ads

Selasa, 25 Mac 2014

06 di jengka - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jengka - Google Blog Search


12 Orang Ketua Blok <b>Di</b> Felda <b>Jengka</b> 9 Dakwa <b>Di</b> Pinggirkan <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2014 01:50 AM PDT


JENGKA - Dilantik secara rasmi sebagai ketua blok namun realitinya hanya sekadar boneka apabila tidak dijemput menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sejak 2010.

Demikian dakwaan 12 ketua blok di Felda Jengka 9 dekat sini ekoran dipinggirkan daripada mesyuarat JKKK tanah rancangan itu dalam tempoh tersebut.

Ketua Blok 14, Hashim Arshad berkata, seramai 17 ketua blok dilantik melalui undian peneroka pada 2010 untuk tempoh perkhidmatan berakhir Disember 2014.

Menurutnya, selepas lantikan itu, kesemua ketua blok berkenaan dijemput hadir ada mesyuarat pertama JKKK bagi sesi perkenalan.

"Namun keadaan berubah untuk mesyuarat seterusnya apabila hanya lima ketua blok sahaja dijemput sementara 12 yang lain tidak menerima jemputan sama sehingga sekarang.

"Kami yang dilantik atas undian majoriti penduduk seakan tidak diiktiraf dan hanya sekadar memegang nama ketua blok kerana tidak mendapat tempat dalam jawatankuasa JKKK.

"Ini menimbulkan pelbagai kerumitan kerana kami tidak boleh suarakan masalah anak buah dan masa sama, kami tidak menerima sebarang perkembangan serta arahan untuk disalurkan ke peneroka blok masing-masing," katanya.

Ketua Blok 3, Dollah Molan berkata, Felda Jengka 9 mempunyai 17 blok dengan 335 kediaman membabitkan kira-kira 2,500 penduduk.

Menurutnya, pengerusi JKKK dipilih melalui kuasa veto oleh Adun Pulau Tawar menubuhkan ahli jawatankuasa dengan melantik lima sahaja daripada 17 ketua blok.

"Dalam JKKK ada 15 ahli jawatankuasa dan bagi memenuhi kuota itu, pengerusi melantik orang perseorangan dalam kalangan kroni beliau.

"Jika begitu apa peranan kami sebagai ketua blok sedangkan lantikan kami adalah dari undian peneroka sebagai pengantara untuk sampaikan masalah dan terima arahan berkaitan.

"Kami 12 ketua blok ini seakan boneka dan digantung tidak bertali dengan situasi tersebut," katanya.

Ketua Blok 1, Mohamad Amir Hassan berkata, mereka yang terlibat telah mengemukakan surat bantahan kepada Adun Pulau Tawar namun tidak mendapat sebarang perhatian.

Menurutnya, kesemua 12 ketua blok itu dipercayai dipinggirkan kerana 'tidak sebulu' dengan pengerusi JKKK apabila sering berlainan pendapatan.

"Ada di antara 12 ketua blok ini yang dijemput hadir mesyuarat JKKK bagi kali kedua dan ketiga namun apabila mereka didakwa suka membangkitkan masalah, mereka disingkirkan pada mesyuarat berikutnya.

"Pengerusi dilantik wakil rakyat tetapi kami ketua blok adalah pilihan majoriti peneroka maka jika keadaan ini berterusan, ia dikhuatiri menjejaskan sokongan menjelang pilihan raya nanti," katanya.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Jengka 9, Mat Daud Jusoh berkata, dakwaan 12 ketua blok itu tidak berasas kerana lantikan ketua blok tidak semestinya secara automatik menjadi ahli JKKK.

Menurutnya, setiap JKKK mempunyai 15 ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai individu antaranya mewakili pemuda Umno, belia, wanita dan sebagainya.

"Perkara ini tidak sepatutnya timbul kerana ketua blok sudah sedia maklum bahawa bukan semua akan menjadi ahli JKKK.

"Dalam JKKK Jenga 9 sudah mempunyai lima ketua blok yang berperanan mewakili kesemua ketua blok lain bagi menyuarakan masalah atau menerima arahan," katanya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved