ads

Rabu, 5 Mac 2014

06 di janda baik - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di janda baik - Google Blog Search


Bila berkelah <b>di janda baik</b> | muka.kosong

Posted: 01 Mar 2014 06:30 AM PST

Skang ni dah masuk mac 2014.
Usahlah dikenang bila last aku update blog. Dah terlalu lama rasanya.
Tetiba je sebenarnya plan nak main air sungai.
Walaupun aku ni pure orang kampung dan kampung aku memang ada sungai, aku tak pernah mandi sungai macam yang drama-drama selalu tunjuk tu.
Kenapa ek? Kalu banjir memang aku selalu main, tapi air sungai tak pernah. Sebab tu sampai tua tak reti berenang. Sekadar teritip di tepi kolam.
Anyway….
MrH pun merajinkan diri menyurvey chalet-chalet yang ada. Banyak rupanya chalet kat janda baik ni. Kitorang decide duduk kat rumah bonda.
Sewa 3 bilik sekali ngan 4 family in laws aku. Datang ramai-ramai baru lah best. Siap berbbq bagai.
Best giler kot sebab sungai mengalir betul-betul belakang bilik kitorg ni ha. Bukak pintu terus boleh terjun sungai. Syiokkk.
Anak-anak kegembiraan lah kan jumpa air. Jakun macam ibu dia jugak. Haha.
Tapi amreen tak berapa suka mandi sungai. Dia jenis tak nak pakai baju time mandi. Be it mandi pantai ataupun kolam ataupun sungai. Dia tak boleh kain melekat-lekat kat badan dia. Penggeli btol…
Oh…Amreen akhirnya pandai sebut 'ibu'…
Kalo tak asek dok 'abu-abu'. Stress aku 3 tahun jadi abu. Manja kededek plak tu skang ni. Cikgu taska dia pun cakap dia makin manja. Letih betul. Dia yang buat hal, dia yang nangis dulu.
Amsyar plak kat tadika aku masukkan kelas taekwando. Saje je bagi dia bersenam skit. Hajatnya nak masukkan kelas renang tapi doktor kata hold dulu sebab takut asma dia datang balik. Ni dah masuk bulan ke2 dia tak kena asma. Harapnya bertahanlah. Minggu lepas tak pasal-pasal aku kena pegi nursery cari pokok bunga sebab kelas amsyar buat taman. Tiap-tiap hari berzikir 'amsyar nak pokok bunga hidup'. Kenapa dia mesti sebut bunga hidup?haaa…sebab masa first dia mintak, aku suh dia bawak bunga plastik hahahaha. Kejam tak? Yelah, mana aku nak cari bunga kalo dah malam-malam buta baru nak bagitau. Nasib kaulah anakku,dapat ibu sewel.
Aku tak tahu lah skang ni aku dalam fasa jiwang ke apa. Tapi aku start baca buku citer melayu, tengok drama melayu – ariana rose – to be specific, yang kalau dulu aku tak amek peduli pun dan yang paling pelik-aku layan drama korea pasal budak-budak sekolah-the heirs-. And i love kim tan! Hahahaha. Terasa sungguh teenager.
MrH pun pelik tengok tetiba aku beria dok layan citer padahal sebelum ni aku malas nak melayan sangat. Yang si amreen plak join sekali aku tengok sebab aku cakap tu citer otromen. Hahahaha. Kan bahasanya lebih kurang, muka pun ala-ala je. Jadi dia diam je tengok citer tu. Agak-agak lambat sangat nak tunggu otromen, dia gi main ngan amsyar. Hahahaha. Sampai abis citer pun takde nak. Ibu kelentong mu sayang…

image

Selfie dlm keta sewa kat langkawi

image

Fav picture of him

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved