dengan alasan mahu membanteras pengganas.

Petang Sabtu lepas saya dan isteri pun bertolak ke sana.


Singgah di sebuah kedai makan untuk menikmati satu hidangan kegemaran, nasi dengan sup tulang.

Tidak lama kemudian hujan turun dengan lebatnya.


Kelihatan kereta beratur panjang. Rupa-rupanya ada pokok tumbang.

Setelah beberapa lama sampailah ke destinasi utama yang hendak dituju, rumah penulis politik terkenal S. H. Alattas atau Pak Habib.

Beliau yang merupakan bapa angkat saya memiliki beberapa buah rumah dalam kawasan taman seluas 8 ekar.

Saya pernah menumpang di sini juga di pejabatnya di Kuala Lumpur 2003-2005 sambil menolong beliau menyiapkan beberapa buku. Namun selepas keluar pertengahan 2005 saya tidak pernah lagi tidur di sini, setakat datang untuk melawat dan melihat taman.

Kali ini terasa ingin sangat untuk bermalam di rumah beliau akibat artikel ke-33 yang bertajuk Janda Baik tempat rehatku (Janda Baik my resting place). Kebetulan selain dapat berjumpa Pak Habib yang sekali sekala sahaja datang ke sini, seorang anak kandungnya juga ada. Anak kandung tersebut, Syed Fuad memberitahu ada terbaca di Facebook tentang hasrat saya mahu ke Janda Baik dalam masa terdekat. Cuma beliau tak sangka saya akan ke rumah ini.

Alhamdulillah Pak Habib membenarkan saya bermalam lalu memberikan sebuah rumah 2 bilik di tepi sungai.

Rumah itu berdiri di atas tapak sebuah pondok yang sering menjadi tempat saya berbaring-baring seorang diri ketika menumpang 9 tahun lalu. Kelihatan gambar kami anak beranak di bahagian serambi rumah betul-betul di tepian sungai keesokan harinya. Di serambi itulah kami bermalam diulit alunan arus deras juga bunyi deraian hujan.
Artikel ini tercetus akibat apa yang saya panggil sebagai 'gerak 33'. Seperti kebiasaan menurut gerak tentu akan muncul suatu hikmah nanti. Artikel ke-33 di blogspot seterusnya milik saya, BERPETUALANG KE ACEH pula bertajuk Endurance 2. Ia memaparkan satu artikel lama tentang sukan berkuda yang ditulis semasa berkhidmat sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times. Entah apalah kena-mengena semua ini. Semoga diberi pencerahan tidak lama lagi. Selamat malam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved